Buka menu utama

Ustaz Mohd Misbahul Munir Masduki adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Belau merupakan Mudir (Pengetua) Pusat Dakwah Serantau, sebuah institusi di bawah Yayasan Amal Malaysia. Di peringkat parti, beliau merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak dan Yang Dipertua PAS Kawasan Bagan Datoh.

Latar BelakangSunting

Beliau mendapat pendidikan tertinggi di Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia. Semasa belajar di UKM, Bangi 2003, beliau menulis tesis bertajuk 'Konsep Negara Islam Yang Diperjuangkan Oleh PAS Dalam Konteks Politik Malaysia Hari Ini'. Kajian ini lebih memfokuskan konsep negara Islam yang diperjuangkan oleh PAS. Namun begitu pengkaji juga turut membincangkan ideologi, dasar, matlamat dan perjuangan PAS.

Beliau juga bergerak aktif dalam NGO dan berjawatan sebagai Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia. Dalam pendidikan beliau pernah berkhidmat sebagai Pegawai Pendidikan Siswazah (guru) di beberapa buah sekolah di Perak. Dan sekarang beliau merupakan Pengetua Pusat Dakwah Serantau yang beroperasi di Sg, Merab, Sepang, Selangor.

RujukanSunting