Milik Siapakah Gadis Ini

Milik Siapakah Gadis Ini merupakan sebuah lagu nyanyian Dato' Sudirman Haji Arshad yang ditulis oleh S. Amin Shahab. Susunan lagunya pula dibuat oleh M. Nasir. Lagu ini mempunyai dokumentari muzikalnya yang dihoskan oleh beliau sendiri sambil menggambarkan suasana di sekitar kepulauan Bali, Indonesia pada tahun 1986.[1] Selain itu, beliau telah menyanyikan lagu ini dalam konsertnya, Istimewa Bersama Sudirman terbitan RTM secara langsung dari Auditorium Besar Angkasapuri pada tahun 1987.[2] Beliau juga pernah menyanyikan lagu ini pada pembukaan tirai Kejohanan Sepak Takraw MAS, Utusan Malaysia dan RTM Ke-3 yang berlangsung pada 24 hingga 29 November 1987 di Stadium Negara.[3] Pada 9 Mac 1991, beliau telah menyanyikan lagu ini secara langsung dalam Konsert Sudirman di tapak Expo Ayer Keroh, Melaka anjuran SUDI Sdn. Bhd. dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Ekonomi Melaka.[4] Lagu ini pernah dinyanyikan oleh pelbagai artis seperti Amy (Search) dan sebahagian daripada pelakon filem Hoore! Hoore!.

"Milik Siapakah Gadis Ini"
Lagu oleh Sudirman Haji Arshad
daripada album Kul it!
BahasaBahasa Melayu
Dilancarkan pada1986
GenrePop
Panjang4:11
SyarikatEMI (Malaysia) Sdn. Bhd.
PenulisS. Amin Shahab
PenggubahM. Nasir
PenerbitAdnan Abu Hassan
Senarai runut Kul it!
  1. "Selagi Hayatku Ada"
  2. "Warna Asmara"
  3. "Penyu Menangis"
  4. "Sutera"
  5. "Radio Malaysia"
  6. "Milik Siapakah Gadis Ini"
  7. "Kul It!"
  8. "Pesan Abang"
  9. "Gadisku"
  10. "Merisik Khabar"
  11. "Bapak"
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Rujukan sunting

  1. ^ Sudirman - Milik Siapakah Gadis Ini (YouTube). Bali, Indonesia. 1986. Dicapai pada 4 Februari 2013.
  2. ^ Sudirman - Milik Siapakah Gadis Ini (YouTube). Kuala Lumpur, Malaysia: Radio Televisyen Malaysia. 1987. Dicapai pada 4 Februari 2013.
  3. ^ Sudirman - Milik Siapakah Gadis Ini (YouTube). Kuala Lumpur, Malaysia: Radio Televisyen Malaysia. 1987. Dicapai pada 4 Februari 2013.
  4. ^ Sudirman - Milik Siapakah Gadis Ini (Live) (YouTube). Ayer Keroh, Melaka. 1991. Dicapai pada 4 Februari 2013.