Minions: The Rise of Gru

Minions: The Rise of Gru ialah sebuah filem komedi animasi komputer 3D Amerika Syarikat 2021 yang akan datang terbitan Illumination. Sebuah kesinambungan dari filem 2015, Minions, dan terbitan turunan/prekuel dari siri filem utamanya Despicable Me, filem ini sekali lagi diarahkan oley Kyle Balda, bersama Brad Ableson dan Jonathan del Val sebagai pembantu pengarah; bersama dengan Brian Lynch kembali sebagai penulis.[1][2] Filem ini menampilkan menampilkan suara Pierre Coffin dan Steve Carell.[3] Filem ini dijadualkan akan dikeluarkan di Amerika Syarikat pada 2 Julai 2021 oleh Universal Pictures.[4][5]

Minions: The Rise of Gru
PengarahKyle Balda
Penerbit
Penulis
BerdasarkanWatak oleh
Sergio Pablos
Dibintangi oleh
Muzik olehHeitor Pereira
Disunting olehClaire Dodgson
Syarikat
penerbitan
PengedarUniversal Pictures
Mula ditayangkan
2 Julai 2021 (2021-07-02)(Amerika Syarikat)
NegaraAmerika Syarikat
BahasaInggeris

Pelakon suaraSunting

PenerbitanSunting

Pada 25 Januari 2017, Universal Pictures dan Illumination mengumumkan kesinambungan filem animasi 2015 mereka, Minions.[7] Filem ini mula diterbitkan pada 19 Julai 2017, dengan pencipta Good Vibes dan Legends of Chamberlain Heights Brad Ableson disenaraikan sebagai penerbit bersama.[8] Pada 21 Mei 2019, tajuk filem itu didedahkan sebagai Minions: The Rise of Gru.[9] Pada 2 Februari 2020, diumumkan bahawa Pierre Coffin dan Steve Carell akan menjayakan kembali peranan mereka.

KeluaranSunting

Filem ini pada awalnya dijadualkan akan dikeluarkan di Amerika Syarikat pada 3 Julai 2020 bagi meraikan ulang tahun ke-10 Despicable Me. Namun pada 19 Mac 2020, Illumination mengumumkan filem ini tertunda akibat pandemik koronavirus 2019–2020 terhadap industri filem, dan filem ini masih belum siap kerana Illumination Mac Guff ditutup sementara untuk membendung pandemik tersebut. Pada 1 April 2020, Illumination mengumumkan filem tersebut dijadualkan untuk tayangan pada 2 Julai 2021, menggantikan tarikh yang sebelum ini ditetapkan untuk filem Sing 2.[10]

RujukanSunting

  1. ^ Hipes, Patrick (May 21, 2019). "'Minions' Sequel Gets A Title; Movie Release Date Is In 2020". Deadline. Dicapai pada May 27, 2019.
  2. ^ Hemmert, Kylie (May 21, 2019). "Minions: The Rise of Gru Revealed as Minions Sequel Title". ComingSoon.net. Dicapai pada May 27, 2019.
  3. ^ "Minions: The Rise of Gru | Universal Pictures". Universal Pictures.
  4. ^ Scott, Ryan (May 21, 2019). "Minions 2: The Rise of Gru Is Officially Coming in Summer 2020". MovieWeb. Dicapai pada May 27, 2019.
  5. ^ Collinson, Gary (May 26, 2019). "Minions: The Rise of Gru set for July 2020". Flickering Myth. Dicapai pada May 27, 2019.
  6. ^ a b Gemmill, Allie (2020-02-03). "'Minions: The Rise of Gru' Trailer Teaser Features Steve Carell & Lots of Yellow Guys". Collider (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-02-09.
  7. ^ Busch, Anita; Busch, Anita (2017-01-26). "Universal Dates 'Sing 2' & 'Minions 2,' Moves 'Secret Life of Pets 2' Back A Year". Deadline (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-02-09.
  8. ^ Ableson, Brad (2017-07-05). "Excited to share some news: I'm co-directing Minions 2! Proud 2 be working with @IllumEnt director Kyle Balda & writer @BrianLynch #minions2pic.twitter.com/MS5iylsFEJ". @BradAbleson (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-02-09.
  9. ^ Hipes, Patrick; Hipes, Patrick (2019-05-21). "'Minions' Sequel Gets A Gru-vy Title; Pic Bows In 2020". Deadline (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-02-09.
  10. ^ Tartaglione, Nancy; Tartaglione, Nancy (2020-04-01). "'Minions: The Rise Of Gru', 'Sing 2' Set New 2021 Release Dates; 'Wicked' Still Brewing Slot". Deadline (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-04-02.

Pautan luarSunting