Minyak diesel marin

Minyak diesel marin (bahasa Inggeris: marine diesel oil, MDO) ialah sejenis minyak bahan api dan merupakan campuran minyak bahan api dan minyak berat, dengan lebih banyak minyak bahan api daripada minyak bahan bakar perantara yang digunakan dalam bidang maritim. MDO juga dipanggil "Distillate Marine Diesel".[1] MDO banyak digunakan oleh enjin diesel marin berkelajuan sederhana dan sederhana/tinggi. Minyak ini juga digunakan pada mesin penggerak berkelajuan rendah dan sederhana yang lebih besar yang biasanya membakar sisa bahan bakar.[1] Bahan bakar tersebut dihasilkan dari kilang pecah likat dan pemecahan bermangkin.[1] Sungguhpun begitu, minyak diesel marin telah dikritik oleh kerana jumlah sulfur yang tinggi, dengan banyak negara dan organisasi menetapkan peraturan dan undang-undang mengenai penggunaan MDO. Oleh kerana harganya lebih rendah apabila dibandingkan dengan bahan bakar yang lebih baik, MDO tetap lazim digunakan terutama oleh industri perkapalan.[2]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c "Marine Diesel Fuel Oil" (PDF). Environment Canada Oil Properties Database. Environment Canada, Emergencies Science and Technology Division. Dicapai pada 23 April 2015.
  2. ^ Chevron. "Diesel Fuels Technical Review" (PDF). Chevron Global Marketing. Chevron. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 11 April 2015. Dicapai pada 4 Mei 2015.