Mikroskop

perkakas yang membolehkan pemerhatian benda seni yang tidak kelihatan oleh mata kasar

Mikroskop (dari Bahasa Yunani Kuno: μικρός, mikrós, "kecil" dan σκοπεῖν, skopeîn, "melihat" atau "lihat") adalah peralatan makmal yang digunakan untuk melihat objek yang terlalu kecil bagi mata kasar. Bidang sains yang menyiasat objek kecil menggunakan alat sedemikian dikenali sebagai mikroskopi. Mikroskopik bermakna tidak dapat dilihat dengan mata kasar kecuali dengan bantuan mikroskop.

Mikroskop majmuk
KegunaanPemantauan sampel kecil
Uji kaji utama
Jumpaan sel
PenciptaZacharias Janssen
Item berkaitanMikroskop optik
Mikroskop elektron
Mikroskop kurun ke-18 dari Muzium Seni dan Pertukangan, Paris

Terdapat banyak jenis mikroskop. Yang paling biasa (dan yang pertama dicipta) adalah mikroskop optik, yang menggunakan cahaya pada imej sampel. Jenis utama mikroskop lain adalah mikroskop elektron (kedua-dua mikroskop pemancar elektron dan mikroskop pengimbasan elektron), ultramikroskop, dan pelbagai jenis mikroskop prob imbasan.

Pada 8 Oktober 2014, Hadiah Nobel dalam Kimia telah dianugerahkan kepada Eric Betzig, William Moerner dan Stefan Hell bagi "pembangunan penyelesai-super mikroskop pendarfluor," yang membawa "mikroskop optik ke dalam dimensi nano".[1][2]

Sejarah sunting

Mikroskop pertama yang dibangunkan adalah mikroskop optik, sungguhpun pencipta asal sukar dikenal pasti. Terdapat bukti yang menunjukkan kemunculan mikroskop majmuk pertama di Belanda dalam tahun 1590-an, kemungkinan ciptaan pembuat kanta di sana,[3] Hans Lippershey (yang membangunkan teleskop awal) dan Zacharias Janssen (juga mendakwa sebagai pencipta teleskop). Terdapat dakwaan lain bahawa mikroskop dan teleskop dicipta oleh Roger Bacon dalam 1200-an, [4] tetapi hal ini tidak dibuktikan. Giovanni Faber mencipta nama mikroskop untuk mikroskop majmuk Galileo Galilei pada tahun 1625. [5] (Galileo telah menggelarkan alatnya sebagai occhiolino atau "mata kecil").

Kebangkitan mikroskopi cahaya moden sunting

Gambaran terperinci mengenai pembinaan dalaman bagi tisu hidup berdasarkan penggunaan mikroskop tidak muncul sehingga 1644, dalam L'occhio della mosca ("Mata Lalat") nukilan Giambattista Odierna.[6]

Mikroskop hanya dapat digunakan secara meluas selewat 1660-an dan 1670-an bagi penyelidikan di Itali, Belanda dan England. Marcelo Malpighi di Itali mula menganalisis struktur biologi bermula dengan sel paru-paru. Micrographia karya Robert Hooke memberikan kesan besar terhadap minat umum mengenai pendekatan mikroskopi ini, terutamanya disebabkan ilustrasi gambaran pemerhatian Hooke yang mengagumkan. Sumbangan terbesar dalam pembangunan mkiroskopi moden ini datangnya dari Antony van Leeuwenhoek yang menjumpai sel darah merah dan spermatozoa, seterusnya membantu mempopularkan mikroskopi sebagai satu teknik melihat struktur biologi. Pada 9 Oktober 1676, Van Leeuwenhoek melaporkan penemuan mikroorganismanya.[6]

Keupayaan mikroskop cahaya bergantung kebanyakannya bergantung pada bagaimana sampel diterangi dan juga bagaimana ia dipantau. Peralatan awal terhad sehingga prinsip ini dihargai sepenuhnya dan berkembang serta wujudnya lampu elektrik yang boleh dipergunakan kuasa lebih tingginya sebagai sumber cahaya. Cereka pertama membabitkan mikrokosma kemungkinannya dipelopori "The Diamond Lens" tulisan Fitz-James O'Brien yang menceritakan kisah seorang ahli sains yang mencipta mikroskop berkuasa dan menjumpai seorang wanita cantik yang hidup di dunia mikroskopik dalam setitik air. [7] Pada tahun 1893, August Köhler membangunkan prinsip utama pencahayaan sampel iaitu "pencahayaan Köhler" yang merupakan perkara penting untuk mencapai had teori mikroskop cahaya. Kaedah pencahayaan sampel menghasilkan cahaya sekata dan mengatasi kontras terhad dan resolusi yang dihadkan oleh teknik awal pencahayaan sampel. Perkembangan lebih lanjut dalam pencahayaan sampel datang dari penemuan fasa bertentangan oleh Frits Zernike pada tahun 1953, dan pencahayaan perbandingan gangguan pengkamiran oleh Georges Nomarski pada tahun 1955; kedua-duanya membolehkan pengimejan sampel lutsinar tanpa diwarnakan.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Ritter, Karl; Rising, Malin (October 8, 2014). "2 Americans, 1 German win chemistry Nobel". AP News. Dicapai pada October 8, 2014.
  2. ^ Chang, Kenneth (October 8, 2014). "2 Americans and a German Are Awarded Nobel Prize in Chemistry". New York Times. Dicapai pada October 8, 2014.
  3. ^ Albert Van Helden, Sven Dupré, Rob Van Gent, Huib Zuidervaart, The Origins of the Telescope, pages 32-36
  4. ^ William Godwin (1876). "Lives of the Necromancers".
  5. ^ Gould, Stephen Jay (2000). "Chapter 2: The Sharp-Eyed Lynx, Outfoxed by Nature". The Lying Stones of Marrakech: Penultimate Reflections in Natural History. New York, N.Y: Harmony. ISBN 0-224-05044-3.
  6. ^ a b Wootton, David (2006). Bad medicine: doctors doing harm since Hippocrates. Oxfordshire: Oxford University Press. ISBN 0-19-280355-7.[halaman diperlukan]
  7. ^ Fitz-James O'Brian, "The Diamond Lens" at Project Gutenberg