Ming-Na Wen (Bahasa Cina: 溫明娜pinyin: Wēn Míngnà; lahir 20 November 1963) merupakan seorang pelakon wanita Cina Amerika. (Beliau telah dikreditkan dengan dan tanpa nama keluarganya "Wen", tetapi kebanyakan kredit sejak akhir 1990-an tanpanya. Beliau telah dikenali dengan pelbagai namanya seperti Ming-Na, Ming Na, Ming Na Wen dan Ming Wen.) Beliau dikenali kerana meminjamkan suaranya untuk watak Fa Mulan, salah satu Puteri Disney, dalam filem Mulan dan Mulan II, permainan video Kingdom Hearts II, dan baru-baru ini muncul sebagai penampilan istimewa dalam siri animas Disney Sofia the First.

Ming-Na Wen
Wen pada 2019
Kelahiran (1963-11-20) 20 November 1963 (umur 60)
Nama lainMing-Na, Ming Na, Ming Na Wen, Ming Wen
PendidikanUniversiti Carnegie Mellon
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1985–kini
Karya terkenal
Meminjamkan suara Fa Mulan dalam filem animasi Disney Mulan (1998) dan kesinambungannya
PasanganKirk Aanes (k. 1990; c. 1993)
Eric Michael Zee (k. 1995)
Anak-anak2
Ibu bapaSoo Lim Yee (bapa tiri)
Lin Chan Wen (ibu)

Wen juga terkenal dengan peranannya sebagai Dr. Jing-Mei "Deb" Chen dalam siri drama perubatan ER. Beliau merupakan pelakon utama siri Inconceivable, drama perubatan yang disiarkan di NBC, tetapi tidak bertahan lama. Rancangan ini adalah salah satu daripada beberapa rancangan televisyen Amerika dengan siri utama Amerika Asia. Beliau juga dikenali kerana peranan utama siri animasi The Batman dan siri cereka sains Stargate Universe. Sejak 2013, beliau membintangi sebagai Melinda May dalam siri drama ABC Agents of S.H.I.E.L.D. Selain televisyen, beliau juga terkenal membintangi filem seperti The Joy Luck Club, Street Fighter, dan Final Fantasy: The Spirits Within.

Biografi sunting

Pada 1960an keluarga Wen meninggalkan Suzhou, China untuk ke Portugis Macau. Pada 20 November 1963, Wen dilahirkan di Coloane, salah satu daripada dua pulau utama di Macau.

Wen tinggal di Hong Kong bersama ibunya, Lin Chan, yang bekerja sebagai jururawat, dan abangnya, Jonathan. Sebagai seorang kanak-kanak, Wen berhijrah ke Amerika Syarikat bersama ibunya, abang, dan bapa tiri Soo Lim Yee, di Harlem, New York, di mana adiknya, Leong dilahirkan, dan kemudian ke Pittsburgh, Pennsylvania.

Wen menghadiri sekolah menengah di Mt. Lebanon, pinggiran Pittsburgh Pennsylvania. Semasa remaja beliau bekerja di restoran keluarga ayahnya bernama Chinatown Inn di pusat bandar Pittsburgh Chinatown, yang keluarganya masih menjalankannya hari ini.[1]

Wen belajar di Universiti Carnegie Mellon di mana beliau tamat belajar dengan kepujian tetinggi dan Ijazah Sarjana Seni Halus dan Teater.

Kerjaya sunting

Peranan televisyen Wen pertama ialah menerusi rancangan televisyen kanak-kanak Mister Rogers' Neighborhood pada 1985.[2] Dari 1988 hingga 1991, beliau melakonkan watak Lien Hughes dalam drama lipur lara As the World Turns.

Selepas berlakon dalam filem 1993 The Joy Luck Club, beliau membawakan peranan Dr. Jing-Mei "Deb" Chen dalam siri drama NBC ER. Beliau pertama kali berlakon dalam peranan ulangan sewaktu musim 1994-1995 sebelum kembali pada 1999, kekal bersama rancangan itu sehingga Musim 11 pada 2004. Wen juga memegang watak Chun-Li dalam filem Street Fighter dan membintangi bersama dalam sitkom The Single Guy dari 1995 hingga 1997.

 
Wen pada Oktober 2006

Beliau meminjamkan suaranya untuk watak tajuk dalam filem animasi Disney 1998 Mulan, kesinambungan terus ke videonya, Mulan II, dan permainan video Kingdom Hearts II, sekaligus memenangi Anugerah Annie. Beliau juga meminjamkan suaranya untuk watak Aki Ross dalam filem animasi komputer Final Fantasy: The Spirits Within, dalam Detektif Ellen Yin dalam siri animasi The Batman. Beliau juga menyumbangkan suaranya untuk Jade, watak kecil dalam siri animasi HBO Spawn.

Pada 2004, beliau mengambil bahagian di Hollywood Home Game di World Poker Tour, dan menang. Pada musim gugur 2005, beliau berlakon dalam siri drama NBC Inconceivable sebagai watak utama, Rachel Lu. Bagaimanapun, siri itu dibatalkan selepas hanya dua episod disiarkan. Peranan TV beliau seterusnya ialah sebagai ejen FBI dalam siri drama penculikan Fox Vanished, yang ditayangkan pada musim gugur 2006 kemudiannya dibatalkan tiga bulan kemudian. Beliau juga melakonkan peranan kecil sebagai Profesor Kolej dalam siri komedi George Lopez.

Pada 8 hingga 29 Oktober 2007, Wen (dikenali sebagai Ming Wen) muncul dalam empat episod siri CBS Two and a Half Men melakonkan watak kepentingan cinta Charlie Sheen. Pada November 2008, beliau muncul sebagai tetamu undangan siri ABC: Private Practice dan Boston Legal. Dari 5–6 Disember 2008, Wen membintangi penerbitan manfaat bagi muzikal Grease bersama "Stuttering" John Melendez di Class Act Theatre.[3]

Beliau muncul secara kerap dalam siri TV Stargate Universe sebagai Camile Wray dari Oktober 2009 hingga Mei 2011. Wen membuat kemunculan dalam "Disney Through the Decades" (bahasa Melayu: Disney Sepanjang Dekad), sebuah dokumentari pendek mengenai sejarah Syarikat Walt Disney sehingga masakini, sebagai pengacara untuk segmen 1990an.

Wen muncul dalam siri Syfy Eureka sebagai inkuisitif Senator A.S. Michaela Wen, bermula Musim Keempat pada 2011 dan menjadi watak antagonis dalam musim kelima dan terakhir pada 2012.

Wen memegang watak Ejen Melinda May dalam siri drama aksi ABC Agents of S.H.I.E.L.D., yang ditayangkan pada 24 September 2013.[4]

Pada Ogos 2014, Wen membawakan kembali peranannya sebagai Mulan buat pertama kalinya sejak Kingdom Hearts II dalam siri animasi Disney Channel Sofia the First.[5] Anak perempuannya, Michaela Zee mempunyai peranan ulangan dalam siri itu sebagai Puteri Jun.

Kehidupan peribadi sunting

Dari 1985 hingga 1989 Wen menjalin hubungan dengan pelakon Australia, Brett Hinch dan membahagikan masanya antara Amerika Syarikat dan Australia. Pada 1990, Wen berkahwin dengan penulis filem Amerika Kirk Aanes. Mereka bercerai pada 1993. Pada 16 Jun 1995, Wen berkahwin kali kedua dengan Eric Michael Zee. Mereka mempunyai dua anak, seorang anak perempuan, Michaela Kitlin, lahir pada 21 November 2000, dan seorang anak lelaki, Cooper Dominic Zee, dilahirkan pad 12 Oktober 2005. Sehingga 2007, Wen dan keluarganya tinggal di Calabasas, California. Michaela mengikut jejak langkah ibunya dalam lakonan suara, dan meminjamkan suara Puteri Jun di siri animasi Disney Channel Sofia The First.

Filemografi sunting

 
Ming-Na sewaktu tayangan perdana filem Push pada 2009

Filem sunting

Tahun Tajuk Peranan Catatan
1993 Rain Without Thunder Banduan "Uudie"
1993 The Joy Luck Club Jing-Mei "June" Woo
1994 Terminal Voyage Han
1994 Hong Kong 97 Katie Chun
1994 Street Fighter Chun-Li Zang
1997 One Night Stand Mimi Carlyle
1998 Mulan Fa Mulan Suara
1998 12 Bucks Gorgeous
2001 Final Fantasy: The Spirits Within Dr. Aki Ross Suara
2002 A Ribbon of Dreams Mei-Ling Suara
2002 Teddy Bears' Picnic Katy Woo
2005 Mulan II Mulan Suara; Terus ke video
2005 Perfection Woman Filem pendek
2008 Prom Night Dr. Elisha Crowe
2009 Push Emily Wu
2010 BoyBand Judy Roberts
2012 Super Cyclone Dr. Jenna Sparks Terus ke video
2013 April Rain Hillary
2016 The Darkness Wendy

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Peranan Catatan
1985 Mister Rogers' Neighborhood Pemain trompet diraja 2 episod
1987 Another World dayplayer 1 episod
1988–1991 As the World Turns Lien Hughes Peranan dibawakan: 20 Februar 1988 – Mei 1991
1993 Blind Spot Mitsuko Filem TV
1994 All-American Girl Amy Episod: "Redesigning Women"
1994 Vanishing Son II Mai Filem TV
1994 Vanishing Son IV Mai Filem TV
1995, 2000–2004 ER Dr. Jing-Mei "Deb" Chen Ulangan (musim 1); pelakon utama (musim 6–11); 91 episod
1995–1997 The Single Guy Trudy Pelakon utama
1997 Happily Ever After: Fairy Tales for Every Child Lani (suara) Episod: "Puss in Boots"
1998 Tempting Fate Ellen Moretti Filem TV
1998–1999 Todd McFarlane's Spawn Jade/Lisa Wu (suara) 5 episod
2002 I Got You Kaila Episod pengenalan ABC
2002 Disney's House of Mouse Fa Mulan (suara) Episod: "Salute to Sports"
2004 The Adventures of Jimmy Neutron: Boy Genius Princess Guan Qi "Peggy" Tsu (suara) Episod: "The Great Egg Heist/The Feud"
2004–2005 The Batman Detektif Ellen Yin (suara) Pelakon utama (musim 1–2); 16 episod
2004 Law & Order: Special Victims Unit Li Mei Episod: "Debt"
2005 Robot Chicken Mary-Kate Olsen (suara) Episod: "Kiddie Pool"
2005 Inconceivable Rachel Lu Pelakon utama
2006 George Lopez Profesor Tracy Lim 2 episod
2006 Vanished Lin Mei Pelakon utama
2007 American Masters Suara latar Episod: "Novel Reflections: The American Dream"
2007, 2010 Two and a Half Men Judge Linda Harris 5 episod
2008, 2013 Phineas and Ferb Dr. Hirano (suara) 2 episod
2008 Private Practice Kara Wei Episod: "Let It Go"
2008 Boston Legal Ming Wang Shu Episod: "Roe"
2009 Ni Hao Kai-Lan Gu Nai Nai (suara)
2009–2011 Stargate Universe Camile Wray Pelakon utama; 31 episod
2011–2012 Eureka Senator Michaela Wen 7 episod
2011 Celebrity Ghost Stories Dirinya sendiri Episod: "Keshia Knight Pulliam, Ming-Na, Chi McBride, Mia Tyler"
2012 Adventure Time Ibu Farmworld Finn (suara) 2 episod
2013 Nashville Calista Reeves Episod: "You Win Again"
2013–kini Agents of S.H.I.E.L.D. Melinda May Pelakon utama 65 episod
2014 Sofia the First Fa Mulan (suara) Episod: "Princesses to the Rescue"
2016 Milo Murphy's Law Savannah (suara)
2017 Fresh Off the Boat Stephanie Episod: "The Flush"

Siri web sunting

Tahun Tajuk Peranan Catatan
2015 Parallel Man: Infinite Pursuit Major Mackenzie Cartwright Peranan suara

Permainan video sunting

Tahun Tajuk Peranan Catatan
1995 Street Fighter: The Movie Chun-Li
1999 Disney's Story Studio: Mulan Fa Mulan Suara
2005 Disney's Story Studio: Mulan II Fa Mulan Suara
2006 Kingdom Hearts II Fa Mulan Suara
2015 Disney Infinity 3.0 Fa Mulan Suara
2016 Lego Marvel's Avengers Agent Melinda May Suara

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Karya Keputusan
1998 Anugerah Annie Outstanding Individual Achievement for Voice Acting by a Female Performer in an Animated Feature Production Mulan Menang
1999 Anugerah Persatuan Televisyen & Filem Dalam Talian Best Family Actress Menang
Best Voice-Over Performer Tercalon
2001 Anugerah Screen Actors Guild Outstanding Performance by an Ensemble in a Drama Series Berkongsi bersama Anthony Edwards, Laura Innes, Alex Kingston, Eriq La Salle, Julianna Margulies, Kellie Martin, Paul McCrane, Michael Michele, Erik Palladino, Maura Tierney, Goran Višnjić, dan Noah Wyle ER Tercalon
2014 Anugerah People's Choice Favorite Actress in a New TV Series Agents of S.H.I.E.L.D. Tercalon

Rujukan sunting

  1. ^ "Ming-Na". Askmen.com. Dicapai pada December 11, 2013.
  2. ^ "Ming-Na". TV.com. CBS Interactive. Dicapai pada October 28, 2013.
  3. ^ "John Melendez and Ming Na to Star in Grease Benefit". Theater Mania. Theatermania.com. November 12, 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-12-14. Dicapai pada December 11, 2013.
  4. ^ "Marvel's S.H.I.E.L.D. recruits Ming-Na Wen". Asia Pacific Arts. October 29, 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-03-28. Dicapai pada 2017-06-23.
  5. ^ "First Look:Ming-Na Wen is Back at Mulan - This Time on Sofia the First". TV Guide. July 22, 2014. Dicapai pada August 21, 2014.

Pautan luar sunting