Mimie Haris
Norshamimi binti Ahmad Haris (lahir 3 Jun 1990) atau lebih dikenali sebagai Mimi Haris adalah merupakan seorang penyanyi, pelakon, pelawak dan pengacara di Malaysia. Beliau memulakan karier seninya setelah beliau menjadi salah satu peserta program realiti My Starz LG musim kedua terbitan TV3 pada tahun 2009.
Mimie Haris | |
---|---|
Kelahiran | Norshamimi binti Ahmad Haris 3 Jun 1990 |
Pekerjaan | Pelakon, pelawak, penyanyi, pengacara |
Tahun aktif | 2009-kini |
Kerjaya muzik | |
Genre | Pop |
Instrumen | Vokal |
Syarikat rakaman | NAR Records |
Pengkarya berkait | My Starz LG (Musim 2) Akim Aril Pilus Hafiz Suip Anith Aqilah Aepul Roza |
Kehidupan peribadiSunting
Mimie menamatkan zaman gadisnya dengan mengahwini seorang jejaka yang hanya dikenali sebagai Mohammad pada Disember 2015. Mereka melangsungkan majlis perkahwinan selepas hanya tiga bulan bertunang. Namun jodoh mereka tidak berkekalan apabila mereka disahkan telah bercerai talak satu pada 2017 setelah hampir lapan bulan mendirikan rumahtangga. Punca terjadinya penceraian tersebut adalah disebabkan tiada persefahaman diantara mereka. [1] Setelah hampir tiga tahun menjanda, pada Februari 2020 Mimie akhirnya menamatkan zaman jandanya dengan mengahwini seorang juruterbang yang dikenali sebagai Amir. Mereka membuat keputusan untuk berkahwin selepas hanya tiga bulan berkenalan. [2]
Karier muzikSunting
DiskografiSunting
SingleSunting
- "Jatuh Cinta Lagi"
- "Kakiku Kaku"
- "Kenyalang I Love You" (duet bersama Aepul Roza)
- "Sastera Kupu-Kupu"
FilemografiSunting
DramaSunting
- Bintang Di Kalbu
- Kau & Aku (Musim 2)
- Cafe Akhil Hayy
SitkomSunting
- Buletin Cinta (TV3)
TelefilemSunting
- Wira Malam Bisikan Naga
Televisyen ShowSunting
- CJ Wow Shop (Media Prima)
- In-Trend (RTM)
RujukanSunting
- ^ Syanty Octavia Amry [1] Harian Metro.
- ^ Zulaikha Yusof [2] Astro Gempak.