Mineichi Koga (Jepun: 古賀 峯一, Hepburn: Koga Mineichi, 25 September 1885 – 31 Mac 1944) adalah seorang Marsyal Laksamana dan Panglima Armada Gabungan IJN.

Koga Mineichi
Laksamana Koga Mineichi
KelahiranSeptember 25, 1885
Arita, Saga, Japan
Meninggal dunia31 Mac 1944(1944-03-31) (umur 58)[1]
near Davao, Philippines
KesetiaanEmpayar Jepun
PerkhidmatanBendera tentera laut Empayar Jepun Tentera Laut Imperial Jepun
Tahun perkhidmatan1906–44
Pangkat Marsyal Laksamana (anumerta)
ArahanKapal Kruiser Aoba, Kapal Tempur Ise
Armada Ke-2 IJN, Armada Wilayah China, Armada Gabungan
PertempuranPertempuran Hong Kong, Perang China-Jepun Kedua
AnugerahOrder of the Sacred Treasures, Kelas 1
Order of the Rising Sun, Kelas 1
Order of the Golden Kite, Kelas 1
Knight Cross of the Iron Cross

Biografi sunting

Koga telah dilahirkan di Arita (iaitu pusat seramik terkenal) di Daerah Nishimatsuura Wilayah Saga pada tahun 1885. Beliau memasuki kelas  ke-34 Akademi Tentera Laut Imperial Jepun dan tamat pengajian pada tahun 1906, menduduki tempat ke-14 dari 176 orang kadet.

Beliau bertugas sebagai Pegawai Kadet Kanan diatas kruiser Matsushima semasa latihan pelayaran jarak jauhnya ke Honolulu, Hilo, Wellington, Brisbane, Palm Island, Queensland, Batavia, Singapura, Mako, Tsingtao, Port Arthur, Dairen, Chemulpo, Chinkai, Busan dan Kagoshima. Selepas kembali pulang, beliau telah ditauliahkan Leftenan Muda dan ditugaskan ke kapal tempur Katori, diikuti oleh kapal kruiser Otowa dan kapal kruiser Suma.

Selaku Leftenan Madya beliau berkhidmat diatas kapal kruiser Soya dan kapal tempur Aki, dan selaku Leftenan dari tahun 1911, beliau berkhidmat diatas kapal tempur Kashima.

Selepas kehadiran lanjut di Maktab Perang Tentera Laut (Jepun), Koga memegang jawatan staf pantai setelah tamat pengajiannya dan kenaikkan pangkat ke Leftenan Komander pada tahun 1917. Pada tahun 1920, melihat tiada aksi semasa Perang Dunia I, Koga menjadi pegawai residen di Perancis. Beliau kembali pulang pada tahun 1922 untuk menjadi pegawai eksekutif diatas kapal tempur Kitakami. Dinaikkan pangkat ke Kepten pada 1 Disember 1926, Koga sekali lagi ditugaskan ke Perancis, dimana beliau berkhidmat sebagai atase tentera laut di Paris sehingga 1 November 1928.

Dipanggil semula ke Jepun pada tahun 1930 dan diberi memerintah Stesen Tentera Laut Yokosuka, Koga menjadi nakhoda kruiser berat Aoba dari 31 Disember 1930, dan kapal tempur Ise dari 31 Disember 1931, sehingga perlantikannya ke Laksamana Muda pada 31 Disember 1932 dan ditukarkan menjadi Ketua Bahagian Perisikan Staf Am Tentera Laut Imperial Jepun pada tahun 1933.

Koga menjadi Timbalan Ketua Staf Am Tentera Laut Imperial Jepun dan dinaikkan pangkat ke Laksamana Madya pada 31 Disember 1936 sejurus sebelum bermulanya Perang China-Jepun Kedua pada tahun 1937.

Menjadi Panglima Armada Ke-2 IJN pada tahun 1939, Koga telah diberi memerintah Armada Wilayah China pada 1 September 1941. Koga berkongsi keraguan Yamamoto mengenai perang dengan Amerika Syarikat, tetapi tidak bersetuju dengan Yamamoto mengenai penggunaan penerbangan tentera laut, kekal menjadi penyokong kuat kapal tempur sehingga pertempuran kemudian dalam Perang Pasifik membuktikan pendiriannya ketinggalan zaman.

Pertempuran Hong Kong sunting

 
Tsuneo Matsudaira, Shigetarō Shimada, Mineichi Koga, dan Saburō Hyakutake di atas dek kapal tempur Musashi, Jun 1943

Dengan bermulanya Perang Pasifik, Koga memerintah operasi laut semasa Pertempuran Hong Kong dari 9 Disember 1941 hingga penghujung bulan. Berikutan kematian Laksamana Isoroku Yamamoto pada 19 April 1943, Koga menggantikan Yamamoto sebagai Panglima Besar Armada Gabungan. Kapal pemerintahnya ialah kapal tempur gergasi Musashi.

Koga cuba memulihkan semula operasi tentera laut Jepun dengan penyusunan semula Armada Gabungan menjadi pasukan-pasukan petugas yang diatur sekeliling kapal pengangkut pesawat untuk meniru Tentera Laut Amerika Syarikat, dan menyusun sebuah pangkalan darat armada udara tentera laut untuk bekerjasama dengan kapal pengangkut. Dari segi operasi, beliau berhasrat untuk melancarkan satu penyerangan balas yang agresif di Kepulauan Aleut bagi memecahkan pasukan Amerika dan bagi menarik armada Amerika ke satu pertempuran besar pada tahun 1943.[2] Walau bagaimanapun, kehilangan pangkalan darat dan kapal pengangkut Jepun di tengah Pasifik akhirnya memaksa Jepun berundur daripada Kepulauan Gilbert dan Filipina menjelang penghujung tahun. Koga secara beransur-ansur mengambil sikap yang lebih konservatif, cuba menjimatkan tentera yang masih tinggal untuk memberikan kerosakan maksimum keatas pihak Amerika apabila mereka menghampiri Filipina. Koga telah terbunuh apabila pesawatnya, sebuah kapal terbang laut Kawanishi "Emily", terhempas ketika ribut taufan antara Palau dan Davao sewaktu mengawasi pengunduran Armada Gabungan dari markas Palaunya pada 31 March 1944. Kematiannya tidak diumumkan sehingga Mei 1944 apabila beliau secara rasminya digantikan oleh Laksamana Soemu Toyoda.

Koga telah dianugerahkan pangkat Marsyal Laksamana secara anumerta dan beliau telah diberi pengebumian negara. Pusaranya terletak di Tanah Perkuburan Tama, di luar Tokyo.

Tarikh kenaikkan pangkat sunting

Rujukan sunting

Buku sunting

  • D'Albas, Andrieu (1965). Death of a Navy: Japanese Naval Action in World War II. Devin-Adair Pub. ISBN 0-8159-5302-X.
  • Dupuy, Trevor N. (1992). Encyclopedia of Military Biography. I B Tauris & Co Ltd. ISBN 1-85043-569-3.
  • Fuller, Richard (1992). Shokan: Hirohito's Samurai. London: Arms and Armour Press. ISBN 1-85409-151-4.
  • Morison, Samuel Eliot (2002). History of United States Naval Operations in World War II. Vol. VI: Breaking the Bismarcks Barrier, 22 July 1942 – 1 May 1944. Chicago: University of Illinois Press.
  • Morison, Samuel Eliot (2002). History of United States Naval Operations in World War II. Vol. VII: Aleutians, Gilberts, and Marshalls, June 1942 – April 1944. Chicago: University of Illinois Press.
  • Morison, Samuel Eliot (2002). History of United States Naval Operations in World War II. Vol. VIII: New Guinea and the Marianas, March 1944 – August 1944. Chicago: University of Illinois Press.

Pautan luar sunting

Nota sunting

  1. ^ Nishida, Imperial Japanese Navy
  2. ^ Budge, Pacific War Online Encyclopedia

Templat:Para Gensui Jepun