Mingguan Malaysia merupakan sebuah akhbar berbahasa Melayu terbitan Kumpulan Utusan.

Mingguan Malaysia
JenisAkhbar mingguan
FormatPencetakan
Diasaskan1 September 1967; 56 tahun yang lalu (1967-09-01)
BahasaMelayu
Dihentikan penerbitan9 Oktober 2019; 4 tahun yang lalu (2019-10-09)
Edaran483,240 naskhah sehari (Audit Bereau Circulation - tempoh 1 Julai 2005 - 30 Jun 2006
PemilikKumpulan Utusan

Mingguan Malaysia merupakan edisi hari ahad bagi akhbar Utusan Malaysia dan akhbar yang tertinggi jualannya di Malaysia iaitu sebanyak 483,240 naskhah sehari (berdasarkan kepada data yang dikeluarkan oleh Audit Bereau Circulation (ABC), bagi tempoh 1 Julai 2005 - 30 Jun 2006) dan dibaca oleh seramai 2,488,000 pembaca sehari (berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Media Atlas Malaysia bagi tempoh suku ke-3 bagi 2005 hingga suku ke-3 bagi 2006). Akhbar ini mempunyai edaran 313,495 pada separuh pertama 2016, yang menjadikannya akhbar yang paling popular dalam bahasa Melayu.[1]

Meskipun terdapat cubaan menyelamatkan Mingguan Malaysia dan tiga lagi akhbar terbitan Utusan, pengerusi eksekutif Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir mengumumkan bahawa syarikat akhbar itu akan menamatkan penerbitan pada 10 Oktober 2019 berikutan aliran tunai yang lemah, hutang meningkat dan jualan yang menurun. Kakitangan diberi beberapa jam untuk mengemaskan barang-barang mereka daripada ibu pejabat Kumpulan Utusan. Empat akhbar Utusan dijangka akan diterbitkan semula pada 1 November 2019 di bawah pengurusan baru.[2][3][4] Aurora Mulia, syarikat yang dikaitkan dengan hartawan perniagaan Syed Mokhtar Al-Bukhary, dilaporkan memperoleh 70 peratus anak syarikat milik penuh Utusan, Dilof Sdn Bhd. Namun, hanya sebahagian daripada 862 pekerja yang berlebihan akan diambil bekerja semula.[5][6]

Rujukan sunting

  1. ^ "Circulation Figures - Paid Newspapers print edition Geographical Distribution - West & East Malaysia - January 2016 to June 2016" (PDF). Audit Bureau of Circulations Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 25 January 2019. Dicapai pada 10 October 2019.
  2. ^ "Utusan Group ceases operations, staff told to vacate offices by 1pm Wednesday (Oct 9)". The Star. 9 October 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 October 2019. Dicapai pada 9 October 2019.
  3. ^ "End of the road for Utusan". Free Malaysia Today. 9 October 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 October 2019. Dicapai pada 9 October 2019.
  4. ^ "Utusan Melayu henti operasi perniagaan". Utusan Malaysia. 9 October 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-10-09. Dicapai pada 9 October 2019.
  5. ^ "Utusan ceases publication but may be back soon". The Star. 10 October 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 October 2019. Dicapai pada 10 October 2019.
  6. ^ Asyraf, Faisal. "Some of Utusan workers will be rehired by new company, says Dr M". Malaysiakini. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 October 2019. Dicapai pada 10 October 2019.