Buka menu utama

Mickey Mouse Clubhouse ialah sebuah siri televisyen kanak-kanak yang disiarkan di Disney Channel seantero dunia mulai 5 Mei 2006 di Amerika Syarikat. Rancangan ini ternaung di bawah jenama rancangan tontonan kanak-kanak prasekolah harian, Playhouse Disney.

Mickey Mouse Clubhouse
250px
FormatSiri animasi
PenciptaRoberts Gannaway
PengarahRob LaDuca
Donovan Cook
Dibintangi oleh
Bret Iwan (2009-kini)
Wayne Allwine (2006-2009)
Tony Anselmo
Russi Taylor
Bill Farmer
Tress MacNeille
Negara asalAmerika Syarikat
BahasaInggeris
Bilangan episod(Senarai episod)
Penerbitan
Tempoh siaran24 minit
Syarikat penerbitan
Walt Disney Television Animation
Penyiaran
Saluran asalDisney Channel's Playhouse Disney
Format gambarHD: 1080i/720p
Diterbitkan dalam formet HD 16:9, dipangkas kepada 4:3 di kebanyakan negara.
Format audioStereo
Siaran asal5 Mei 2006 (2006-05-05) – November 6, 2016 (2016-11-06)
Statusdalam penerbitan
Laman sesawang

PremisSunting

Siri ini dibintangi oleh Mickey Mouse, Minnie Mouse, Donald Duck, Daisy Duck, Goofy, dan Pluto, yang tertumpu pada interaksi bersama penonton untuk merangsang kemahiran menyelesaikan masalah. Pete, Clarabelle Cow, Ludwig Von Drake, Chip 'n Dale, Willie the Giant, Butch, Figaro the Kitten, Humphrey the Bear, Salty the Seal, dan Mortimer Mouse turut mempuat penampilan sebagai tetamu.

Pihak Disney menyatakan bahawa setiap episod menyaksikan watak-wataknya membantu kanak-kanak "menyelesaikan masalah yang sesuai dengan umur mereka, dengan


memanfaatkan kemahiran asas seperti mengenal pasti bentuk dan mengira sampai sepuluh." Siri ini menggunakan "kurikulum 'seluruh anak' Playhouse Disney yang merangkumi peluang pembelajaran yang kognitif, sosial dan kreatif."[1] Sebaik sahaja masalah yang dialami dalam suatu episod dijelaskan, Mickey menjemput para penonton supaya mengikutnya ke Mousekadoer, sebuah komputer gergasi berbentuk kepala Mickey yang fungsi utamanya adalah mengedarkan Mousekatools, sehimpunan aneka baranf yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah hari ini, kepada Mickey. Setelah ditunjukkan kepada Mickey di skrin Mousekadoer, alat-alat tersebut segera dimuat turun ke dalam Toodles, sebuah peranti sambungan Mousekadoer berbentuk kepala Mickey juga yang boleh terbang. Dengan memanggil "Oh Toodles!", Mickey menyeru peranti itu untuk meluru dari tempat bersoroknya ke kaca TV supaya penonton boleh memilih alat mana yang diperlukan oleh Mickey dalam keadaan semasa.[2][3] Salah satu daripada alat-alat tersebut ialah "Mystery Mouskatool", iaitu alat rahsia yang dilambangkan oleh tanda soal.

Watak dan pelakon suaraSunting

Watak utamaSunting

Watak Bahasa Inggeris Bahasa Malaysia
Mickey Mouse Wayne Allwine (2006–09)
Bret Iwan (2009–)
Khir Rahman
Minnie Mouse Russi Taylor ?
Donald Duck Tony Anselmo ?
Daisy Duck Tress MacNeille ?
Goofy Bill Farmer Sharizan Borhan
Pluto Bill Farmer ?

Watak sampinganSunting

Watak Bahasa Inggeris Bahasa Malaysia
Toodles Rob Paulsen ?
Pete Jim Cummings ?
Ludwig Von Drake Corey Burton Kee Thuan Chye

RujukanSunting

Pautan luarSunting