Minerva McGonagall


Minerva McGonagall (lahir 4 Oktober 1925) merupakan salah satu watak yang direka J. K. Rowling bagi siri novelnya, Harry Potter. Dalam filem, watak itu dilakonkan oleh Dame Maggie Smith. Watak ini merupakan watak sihir pertama dan Animagi pertama yang diperkenalkan dalam siri tersebut.

Watak Harry Potter
Minerva McGonagall
Minerva McGonagall, dilakonkan oleh Dame Maggie Smith,
Minerva McGonagall
Jantina Perempuan
Warna rambut Kehitaman
Warna mata Biru
Rumah Gryffindor
Sekolah Hogwarts
Keturunan Sihir
Dilakonkan oleh Dame Maggie Smith
Kemunculan pertama Harry Potter and the Sorcerer's Stone (buku & filem)



Beliau kini menjadi pemangku pengetua Sekolah Sihir Hogwarts sejak 1996 selain menjadi ketua rumah Gryffindor dan guru Transfigurasi. Beliau mula mengajar pada Disember 1956. Beliau berpendapat, ilmu Transfigurasi adalah suatu yang rumit dan sukar dalam cabang ilmu sihir. Beliau memegang jawatan pengetua sebaik sahaja Albus Dumbledore meninggal dunia akibat dibunuh Severus Snape. Beliau masih belum memutuskan untuk sambung mengajar.

Profesor Minerva McGonagall amat mengambil berat kebajikan dan disiplin pelajar. Walaupun beliau seorang ketua kepada rumah Gryffindor, beliau amat jarang bersikap berat sebelah kepada pelajar lain. Bagi beliau, semua pelajar adalah sama. Sikap ketegasan beliau sering dihormati malah ada yang tidak suka. Beliau juga merupakan penyokong paling setia di belakang Albus Dumbledore dan juga ahli Kumpulan Phoenix

McGonagall mempunyai rambut hitam (dalam filem perang kehitaman / gelap) yang lazim disanggulkannya. Beliau memakai jubah berwarna hijau zamrud dan kelihatan agak formal. Menurut pengarang, McGonagall ialah seorang watak yang aktif walaupun berusia 70 tahun. Beliau memakai cermin mata petak yang mempunyai tanda sama seperti tanda di matanya ketika menjelma sebagai kucing. Beliau amat meminati corak tartan yang merupakan warisan Scotland.

Nama beliau mucul dari dua sumber. "Minerva" ialah nama dewi kebijaksanaan Rom (sangat bersesuaian dengan watak). Manakala nama "McGonagall" berasala dari seorang penyajak yang pelik pada kurun ke-19 dari bandar Dundee, Scotland iaitu William Topaz McGonagall. Dia dianggap penyajak yang paling teruk dalam sejarah bahasa Inggeris.

Minerva McGonagall diperkenalkan kali pertama pada bab pembukaan siri Batu Hikmat iaitu pada bab Kanak-kanak yang Terselamat daripada Maut (The Boy Who Lived) apa bila beliau berjumpa dengan Albus Dumbledore di Nombor 4, Privet Drive. Dari bab itu, kita boleh lihat yang beliau juga seorang penyayang (apabila dia risau ketika Dumbledore memberitahu yang dia akan meletakkan Harry yang baru lepas diserang Lord Voldemort terus ke rumah keluarga Dursley), kuat merungut (ketika dia mengkritik Hagrid dan perangai ahli sihir selepas kejatuhan Voldemort) dan kepintarannya dalam menguasai ilmu seperti Animagus.

Beliaulah yang berperanan ketika upacara Pengisihan di Hogwarts dan beliau amat mengharap agar para pelajar menghormatinya.

Maggie Smith sebagai Minerva McGonagall dalam Harry Potter and the Prisoner of Azkaban

Pada masa yang sama, beliau turut berminat dengan Quidditch, dan sebagai ketua rumah, beliau mengambil berat ke atas perkembangan pasukan Quidditch rumahnya. (Cth: Beliau membenarkan Harry sebagai Seeker walaupun pelajar tahun pertama tidak biasa diberikan peluang untuk menyertai pasukan, malah sebagai posisi seeker)

Walaupun McGonagall amat menitik beratkan hal disiplin, beliau juga membantu Harry secara tidak langsung. Beliau sanggup bertelagah dengan Dolores Umbridge ketika sesi nasihat kerjaya Harry berlangsung. Ketika Dumbldore melarikan diri dari Hogwarts dalam siri Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix, McGonagall menjaga segala kepentingan Hogwarts dan ahlinya. Ketika Hagrid diserang Umbridge dan kumpulan dari Kementerian Sihir, McGonagall menghalang sehingga dikenakan Sihir Pemegun sebanyak empat sekaligus. Ekoran peristiwa itu, beliau dimasukkan ke Hospital St Mungo untuk beberapa hari.

Kini, selepas mengambil alih jawatan Albus Dumbledore, (beliau akan secara rasmi menjadi Pengetua pada buku yang ketujuh), beliau menghadapi tugas baru sebelum bermulanya tahun ketujuh Harry iaitu mencari pengganti bagi pengajar subjek Posyen, Pertahanan Terhadap Ilmu Hitam, timbalan pengetua, ketua rumah Gryffindor dan Slytherin. Tetapi sebelum itu, beliau harus menetapkan sama ada sekolah akan masih dibuka atau tidak dalam kekelaman waktu setelah Lord Voldemort kembali berkuasa.

Lihat juga sunting