Midnight Fusic ialah sebuah kugiran rock alternatif Malaysia yang dibentukkan pada 2013 di Petaling Jaya, Selangor.[1][2] Ahli kugiran mereka terdiri daripada Arif Kamarudin (vokalis), Adrian Danial (gitaris), Firdaus Azmi (bes) dan Muaz Rabbani (dram).[3] Kugiran mereka mendapat perhatian media selepas lagu mereka, "Heart of May" dan "Lovesick" menerima ulasan positif daripada pengkritik muzik.[4] EP sulung mereka, When Love Was Around dikeluarkan pada 20 Julai 2018.[5] Nama kugiran mereka diinspirasikan oleh minat mereka terhadap makanan dan muzik.[6][7]

Midnight Fusic
Berasal dariPetaling Jaya, Selangor, Malaysia
Genre
Tahun aktif2013–kini
Syarikat rakaman
Sony Music Malaysia
Pengkarya berkait
  • Lunadira
  • Pijar
  • Lil Asian Thiccie
Ahli
  • Arif Kamarudin
  • Adrian Danial
  • Firdaus Azmi
  • Muaz Rabbani

Sejarah sunting

Midnight Fusic ditubuhkan pada 2013 bermula sebagai duo yang diasaskan oleh Arif Kamarudin dan Adrian Danial.[8] Sepanjang tempoh ini, mereka menyanyikan lagu saduran penyanyi lain di YouTube.[8] Duo ini kemudian berkembang menjadi sebuah kumpulan dengan penyertaan dua ahli baru, iaitu Firdaus Azmi dan Muaz Rabbani.[9]

Pada November 2016, mereka menerima panggilan daripada Sony Music Malaysia selepas label itu tertarik dengan muzik mereka, seterusnya menandatangani kontrak rakaman.[8] Kumpulan ini melancarkan single sulung mereka, "Heart of May" pada September 2017, empat tahun selepas penubuhan mereka.[8] Lagu itu berjaya menduduki tangga teratas di carta Malaysian English Top 10 hitz.fm. Pada tahun 2018, mereka diundang menjayakan beberapa festival muzik termasuk We The Fest di Jakarta, Indonesia di mana mereka berkongsi pentas bersama nama-nama besar seperti The Neighbourhood, SZA dan Lorde.[1] Susulan kejayaan single pertama mereka, Midnight Fusic muncul pula dengan single kedua, "Lovesick" pada Januari 2018.[4]

Midnight Fusic muncul sebagai artis Malaysia pertama yang dipilih untuk menyertai program Deezer NEXT 2018 anjuran syarikat penstriman dalam talian Perancis, Deezer. Acara itu berlangsung di Paris, Perancis.[10] Ini menjadikan mereka sebagai artis Asia pertama yang muncul dalam Deezer NEXT. Menurut mereka: "Kami bertuah kerana dipilih sebagai artis Deezer NEXT Asia dan kami berasa teruja menjadi sebahagian daripada kempen ini. Terima kasih kerana mempercayai bakat kami".[11]

Pada 20 Julai 2018, Midnight Fusic melancarkan EP sulung mereka, When Love Was Around yang memuatkan sebanyak 6 lagu termasuk "Heart of May" dan "Lovesick" yang telah dikeluarkan sebagai single utama.[5]

Midnight Fusic kemudian mengeluarkan single terbaharu mereka, "Caramel Cream" pada Julai 2019,[12] diikuti oleh "Vertigo" yang menampilkan duet bersama Lunadira. EP kedua mereka, juga bertajuk Caramel Cream yang memuatkan sebanyak tiga lagu, menyusul kemudian.

Mereka kemudian dipelawa mengadakan persembahan di konsert Good Vibes Festival 2019 yang berlangsung di The Ranch, Gohtong Jaya, Genting Highlands, Pahang. Antara artis yang terlibat ialah Kugiran Masdo dan Yuna.[13]

Mereka kemudian melancarkan single terbaharu mereka, "I Don't Wanna Dream Tonight" pada Ogos 2020.[14] Pada September 2020, Midnight Fusic merupakan antara empat kumpulan muzik Malaysia yang mengadakan persembahan secara maya bagi mengumpul dana untuk Sex Ed! anjuran Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO).[15]

Pada 13 November 2020, mereka melancarkan single bahasa Melayu sulung mereka, "Sandiwara" di mana mereka bekerjasama dengan kumpulan rock Indonesia, Pijar. Lagu ini berkisarkan tentang kegembiraan dan kehidupan dalam persahabatan antara kedua-dua kumpulan ini.[16][17][18]

Pada Januari 2021, mereka mengumumkan di laman media sosial mereka bahawa mereka bakal muncul dengan album studio pertama yang dijadualkan akan dilancarkan pada Februari. Album pertama mereka yang menggunakan nama kumpulan ini sebagai tajuk album, dikeluarkan secara rasmi pada 5 Februari dengan lagu "Strangers" dikeluarkan sebagai single.[19][20][21]

Gaya muzik sunting

Midnight Fusic membawakan lagu berentak alternatif indie dan mempersembahkan karya mereka dalam bahasa Inggeris.[8] Gaya muzik mereka banyak dipengaruhi oleh Earth, Wind & Fire dan The Smiths. Dalam temuramah bersama Harian Metro, Midnight Fusic menjelaskan gaya muzik mereka datang secara semulajadi dan mengambil pendekatan untuk tampil dengan melodi dan lirik secara spontan.[8]

"Strategi kami adalah dengan menghasilkan lagu mesra telinga. Biarpun mempertaruhkan alternatif indie, kami pastikan ia mudah dinikmati pendengar dan sentiasa meminta pandangan orang sekeliling,"[8]

—Arif Kamarudin, vokalis Midnight Fusic.

Ahli sunting

  • Arif Kamarudin - vokalis (2013–kini)
  • Adrian Danial - gitaris (2013–kini)
  • Firdaus Azmi - bes (2013–kini)
  • Muaz Rabbani - dram (2013–kini)

Diskografi sunting

EP sunting

Tajuk Butiran EP
When Love Was Around[22]
Caramel Cream[23]
  • Dikeluarkan: September 2019
  • Label: Sony Music Malaysia
  • Format: CD, muat turun digital

Album studio sunting

Tajuk Butiran album
Midnight Fusic
  • Dikeluarkan: Februari 2021
  • Label: Sony Music Malaysia
  • Format: CD, muat turun digital

Single sunting

Tajuk Tahun
"Heart of May" 2017
"Lovesick"[24] 2018
"When Love Was Around"
"Caramel Cream"[25] 2019
"Little Did She Know"
"Vertigo" (ft. Lunadira)[26]
"I Just Wanna Go Outside" 2020
"I Don't Wanna Dream Tonight"
"Sandiwara" (ft. Pijar)
"Strangers" 2021
"Think About"
"Summer Love" (ft. Lil Asian Thiccie) 2022

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan Ruj.
2020 The Platform Awards 2020 Band of the Year Midnight Fusic Menang [20]

Rujukan sunting

  1. ^ a b Georgie Joseph (19 Ogos 2018). "Midnight Fusic bagai bermimpi". Harian Metro. Dicapai pada 1 September 2018.
  2. ^ Georgie Joseph (19 Ogos 2018). "Terkejut, bagaikan bermimpi". Harian Metro. Dicapai pada 1 September 2018.
  3. ^ Khai Azfar (19 Februari 2018). "Percaya atau tidak, Midnight Fusic sebenarnya band dari Malaysia". Murai.my. Dicapai pada 1 September 2018.
  4. ^ a b Georgie Joseph (21 Mac 2018). "Lovesick lonjak Midnight Fusic". Harian Metro. Dicapai pada 1 September 2018.
  5. ^ a b Karissa Lund (16 Julai 2018). "LISTEN: Midnight Fusic "When Love Was Around" EP is dropping on 20 July" [DENGAR: EP Midnight Fusic "When Love Was Around" bakal menjengah pasaran pada 20 Julai] (dalam bahasa Inggeris). JUICE Online. Dicapai pada 1 September 2018.
  6. ^ Meriem Arif (22 Ogos 2018). "Malaysian band Midnight Fusic aims for greater heights" [Kugiran Malaysia, Midnight Fusic ingin melangkah lebih jauh] (dalam bahasa Inggeris). The Star Online. Dicapai pada 1 September 2018.
  7. ^ Rozianah Risman (3 Februari 2018). "Pengalaman, inspirasi jadi taruhan". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Jun 2018. Dicapai pada 19 Januari 2019. Tidak sepopular pemuzik tempatan yang lain, namun bakat yang dimiliki kumpulan remaja yang dikenali Midnight Fusic ini tidak seharusnya dipandang sepi.
  8. ^ a b c d e f g Georgie Joseph (30 Oktober 2017). "Midnight Fusic pertaruh alternatif indie". Harian Metro. Dicapai pada 1 November 2017.
  9. ^ Zim Ahmadi (30 Januari 2018). "Keeping Track with Midnight Fusic" [Terus Menjejaki bersama Midnight Fusic] (dalam bahasa Inggeris). Daily Seni. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Februari 2018. Dicapai pada 1 September 2018.
  10. ^ "Midnight Fusic ke Paris". Harian Metro. 22 Mac 2018. Dicapai pada 14 September 2018.
  11. ^ "Midnight Fusic is the first Asian talent for Deezer NEXT" [Midnight Fusic ialah artis Asia pertama untuk Deezer NEXT] (dalam bahasa Inggeris). The Hive Asia. 20 Mac 2018. Dicapai pada 14 September 2018.
  12. ^ Hannah Wayland (22 Julai 2019). "Finding 'The One' with Midnight Fusic" [Mencari 'Yang Satu' bersama Midnight Fusic]. Kinda Cool Magazine. Dicapai pada 4 Oktober 2019.
  13. ^ Georgie Joseph (24 Julai 2019). "Aura antarabangsa pentas muzikal". Harian Metro. Dicapai pada 29 Januari 2020.
  14. ^ A. Azim Idris (14 Ogos 2020). "Hear Midnight Fusic's new song, "I Don't Wanna Dream Tonight"" [Dengarkan lagu terbaharu Midnight Fusic, "I Don't Wanna Dream Tonight"] (dalam bahasa Inggeris). NME. Dicapai pada 23 Mac 2021.
  15. ^ Surej Singh (17 September 2020). "Midnight Fusic, Senja to play virtual fundraiser for Women's Aid Organisation of Malaysia" [Midnight Fusic, Senja beraksi secara maya bagi mengumpul dana untuk Pertubuhan Pertolongan wanita Malaysia] (dalam bahasa Inggeris). NME. Dicapai pada 25 September 2020.
  16. ^ A. Azim Idris (13 November 2020). "Midnight Fusic team up with Pijar for new Bahasa track Sandiwara" [Midnight Fusic bekerjasama dengan Pijar untuk lagu Bahasa [Melayu] terbaharu Sandiwara] (dalam bahasa Inggeris). NME. Dicapai pada 14 November 2020.
  17. ^ Georgie Joseph (21 November 2020). "Midnight Fusic belum puas". Harian Metro. Dicapai pada 23 November 2020.
  18. ^ Nur Asyikin Mayudin (22 November 2020). "Gabungan dua negara, Midnight Fusic syukur Pijar Band permudahkan proses pembikinan lagu Sandiwara". mStar Online. Dicapai pada 23 November 2020.
  19. ^ Daniel Peters (27 Januari 2021). "Midnight Fusic to release self-titled debut album in February" [Midnight Fusic bakal melancarkan album sulung senama pada Februari] (dalam bahasa Inggeris). NME. Dicapai pada 29 Januari 2021.
  20. ^ a b Aina Izzah (15 Februari 2021). "Midnight Fusic: Malaysian indie rockers makes their polished, long awaited debut" [Midnight Fusic: Rocker indie Malaysia muncul dengan album sulung yang dinantikan] (dalam bahasa Inggeris). NME. Dicapai pada 14 Mac 2021.
  21. ^ "Midnight Fusic talks 'Strangers', band evolution since 2017, hidden talents and more" [Midnight Fusic mengulas 'Strangers', evolusi kugiran sejak 2017, bakat terpendam dan banyak lagi] (dalam bahasa Inggeris). Fly FM. 4 Mac 2021. Dicapai pada 16 April 2021.[pautan mati kekal]
  22. ^ Nabil Kamal (14 Ogos 2018). "Album Review: 'When Love Was Around' by Midnight Fusic" [Ulasan Album: 'When Love Was Around' by Midnight Fusic] (dalam bahasa Inggeris). Masses. Dicapai pada 1 September 2018.
  23. ^ "Indulge in "Caramel Cream" with Midnight Fusic" [Nikmati "Caramel Cream" bersama Midnight Fusic] (dalam bahasa Inggeris). Time Lotus. Ogos 2019. Dicapai pada 4 Oktober 2019.
  24. ^ Zim Ahmadi (19 Januari 2018). "Midnight Fusic is out with a new single, Lovesick" [Midnight Fusic muncul dengan single terbaharu, Lovesick] (dalam bahasa Inggeris). Daily Seni. Dicapai pada 1 September 2018.
  25. ^ Amalina Anuar (19 Julai 2019). "FEMALE Talks To: Midnight Music about music and their new single, "Caramel Cream"" [FEMALE Berbicara Dengan: Midnight Fusic mengenai muzik dan single terbaharu mereka, "Caramel Cream"] (dalam bahasa Inggeris). Female Magazine. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-11-15. Dicapai pada 1 September 2019.
  26. ^ Evely Tan (22 November 2019). "Midnight Fusic launches their latest single featuring Lunadira titled Vertigo" [Midnight Fusic melancarkan single terbaharu mereka menampilkan Lunadira bertajuk Vertigo] (dalam bahasa Inggeris). Masses. Dicapai pada 1 Disember 2019.

Pautan luar sunting