Misi Laksa dan Laksam

(Dilencongkan dari Misi Laksa Dan Laksam)

Misi Laksa dan Laksam ialah siri drama komedi Malaysia 2017 arahan Azmi Hatta terbitan Zeel Production.[1] Siri ini disiarkan di Slot Dahlia TV3 bermula 4 November dan berakhir pada 17 Disember 2017.[2]

Misi Laksa dan Laksam
GenreDrama, komedi
PengarahAzmi Hatta
Dibintangi oleh
Aqasha
Rita Rudaini
Raysha Rizrose
Lagu pembukaanSantai - Nanasheme feat. Eyza Bahra
Negara asalMalaysia
BahasaBahasa Malaysia
Bilangan episod20
Penerbitan
PenerbitFadzil Teh
Tempoh siaran48 minit
Syarikat penerbitan
Zeel Production
Penyiaran
Saluran asalTV3
Siaran asal4 November 2017 – 17 Disember 2017
Kronologi
MengikutiJojie Gigil
Diikuti olehPapa Nak Menantu

Sinopsis sunting

Fiza (Rita Rudaini) disahkan mengidap kanser payudara tahap tiga. Walaupun sudah beberapa kali menjalani kimoterapi dan pembedahan, Ibu kepada dua anak ini masih gigih menjalani kehidupan seharian dek semangat yang tidak pernah luntur untuk melihat suaminya, Hakimy (Aqasha) dan dua orang cahaya mata, Iskandar (Wan Umar Harith) dan Fea (Farzana Latiff). Mengetahui yang umurnya kian singkat, Fiza berdoa setiap hari agar dia dapat mencari pengganti isteri yang baik untuk suaminya dan ibu yang bertanggungjawab terhadap anak-anaknya kelak.

Pelbagai usaha telah dilakukan dalam misi pencariannya ini, namun Hakimy yang terlalu menyayanginya belum bersedia menerima pengganti Fiza. Ada beberapa calon yang dirasakan sesuai untuk Hakimy tetapi tidak berupaya menjaga anak-anaknya dengan penuh kasih sayang.

Suhaina atau lebih mesra dikenali sebagai Mek Su (Raysha Rizrose) merupakan guru di Taska yang dihadiri Fea. Seorang gadis yang sederhana, cantik serta pandai mengambil hati kanak-kanak. Untuk menambah wang saku, Mek Su bekerja sebagai tutor merangkap penjaga bayi kepada Fea dan Iskandar jika Fiza menjalani rawatan di hospital. Walaupun begitu, Fiza tidak memasukkan Mek Su di dalam senarai penggantinya kerana dia kadang-kala kelihatan selekeh dan kekampungan sedikit.

Walaupun Mek Su kerap ke rumah, Hakimy tidak pernah sekali pun terserempak dengannya. Namun pada suatu hari, mereka telah bertemu dan Hakimy sedikit sebanyak menyukai Mek Su. Tambahan pula, Mek Su pandai memasak terutamanya laksam, makanan tradisional negeri Kelantan. Meskipun masakannya sedap, Hakimy tidak begitu menggemari masakan pantai timur kerana kemanisannya.

Pelakon sunting

Muzik dan runut bunyi sunting

  • "Santai" - Nanasheme feat. Eyza Bahra

Rujukan sunting

  1. ^ Drama Misi Laksa dan Laksam lakonan Aqasha dan Rita Rudaini Kelimerah. Dicapai pada 1 Disember 2017.
  2. ^ Drama MISI LAKSA DAN LAKSAM Lakonan Rita Rudaini & Aqasha Sensasi Selebriti (6 November 2017). Dicapai pada 1 September 2018.
  3. ^ Rita Rudaini Carikan Isteri Untuk Aqasha Diarkibkan 2018-09-01 di Wayback Machine Mangga Media (7 November 2017). Dicapai pada 8 November 2017.
  4. ^ Mohd Al-Qayum Azizi (5 Disember 2017). Aqasha jawab tuduhan tak promosi drama mStar Online. Dicapai pada 6 Disember 2017.