Miller

Pelakon lelaki Malaysia
(Dilencongkan dari Miller Khan)

Mohammad Suhaemi "Miller" bin Ali Dad Khan (lahir 30 Mac 1987) ialah pelakon lelaki Malaysia. Beliau berjaya di Malaysia dan Indonesia.[2][3]

Miller Khan
Gambar ketika model penggambaran
Kelahiran
Mohammad Suhaemi bin Ali Dad Khan

(1987-03-30) 30 Mac 1987 (umur 36)
Nama lainMiller Khan, Miller Ali
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2007 - kini
Ketinggian183 cm (6 ka 0 in)
PasanganFarina Rebecca (k.2021)
Ibu bapa
  • Ali Dad Khan bin Zardad Khan (bapa)
  • Norazlina Chow (ibu)
Saudara

Kerjaya sunting

Yasmin Ahmad merupakan individu yang bertanggungjawab memperkenalkan Miller ke industri perfileman selepas mengambil beliau berlakon dalam iklan televisyen Petronas sempena Hari Kebangsaan 2003 yang berjudul "Becha Param". Miller berusia 16 tahun pada ketika itu. Setelah itu, beliau sekali menjadi pilihan Yasmin untuk muncul dalam filem pertamanya berjudul Sepet pada tahun 2005 di samping Sharifah Amani. Ketika itu Miller sering menghiasi kaca televisyen menerusi iklan komersial seperti Rexona dan Honda.

Nasibnya berubah setelah berhijrah ke Indonesia di usia 20 tahun pada tahun 2007. Setelah tiba di Jakarta, Miller sama sekali tidak sukar mencari peluang kerana dia terus ditawarkan sebagai bintang iklan produk mi segera bersama Luna Maya. Namanya popular di Indonesia setelah dalam waktu yang hampir bersama membintangi dua filem, Bukan Bintang Biasa dan Cintapuccino pada tahun 2007. Bahkan dalam Cintapuccino, Miller mendapat peranan utama lelaki mendampingi Sissy Priscillia.[4] Nama Miller semakin akrab bagi pencinta sinetron, ketika mendampingi Kirana Larasati dalam sinetron "Azizah".[5] Dia membintangi sinetron "Cinta dan Anugerah" bersama Nabila Syakieb dan Eva Anindhita. Pada tahun 2014, Miller kembali menghiasi drama televisyen Malaysia apabila berlakon di samping Remy Ishak dan Rita Rudaini dalam drama bersiri "Satu Hari". Namun kariernya masih berpusat di Indonesia.

Kehidupan peribadi sunting

Adik kandungnya, Aliff Ali merupakan pelakon remaja di Indonesia. Selain itu beliau juga mempunyai adik yang merupakan pelakon iaitu Farali Khan dan Isa Khan yang merupakan bekas peserta Akademi Fantasia.

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
2007 Bukan Bintang Biasa Barry Rahaja
Cintapuccino Nimo
2008 Hantu Perawan Jeruk Purut Lucky
Merem Melek Kumtoro
2012 Cinta Suci Zahrana Hasan
2015 Love You...Love You Not Taufan
2016 Ketika Mas Gagah Pergi the Movie Penampilan kameo
2017 Hide And Seek Minako Baron
Keluarga Tak Kasat Mata Yoga
2018 Assalamuaikum Calon Imam Alif Syabani Alexis
Takut Kawin Tommy
Insya Allah Sah 2 Yoga
Rasuk Abimanyu
2019 DreadOut Ketua Sekte
Foxtrot Six Indra
Pintu Merah Alex Subroto
Ratu Ilmu Hitam Jefri
2021 Eyang Putri Reza Film orisinal MAXstream
2022 Tumbal Kanjeng Iblis Jefri

Sinetron sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2007–2008 Azizah Raffy
2008 Suci (Musim 2) Martin
2009 Cinta dan Anugerah Avian
2010 Dia Bukan Anakku Kevin
2011 Kasih Dan Cinta Evan
Anugerah Ryan
2012 Separuh Aku Dennis
2013 Cinta 7 Susun Al
Cinta Illahi Zacky
2014 Kau Yang Berasal Dari Bintang Rama
Aisyah Putri The Series: Jilbab In Love Vincent
2015 Cinta Di Langit Taj Mahal Dion
2016 Anugerah Illahi EPS: Aku Bangga Jadi Kaki Ibuku. Damar
2016-2017 Surga Yang Ke 2 Doni
2019 Assalamualaikum Calon Imam Alif Syabani Alexis
2022 Handsome-Handsome Kucing Garong Genta
Takdir Cinta Yang Kupilih Jonathan Kevin Adiputra

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2014–2015 Satu Hari Moez TV9
2020 The Bridge (Musim 2) Arif Viu

Rujukan sunting

  1. ^ Miller Ali
  2. ^ Najiy Jefri (21 November 2019). Miller nikmati detik indah Harian Metro. Dicapai pada 7 April 2020.
  3. ^ Miller Khan teruja Harian Metro. Dicapai pada 7 April 2020.
  4. ^ Miller, Tak Laku di Malaysia, Berjaya di Indonesia Diarkibkan 2009-11-05 di Wayback Machine, KapanLagi.com, dicapai pada 21 Februari 2008.
  5. ^ Kirana Larasati, Bangga Dikejar-Kejar, KapanLagi.com, dicapai pada 21 Februari 2008.

Pautan luar sunting