Milestones to Malaysia

Milestones to Malaysia ialah sebuah filem dokumentari Malaysia 1963 terbitan Malayan Film Unit (kemudian dikenali sebagai Filem Negara Malaysia).[1][2][3][4]

Milestones to Malaysia
Syarikat
penerbitan
Tarikh tayangan
13 September 1963
Masa tayangan
26 minit
NegaraPersekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
BahasaInggeris

Ringkasan sunting

Filem ini mendokumentasikan perhubungan antara Persekutuan Tanah Melayu, Singapura dan negeri-negeri Borneo. Pelbagai langkah demi langkah dan kemajuan idea dilakukan dalam pemetaan Perjanjian Malaysia yang membawa kepada penubuhan Malaysia sebagai sebuah negara baharu dengan 14 negeri.[5][4]

Penerbitan dan keluaran sunting

Milestones to Malaysia ialah salah satu daripada empat filem dokumentari mengenai Malaysia yang diterbitkan oleh Malayan Film Unit. Tiga lagi termasuk This Is Malaysia yang berkisarkan mengenai tanah dan rakyat Malaysia, Kelahiran Malaysia yang berkisarkan tentang sambutan Hari Malaysia dan filem Introducing Malaysia yang merupakan filem pertama MFU yang diterbitkan dalam format warna.[5][4]

Filem ini diterbitkan dalam empat bahasa dan ditayangkan pada 13 September 1963, iaitu tiga hari sebelum pengisytiharaan penubuhan Malaysia.[6]

Rujukan sunting

  1. ^ Milestones to Malaysia (Catatan penerbitan). Kuala Lumpur, Persekutuan Tanah Melayu: Malayan Film Unit. 1963.
  2. ^ "Senarai karya". Filem Negara Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Mei 2006. Dicapai pada 24 November 2010.
  3. ^ "'Malaysia' on TV" ['Malaysia' di TV] (dalam bahasa Inggeris). The Straits Budget. 18 September 1963. Dicapai pada 18 April 2015.
  4. ^ a b c "World will see film on Malaysia" [Dunia akan menyaksikan filem mengenai Malaysia] (dalam bahasa Inggeris). The Straits Times. 12 September 1963. Dicapai pada 18 April 2015.
  5. ^ a b "Malaysia film for world screens" [Filem Malaysia untuk tayangan sedunia] (dalam bahasa Inggeris). The Straits Budget. 18 September 1963. Dicapai pada 18 April 2015.
  6. ^ "TAYANGAN FILEM MALAYSIA MULAI ESOK". Berita Harian. 12 September 1963. Dicapai pada 18 April 2015.

Pautan luar sunting