Mikoplasma

Mikoplasma (Mycoplasma) merupakan sebuah genus bakteria yang kekurangan dinding sel di keliling membran sel.[1] Tanpa dinding sel, ia tidak dipengaruhi oleh kebanyakan antibiotik umum seperti penisilin atau antibiotik beta-laktam lain yang menyasarkan sintesis dinding sel. Ia boleh berlaku parasit atau saprotrofik. Beberapa spesies bersifat patogen terhadap manusia, termasuk M. pneumoniae yang merupakan punca utama radang paru-paru atipikal dan lain-lain gangguan pernafasan, serta M. genitalium yang diyakini terlibat dalam penyakit radang pelvis. Spesies-spesies Mycoplasma merupakan sel bakteria terkecil yang diketahui setakat ini.[1] Ia boleh hidup tanpa oksigen, boleh terdapat dalam pelbagai bentuk. Sebagai contoh, M. genitalium berbentuk kelalang (kira-kira 300 x 600 nm), sementara M. pneumoniae lebih memanjang (kira-kira 100 x 1000 nm). Terdapat ratusan spesies yang menjangkiti haiwan.[2]

Mycoplasma
M. haemofelis IP2011.jpg
Mycoplasma haemofelis
Pengelasan saintifik
Domain:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Mycoplasma

Nowak 1929
Mycoplasmosis
Pengelasan dan sumber luaran
ICD-10A49.3
ICD-9041.81
Wikipedia tidak memberikan nasihat perubatan Penafian perubatan

SpesiesSunting

Penyebaran penyakitSunting

Antigen P1 adalah faktor kemudaratan utama mikoplasma. P1 adalah protein berkaitan membran membolehkan kelekatan pada sel-sel epitelium. Reseptor P1 juga ternyata pada eritrosit yang boleh membawa kepada aglutinasi autoantibodi dari jangktian mikobakteria.[1] Sesetengah spesies Mycoplasma spesies boleh menyebabkan penyakit, termasuk M. pneumoniae yang merupakan punca utama keradangan paru-paru atipikal, dan M. genitalium yang dikaitkan dengan penyakit radang pelvus. Jangkitan mikoplasma pada manusia berkaitan dengan letusan kulit dalam 17% kes.[1]:293

Penyakit kelaminSunting

Spesies Mycoplasma dan Ureaplasma bukan sebahagian daripada flora faraj yang normal. Sesetengah spesies Mycoplasma tersebar melalui hubungan seksual.

KemandulanSunting

Beberapa mycoplasmae memiliki efek pada kesuburan.[2] M. hominis menyebabkan kemandulan lelaki atau alat kelamin radang pada manusia.

Kematian bayiSunting

Bayi yang lahir sebelum masa (preterm) malah kurang berat badan terdedah kepada jangkitan Mycoplasma.

Kaitan dengan kanserSunting

Sesetengah spesies Mycoplasma sering dikesan dalam pelbagai jenis kanser sel.[2][2][2] Antaranya:

Kebanyakan mikoplasma ini menunjukkan hubung kait yang kukuh dengan transformasi sel mamalia in vitro yang memudaratkan.

Jangkitan Mycoplasma dan transformasi sel perumahSunting

Kehadiran Mycoplasma pertama kali dilaporkan dalam sampel kanser tisu pada tahun 1960-an. Sejak itu, beberapa kajian cuba mencari dan membuktikan kaitan antara Mycoplasma dan kanser, serta bagaimana bakteri mungkin terlibat dalam pembentukan kanser. Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa sel-sel yang kronik dijangkiti dengan bakteria melalui transformasi berperingkat-peringkat. Perubahan disebabkan oleh jangkitan mikoplasma kronik secara beransur-ansur malah bersifat morfologi dan genetik sekaligus. Tanda jangkitan nyata yang pertama ialah ketika sel-sel beransur-ansur bertukar bentuk daripada normal kepada sabit. Ia juga menjadi hyperkromatik disebabkan peningkatan DNA dalam nukleus sel-sel. Di peringkat lanjut, sel-sel tidak memerlukan lagi sokongan yang kukuh untuk tumbuh dan berkembang dan juga sel penyekat laku yang bergantung kepada sentuhan normal.

RujukanSunting

  1. ^ a b c d Empty citation (bantuan)
  2. ^ a b c d e f g h i j k l Empty citation (bantuan)