Friedrich Anton Wilhelm Miquel

(Dilencongkan dari Miq.)

Friedrich Anton Wilhelm Miquel (24 Oktober 1811 di Neuenhaus – 23 Januari 1871 di Utrecht) ialah seorang ahli botani Belanda yang mengkhususkan diri terhadap kajian berkenaan flora di Hindia Timur Belanda.

Friedrich Anton Wilhelm Miquel
Kelahiran(1811-10-24)24 Oktober 1811
Meninggal dunia23 Januari 1871(1871-01-23) (umur 59)
Kerjaya saintifik
BidangBotani
Author abbrev. (botany)Miq.

Miquel mengaji dalam bidang perubatan di Universiti Groningen dan memperoleh kedoktoran di situ pada 1833. Setelah bekerja sebagai doktor di Hospital Buitengasthuis di Amsterdam, pada 1835, beliau mengajar perubatan di sekolah perubatan Rotterdam. Pada 1838, beliau menjadi wakil Institut Diraja (kini Akademi Seni dan Sains Diraja Belanda) dan menjadi ahli pada 1846.[1] Beliau menjadi profesor botani di Universiti Amsterdam (1846–1859) dan Unviersiti Utrecht (1859–1871). Beliau juga menjadi pengarah Rijksherbarium (Herbarium Kebangsaan) di Leiden sejak 1862. Pada 1866, beliau dilantik sebagai ahli luar negeri Akademi Sains Diraja Sweden.

Rujukan sunting

  1. ^ "F.A.W. Miquel (1811 - 1871)". Royal Netherlands Academy of Arts and Sciences. Dicapai pada 19 July 2015.

Pautan luar sunting