Mimas (bulan)

(Dilencongkan dari Mimas(bulan))
Mimas
Mimas, seperti diambil gambarnya oleh Cassini pada tahun 2005 (NASA)
Penemuan
Dijumpai oleh William Herschel
Ditemui pada 17 September 1789
Ciri-ciri orbit
Paksi separa major 185,404 km
Keesentrikan 0.0202 [1] Diarkibkan 2005-03-09 di Wayback Machine
Tempoh Orbit 0.9424218 d [2] Diarkibkan 2005-03-09 di Wayback Machine
Kecondongan 1.51° (pada Garis
Khatulistiwa Zuhal)
Is a satelit Zuhal
Ciri-ciri fizikal
Diameter purata 397.2 km
(418.2×392.4×382.8 km)

(0.0311 Earths)

Keluasan permukaan ~1,990,000 km2
Isi padu ~32,900,000 km3
Jisim 3.84×1019 kg

(6.4×10-6 Bumi)

Ketumpatan purata 1.17 g/cm3
Graviti permukaan ~0.065 m/s2
Halaju lepas ~0.16 km/s
Tempoh putaran segerak
Senget paksi zero
Albedo 0.77
Suhu permukaan
minimum min maksimum
? K ~64 K ? K
Atmosfera tiada

Mimas (bahasa Yunani: Μίμᾱς, kadangkala Μίμανς) ialah satu bulan Zuhal yang ditemui pada tahun 1789 oleh William Herschel. Ia dinamai sempena Mimas, anak kepada Gaia dalam mitologi Yunani, dan juga telah dirangka sebagai Zuhal I.

Nama sunting

Nama "Mimas" dan nama-nama kesemua tujuh satelit Zuhal yang diketahui telah dicadangkan oleh anak lelaki John Herschel dalam karya 1847nya, Keputusan-keputusan Pencerapan Astronomi yang dibuat di Tanjung Harapan

Ciri-ciri fizikal sunting

Ketumpatan rendah Mimas (1.17) menandakan yang kebanyakan daripadanya terdiri daripada ais batu dengan sedikit jumlah batu.[1] Disebabkan tindakan kuasa pasang surut ke atasnya, bulan ini tidak sfera sepenuhnya; paksi terpanjangnya adalah 10% lebih panjang berbanding dengan paksi terpendeknya. Bentuk agak bujur telur Mimas jelas kelihatan dalam gambar-gambar terkini daripada kapal Cassini.

 
Mimas, diambil oleh Cassini, jelas berbentuk bujur telur
 
Mimas, berlatarbelakangkan latitud-latitud utara Zuhal
Fail:Mimas1.jpg
Mimas adalah satu bulan berdiameter 247 batu.

Paparan Mimas yang jelas kelihatan ialah sebuah kawah hentaman yang tersangat besar sejauh 130 km untuk menyeberanginya, dinamakan Herschel sempena orang yang menjumpai bulan ini. Diameter Herschel ialah hampir satu pertiga diameter bulan itu sendiri; dindingnya ialah beranggaran 5 km tinggi, sebahagian daripada dasarnya berukuran 10 km dalam, dan puncak tengahnya menjulang 6 km daripada dasar kawah. Jikalau terdapat sebuah kawah yang berskala serupa di bumi ia lebih daripada 4,000 km diameternya, lebih lebar daripada Kanada. Hentaman yang membentuk kawah ini seharusnya hampir menghancurkan Mimas: rekahan boleh dilihat di sebelah Mimas yang bertentangan yang mungkin berpunca daripada gelombang kejutan kesan daripada hentaman yang bergerak melalui badan bulan ini.

Permukaannya penuh dengan kawah-kawah hentaman yang kecil, tetapi tiada satu pun yang saiznya menghampiri Herschel. Sungguhpun Mimas dipenuhi dengan kawah-kawah, kawah ini tidak sekata. Kebanyakan permukaaan dipenuhi dengan kawah-kawah yang berdiameter lebih besar daripada 40 km, tetapi di kawasan kutub selatan, kawah-kawah yang berukuran lebih daripada 20 km adalah sangat kurang bilangannya. Keadaan ini mencadangkan bahawa terdapat proses tertentu yang memindahkan kawah-kawah yang lebih besar dari kawasan ini.

Saintis-saintis secara rasminya mengenal pasti dua jenis ciri-ciri geologi di Mimas: kawah-kawah dan lurah-lurah.

Sila lihat:Senarai ciri-ciri geologi di Mimas.

Mimas bertanggungjawab melenyapkan bahan-bahan dari Bahagian Cassini, jurang antara dua cincin Zuhal yang terlebar, Cincin A dan Cincin B.

Mimas dalam fiksyen dan filem sunting

 
Mimas seolah-olah meyerupai Death Star, sebuah stesen angkasa lepas dalam filem Star Wars
  • Perbandingan telah dibuat antara rupa Mimas dan rupa Death Star daripada filem Star Wars (lihat gambar). Persamaan ini hanyalah satu ketidaksengajaan, kerana gambar Mimas belum diambil hinggalah tiga tahun selepas filem ini dikeluarkan; oleh kerana persamaan inilah menyebabkan Mimas kadangkala dipanggil "bulan Death Star".
  • Dalam novel-novel Rob Grant dan Doug Naylor yang berdasarkan sitkom mereka Red Dwarf, Mimas ialah tapak sebuah stesen angkasa lepas yang besar dan sesak di mana Dave Lister mengambil cuti untuk melupakan teman wanitanya yang meninggalkan beliau Kristine Kochanski, membela kucing, melarikan diri sebagai seorang pelarian dan memulakan pengambaraaan beliau di atas Red Dwarf. Kedua-dua buku dan sitkom memberitahu tentang makanan tempatan di situ iaitu "Mimean Bladderfish".
  • Sebuah episod Star Trek: The Next Generation menonjolkan Mimas sebagai stesen pengosongan di mana empat kadet Starfleet, termasuk Wesley Crusher, bertolak selepas kapal angkasa mereka berlanggar.
  • DaIam novel tahun 1958 Lucky Starr and the Rings of Saturn (Salah satu siri remaja opera angkasa lepas Lucky Starr karya Isaac Asimov yang terkenal, yang mana pada mulanya diterbitkan di bawah nama pena Paul French) hero, mengetahui bahawa Mimas ialah hampir kesemuanya ais, mengemudi kapal angkasanya ke arah pelanggaran dengan Mimas, mencairkan permukaan Mimas dengan senjatanya, dan akhir sekali menyorokkan kapal angkasanya di bawah air untuk melarikan diri daripada musuh beliau, orang-orang dari Sektor Sirius.


Rujukan sunting

  1. ^ Posible océano secreto descubierto en la luna Mimas de Saturno Infoterio Noticias | Ciencia y Tecnología. (Spanish).

Pautan luar sunting

(Pemandu arah satelit semula jadi Zuhal) | Mimas | Enceladus | ...

Templat:Saturn Full Footer