Mira Sofea adalah merupakan sebuah drama lipur lara arahan Along Kamaruddin yang diterbitkan pada tahun 2013. Dibintangi oleh Chacha Maembong, Sharnaaz Ahmad, Ryzal Jaafar, Salina Saibi, Aleza Shadan, Ku Fridah dan ramai lagi. Drama ini telahpun memulakan siarannya sebanyak 24 episod bermula pada tarikh 26 Ogos 2013 pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 5 petang di saluran Astro Prima dan Astro Maya HD.

Mira Sofea
GenreDrama
Cinta
Keluarga
Konflik
PengarahAlong Kamaruddin
Dibintangi oleh
Chacha Maembong
Sharnaaz Ahmad
Ryzal Jaafar
Salina Saibi
Aleza Shadan
Ku Fridah
Lagu pembukaan"Relakan Jiwa" nyanyian Hazama
Lagu penutup"Relakan Jiwa" nyanyian Hazama
Negara asalMalaysia
BahasaBahasa Melayu
Bilangan episod24
Penerbitan
Pemasangan kamera
Tetapan multi-kamera
Tempoh siaran48 minit (per episod)
Syarikat penerbitan
Orangtree Production Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalAstro Prima
Astro Maya HD
Format gambar480i (SDTV)
1080i (HDTV)
Format audioDolby Digital
Siaran asal26 Ogos 2013 – 3 Oktober 2013

Sinopsis sunting

Mengisahkan tentang seorang gadis bernama Mira Sofea (Chacha Maembong) yang sering menjadi gadis kegilaan kepada anak tauke ikan bilis dikampungnya, iaitu Ryan (Sharnaaz Ahmad). Namun melihat sikap Ryan yang begitu obses terhadap dirinya membuatkan Mira menjadi sangat takut dengan Ryan dan mula menolak cintanya. Hal itu membuatkan Ryan menjadi sangat marah lalu menfitnah dan menganiaya Mira sehingga Mira dan ibunya dicerca dan dihina oleh orang-orang kampung. Hal itu membuatkan Mira rasa tertekan lalu bertekad untuk meninggalkan kampung halamannya dan mula berhijrah ke Kuala Lumpur. Disana Mira bertemu dan jatuh cinta dengan Azlan (Ryzal Jaafar), iaitu seorang lelaki yang begitu ikhlas dan tulus mencintainya. Ryan yang mengetahui Mira telah berpindah daripada kampung mereka kemudian mula menuju ke Kuala Lumpur lalu untuk mencari keberadaan Mira. Ryan yang kini mengetahui bahawa Mira kini mempunyai teman lelaki mencuba untuk memisahkan mereka disebabkan obsesinya terhadap gadis itu masih menebal dalam dirinya.

Pelakon sunting

Rujukan sunting