Mierul Aiman

Mohammad Amirul Aiman Norazman atau nama komersialnya Mierul Aiman (lahir 14 Julai 1998) ialah seorang pelakon dan model lelaki Malaysia. Kerjayanya bermula sebagai salah seorang peserta Hero Remaja 2021 dan dinobatkan sebagai juara.[1][2] Beliau mendapat kejayaan meluas apabila membawa watak Fakhri sebagai watak utama di dalam siri Astro Originals Projek: High Council (2023).[3]

Kehidupan awalSunting

Beliau dilahirkan di Kuala Lumpur dan menetap di Putrajaya.[4] Bapa beliau berasal dari Felda Jengka 8 manakala ibu beliau berasal dari Mentakab, Temerloh, Pahang. Beliau awalnya bersekolah di Sekolah Menengah Sains Selangor dan menyambung pelajarannya di Universiti Selangor (UNISEL). Beliau memegang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dan mula aktif dalam bidang peragaan dari tahun 2016 sehingga kini.

FilemografiSunting

TelevisyenSunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2021 Hieraki Telemovie Megat Astro Ria Telefilem, pelakon utama
2022 Akim & Mira - Kisah Cinta 1999 Naufal Drama bersiri, pelakon tambahan
Villa Rosly by Nadhir Nasar Daniel Youtube Filem pendek, Pelakon utama
MEMORI by Shals Osman Filem pendek, Pelakon utama
2023 Projek: High Council Fakhri Astro Ria Drama bersiri, pelakon utama
Imam Instant Ustazah Scammer Ronaldo Drama bersiri, pelakon utama
Sepayung Hizam Youtube Filem pendek, pelakon utama

RujukanSunting

  1. ^ Asyraf Roslan (6 November 2021). Mierul Aiman dinobat Juara Hero Remaja 2021 Astro Awani. Dicapai pada 27 Januari 2022.
  2. ^ Puteri Yasmin Suraya (3 Mei 2023). "#Exposed: 10 things you didn't know about Mierul Aiman" (dalam bahasa Inggeris). Lifestyle Asia. Dicapai pada 15 Mei 2023.
  3. ^ Khairel Khusyairi (28 Februari 2023). "Pengikut IG Mierul Aiman melonjak". Berita Harian. Dicapai pada 23 Mac 2023.
  4. ^ Serimah Mohd Sallehuddin (7 April 2023). "'Rahang jantan' Mierul digilai peminat". Berita Harian. Dicapai pada 15 Mei 2023.

Pautan luarSunting