Miguel Cardona

pendidik Amerika Syarikat

Miguel Angel Cardona (lahir 11 Julai 1975) ialah seorang warga pendidik Amerika Syarikat yang kini berkhidmat sebagai Setiausaha Pendidikan Amerika Syarikat sejak 2 Mac 2021.[1] Beliau sebelumnya berkhidmat sebagai Pesuruhjaya Pendidikan Connecticut dari tahun 2019 hingga 2021.

Miguel Cardona
Setiausaha Pendidikan Amerika Syarikat ke-12
Memegang jawatan
2 Mac 2021
PresidenJoe Biden
TimbalanCindy Marten
Didahului olehBetsy DeVos
Pesuruhjaya Pendidikan Connecticut
Dalam jawatan
8 Ogos 2019 – 1 Mac 2021
GabenorNed Lamont
Didahului olehDianna Wentzell
Digantikan olehCharlene Russell-Tucker
(pemangku)
Butiran peribadi
LahirMiguel Angel Cardona
(1975-07-11) 11 Julai 1975 (umur 48)
Meriden, Connecticut, A.S.
PasanganMarissa Pérez (k. 2002)
Anak-anak2
PendidikanUniversiti Negeri Connecticut Tengah
Universiti Connecticut

Dilahirkan di Meriden, Connecticut, Cardona memulakan kerjayanya sebagai guru gred empat di Israel Putnam School. Pada usia 27 pada tahun 2003, beliau dilantik sebagai pengetua Hanover School, juga di Meriden, menjadikan beliau pengetua paling muda di negeri itu.[2][3]

Kehidupan awal dan pendidikan sunting

Cardona dilahirkan pada 11 Julai 1975 di Meriden, Connecticut. Kedua-dua ibu bapanya ialah orang Puerto Rico.[4][5] Cardona membesar dengan bahasa Sepanyol sebagai bahasa pertama dan bersusah payah mempelajari bahasa Inggeris ketika masih di tadika.[6] Beliau dibesarkan di sebuah projek perumahan di Meriden dan merupakan graduan H.C. Wilcox Technical High School, di mana beliau ialah sebahagian daripada program pembelajaran automotif.[7][8][9] Cardona menerima ijazah Sarjana Muda Sains dalam pendidikan di Universiti Negeri Connecticut Tengah pada 1997. Beliau menerima ijazah Master dalam Sains dalam pendidikan dwibahasa dan budaya di Universiti Connecticut pada 2001. Pada 2004, beliau melengkapkan profesional pensijilan tahun keenam di univerisit di mana beliau menerima ijazah Doktor Pendidikan pada tahun 2011.[10][11] Disertasi Cardona yang bertajuk, Menajamkan Fokus Kehendak Politik untuk Mengatasi Ketidakseimbangan Pencapaian, mengkaji jurang antara pelajar bahasa Inggeris dan rakan sekelas mereka.[11][6] Penasihat utama kedoktoran Cardona ialah Barry G. Sheckley dan penasihat bersekutu beliau ialah Casey D. Cobb.[11]

Kerjaya sunting

Cardona memulakan kerjayanya sebagai guru gred empat di Israel Putnam Elementary School di Meriden, Connecticut. Pada 2003, di Hanover Elementary School, beliau dinaikkan pangkat dan menjadi pengetua termuda dalam sejarah negeri itu untuk sepuluh tahun. Dari tahun 2015 hingga 2019, Cardona berkhidmat sebagai Asisten Superintenden untuk Pengajaran dan Pembelajaran di Meriden.[12][13] Cardona juga merupakan profesor adjung dalam Kepimpinan Jabatan Pendidikan Universiti Connecticut.[14] Sepanjang kerjayanya, beliau fokus untuk menutup jurang antara pelajar bahasa Inggeris dan rakan sebaya mereka.[6]

Pada Ogos 2019, Gabenor Ned Lamont melantik Cardona sebagai Pesuruhjaya Pendidikan Connecticut; Cardona ialah orang Latin Amerika pertama dilantik memegang jawatan itu.[10][15]

Pencalonan sebagai Setiausaha Pendidikan sunting

Sehingga Disember 2020, walaupun keputusan akhir belum lagi diputuskan, Cardona disebut-sebut sebagai calon Setiausaha Pendidikan Amerika Syarikat dalam kabinet presiden Joe Biden.

Biden kemudiannya secara rasmi mencalonkan Cardona sebagai Setiausaha Pendidikan.[16]

Cardona menjadi perhatian Biden melalui Linda Darling-Hammond, pemimpin peralihan kuasa, yang pernah berkhidmat untuk Barack Obama pada tahun 2008. Darling-Hammond dan Cardona telah bekerjasama dalam beberapa projek.[17]

Kehidupan peribadi sunting

Pada tahun 2002, Cardona berkahwin dengan Marissa Pérez, bekas Miss Connecticut (2001).[18][19] Mereka mempunyai dua anak.[10]

Rujukan sunting

  1. ^ Merica, Dan; Zeleny, Jeff (December 21, 2020). "Biden poised to nominate Connecticut education chief Miguel Cardona as education secretary". CNN. Dicapai pada December 22, 2020.
  2. ^ Makwana, Rachel R. (May 22, 2003). "New principal is popular pick". Record-Journal. m/s. 1, 4. Dicapai pada December 16, 2020 – melalui Newspapers.com.
  3. ^ Megan, Kathleen (August 21, 2019). "The state's new education commissioner: collaborator, listener, hard worker". The Connecticut Mirror. Dicapai pada December 16, 2020.
  4. ^ "Biden To Pick Connecticut Schools Chief Miguel Cardona As Education Secretary". NPR.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-12-22.
  5. ^ "Registered Voters in the State of Connecticut, U.S.A." connvoters.com. Dicapai pada 2020-12-22.
  6. ^ a b c Binkley, Collin; Jaffe, Alexandra; Lemire, Jonathan (2020-12-22). "Biden picks Connecticut schools chief as education secretary". Associated Press. Dicapai pada 2020-12-22.
  7. ^ "Biden selects CT's Miguel Cardona to lead the U.S. Department of Education". The CT Mirror (dalam bahasa Inggeris). 2020-12-22. Dicapai pada 2020-12-22.
  8. ^ "About CSDE--Commissioner". CT.gov - Connecticut's Official State Website (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-12-22.
  9. ^ "Connecticut's Miguel Cardona in the mix for Biden's education secretary". The CT Mirror (dalam bahasa Inggeris). 2020-12-17. Dicapai pada 2020-12-21.
  10. ^ a b c "About CSDE--Commissioner". CT.gov - Connecticut's Official State Website (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-12-21.
  11. ^ a b c Cardona, Miguel Angel (2011). Sharpening the focus of political will to address achievement disparities (dalam bahasa Inggeris). University of Connecticut. OCLC 1196370756.
  12. ^ "Miguel A. Cardona". www.ct.edu. Dicapai pada 2020-12-21.
  13. ^ "Two outsiders emerge as top contenders for Biden's education secretary (Meckler, Strauss)".
  14. ^ "Biden to pick Connecticut education commissioner for top schools post". POLITICO (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-12-22.
  15. ^ "Connecticut's Miguel Cardona in the mix for Biden's education secretary". The CT Mirror (dalam bahasa Inggeris). 2020-12-17. Dicapai pada 2020-12-21.
  16. ^ "DOMESTIC NOMINEES AND APPOINTEES". Biden-Harris transition. Dicapai pada 23 December 2020.
  17. ^ "Connecticut's Miguel Cardona in the mix for Biden's education secretary". The CT Mirror (dalam bahasa Inggeris). 2020-12-17. Dicapai pada 2020-12-21.
  18. ^ "Perez–Cardona". Record-Journal. May 19, 2002. m/s. 17. Dicapai pada December 22, 2020 – melalui Newspapers.com.
  19. ^ Alverio, Diane (July 2, 2015). "Meriden's Dr. Miguel Cardona: From Student To Administrator". CT Latino News. Dicapai pada December 22, 2020.

Pautan luar sunting

Jawatan politik
Didahului oleh
Betsy DeVos
Setiausaha Pendidikan Amerika Syarikat
2021-kini
Pemegang jawatan kini