Mickey Mouse (siri TV)

Mickey Mouse ialah sebuah siri animasi televisyen Amerika Syarikat yang diterbitkan oleh Disney Television Animation. Dengan menonjolkan watak-watak kartun Disney Mickey Mouse, Minnie Mouse, Donald Duck, Daisy Duck, Goofy, dan Pluto dalam latar masa zaman sekarang seperti Paris, Venice, Tokyo, dan New York, siri ini mempunyai rasa slapstick daripada tayangan-tayangan singkat Mickey Mouse yang lebih awal sementara menyediakan kemas kini moden dengan kegunaan meluas Toon Boom dan animasi Flash, dan "mempersembahkan Mickey dalam pelbagai situasi jenaka yang menunjukkan keberaniannya dan kenakalannya, bersama dengan daya tarikan tersayangnya dan kebaikannya".[3] Animasinya disediakan oleh Mercury Filmworks.[4]

Mickey Mouse
GenreComedy
Slapstick
Berdasarkan daripada
Mickey Mouse oleh
Walt Disney
Ub Iwerks
Dibangunkan oleh
Paul Rudish
Pelakon suara
PenggubahChristopher Willis[1]
Negara asalAmerika Syarikat
BahasaInggeris[note 1]
Bilangan musim5
Bilangan episod96 + 2 tayangan khas (Senarai episod)
Penerbitan
Penerbit eksekutifPaul Rudish
Tempoh siaran4 minit[2]
Syarikat penerbitan
Disney Television Animation
Syarikat pengedaran
Disney–ABC Domestic Television
Penyiaran
Saluran asalDisney Channel
Format gambar
Format audioDolby Digital 5.1
Siaran asal28 Jun 2013 (2013-06-28) – 20 Julai 2019
Pautan luar
Laman sesawang

Siri ini dibangunkan dan diterbitkan secara eksekutif oleh seniman pemenang Anugerah Emmy Paul Rudish, yang merupakan pencipta bersama bagi siri televisyen Cartoon Network Sym-Bionic Titan dan juga merupakan pengarah menyelia siri,[5] sementara Joseph Holt merupakan pengarah seni siri.[5] Pada 15 September 2013, Paul Rudish, Jenny Gase-Baker, dan Joseph Holt memenangi tiga Anugerah Emmy atas kerja mereka terhadap siri ini.

Episod ketiga, "Croissant de Triomphe", dikeluarkan pertama kali sebagai pratayang khas pada 12 Mac 2013, di Disney.com.[3] Siri ini ditayangkan pertama kali secara rasmi pada 28 Jun 2013 di Disney Channel, diikuti oleh keluaran di Disney.com dan di Watch Disney Channel.[3] Sejumlah 18 buah episod disiarkan dalam musim pertama sementara musim kedua, yang ditayangkan pertama kali pada 11 April 2014, terdiri daripada 19 buah episod.[5] Musim ketiga ditayangkan pertama kali pada 17 Julai 2015 dengan 20 episod yang disiarkan.[6] Musim keempat pula ditayangkan pertama kali pada 9 Jun 2017 dengan 19 buah episod yang disiarkan. Musim kelima ditayangkan pertama kali pada 6 Oktober 2018.[7]

Pelakon suara sunting

Siaran sunting

Setakat Mac 2014, sejumlah 100 juta orang penonton di Amerika Syarikat telah menonton siri ini, dan siarannya berlangsung di 160 buah negara.[10] Setakat Jun 2014 pula, rancangan ini, yang diterjemahkan ke dalam 34 bahasa, telah mencapai lebih daripada 135 juta orang penonton sedunia.[11]

Media rumah sunting

Pembelian digital sunting

Mickey Mouse tersedia dalam HD dalam pembelian digital.

Keluaran DVD sunting

Keluargan video rumah Mickey Mouse
Musim Episod Lengkap/
tidak lengkap
Tarikh keluaran Ciri khas
Rantau 1
1 18 Lengkap The Complete First Season: 26 Ogos 2014[12]
Merry and Scary ("Ghoul Friend"): 29 Ogos 2017[13]
The Complete First Season:
'The Making of Mickey Mouse'
2 19 Tidak lengkap The Complete First Season ("O Futebol Clássico"): 26 Ogos 2014
Merry and Scary ("The Boiler Room"): 29 Ogos 2017
3 20 Merry and Scary ("Black and White" • "Entombed" • "Split Decision"): 29 Ogos 2017
Tayangan khas 2 Lengkap Merry and Scary ("Duck The Halls" • "The Scariest Story Ever"): 29 Ogos 2017

Catatan sunting

  1. ^ Jika sesebuah episod berlatarkan tempat di luar negara berbahasa Inggeris, dialog episod itu biasanya akan dituturkan dalam bahasa asli negara itu. Bahasa-bahasa yang digunakan termasuklah bahasa Belanda, bahasa Cina, bahasa Hawaii, bahasa Itali, bahasa Jepun, bahasa Korea, bahasa Perancis, bahasa Portugis, bahasa Rusia, bahasa Sepanyol, bahasa Thai, dan bahasa Turki.[perlu rujukan]

Rujukan sunting

  1. ^ "Putting Mickey Mouse to Music: An Interview with Composer Chris Willis". Disney Insider. 29 September 2014. Dicapai pada 30 September 2014.
  2. ^ Amidi, Amid (29 Mac 2014). "Second Season of Mickey Mouse Shorts Will Debut in April". Cartoon Brew. Dicapai pada 2 Julai 2015. Most of them are under four minutes in length,...
  3. ^ a b c Disney Channel (12 Mac 2013). "Mickey Mouse to Star in All-New Cartoon Shorts With Classic Comedy, Contemporary Flair" (Siaran akhbar). Zap2it. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-10-27. Dicapai pada 28 Mac 2014.
  4. ^ Hill, Jim (15 Oktober 2014). "How Comic-Con Helped Create Fans for Disney XD's Star vs. The Forces of Evil Six Months Before Its First Episode Airs". The Huffington Post. Dicapai pada 10 Disember 2016.
  5. ^ a b c Beck, Jerry (28 Mac 2014). "Second Season of "Mickey Mouse" Shorts begin April 11th". Animation Scoop. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-07-15. Dicapai pada 28 Mac 2014.
  6. ^ Wolfe, Jennifer (9 Julai 2015). "Third Season of 'Mickey Mouse' Shorts Arrives July 17". Animation World Network. Dicapai pada 10 Julai 2015.
  7. ^ Laughing Place Disney Newsdesk. "Disney Announces Events, TV Special, and More for Year-Long Mickey's 90th Celebration". 1 Mac 2018. Dicapai pada 1 Mac 2018.
  8. ^ a b c d e Taylor, Blake (27 Jun 2013). "Disney Shorts Debut with New Voice for Mickey Mouse". The Rotoscopers. Dicapai pada 27 Jun 2013.
  9. ^ a b King, Susan (21 Jun 2014). "Russi Taylor, the voice and personality of Minnie Mouse". Los Angeles Times. Dicapai pada September 30, 2015.
  10. ^ Disney Channel (28 Mac 2014). "Second Season of 'Mickey Mouse' Cartoon Shorts Premieres Friday April 11 on Disney Channel" (Siaran akhbar). Zap2It. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-03-29. Dicapai pada 29 Mac 2014.
  11. ^ Wolfe, Jennifer (23 Jun 2014). "Disney Starts Production on New 'Pickle & Peanut' Animated Series". Animation World Network. Dicapai pada 24 Jun 2014.
  12. ^ "Disney's Mickey Mouse: Season One DVD". Blu-ray.com. Dicapai pada 4 Ogos 2014.
  13. ^ "Laugh your way to the holidays with Disney's new "Mickey Mouse: Merry & Scary" on DVD". Insidethemagic.com. Dicapai pada 10 Jun 2017.

Pautan luar sunting