Mingguan Wasilah merupakan sebuah akhbar berbahasa Melayu di Malaysia. Ia diterbitkan secara mingguan untuk pasaran nasional. Akhbar ini melapor, memantau dan mengulas isu-isu politik, perkembangan semasa serta peristiwa terkini tempatan, serantau dan antarabangsa dari sudut pandang sosiopolitik, sosiobudaya, dan sosioekonomi tanah air.

Mingguan Wasilah
JenisSurat khabar mingguan
FormatCetakan
DiasaskanMeli Mediaplus
BahasaMelayu
Ibu pejabat28-3,Persiaran 65C, Pekeliling Business Centre,53000 Kuala Lumpur,
PemilikYen Media Hall Sdn Bhd
PenerbitYen Media Hall Sdn Bhd
Laman sesawanghttp://siasah.com.my/

Ciri-ciri sunting

Akhbar tabloid ini bersaiz kompak dan disasarkan kepada semua peringkat lapisan masyarakat dengan slogan "Berita Tepat Laporan Padat Ulasan Berani". Akhbar ini dijual dengan harga RM1.50 senaskhah untuk pasaran semenanjung dan RM2.50 untuk pasaran Sabah dan Sarawak.

Laman Web sunting

Laman asal Wasilah (wasilahonline.net) telah ditutup sejak Oktober 2009. Laman web terkini adalah www.wasilah.com.my. Diarkibkan 2019-01-11 di Wayback Machine Maklumat dan berita umum boleh dihantar ke berita@wasilah.com.my.

Ia diterbitkan oleh Yen Media Hall Sdn Bhd yang terletak di 28-3,Persiaran 65C, Pekeliling Business Centre, 53000 Kuala Lumpur. Akhbar ini dicetak oleh Rosham Corporation Sdn Bhd, 3529-D, Jalan Sultanah Zainab, 15200 Kota Bharu, Kelantan.

Pautan luar sunting