Misi Ninja (Naruto)

Dalam sistem organisasi terancang sesebuah kampung ninja, setiap ninja akan diberikan tugasan atau misi bergantung kepada pangkat mereka. Misi-misi ini adalah dikategorikan ke dalam lima peringkat, bergantung kepada tahap kebahayaan dan kepentingan sesuatu misi tersebut.

Pengelasan misi sunting

Tahap-D sunting

Misi pada tahap ini selalunya diberikan kepada kebanyakan ninja berpangkat Genin yang baru menamatkan latihan dari Akademi Ninja. Misi-misi pada tahap ini selalunya tidak mendatangkan sebarang kebahayaan kepada ninja-ninja yang terbabit. Selalunya ia melibat kerja-kerja yang sedikit "ganjil" dan remeh-temeh seperti berkebun, kerja mengasuh, membersihkan sungai, menyelamat haiwan peliharaan isteri seorang Daimyo dan lain-lain. Ganjaran bagi menyempurnakan misi pada tahap ini adalah dalam lingkungan 5,000 hingga 50,000 Ryō.

Naruto Uzumaki tidak menganggap misi tahap-D ini sebahagian daripada tugas sebenar ninja kerana ianya melibatkan kerja-kerja yang mudah dan melecehkan.

Tahap-C sunting

Misi pada tahap ini selalunya diberikan kepada kebanyakan ninja berpangkat Chūnin atau Genin yang berpengalaman. Misi-misi pada tahap ini kadangkala melibatkan sedikit pertarungan dan wujud kebarangkalian kecederaan bakal berlaku kepada ninja-ninja yang bertugas. Contoh adalah seperti menjadi pengawal peribadi, menyiasat latar belakang seseorang atau menangkap atau mengawal binatang buas. Ganjaran bagi menyempurnakan misi pada tahap ini adalah dalam lingkungan 30,000 hingga 100,000 Ryō.

Satu-satunya contoh misi tahap-C yang diketahui adalah misi menjadi pengawal peribadi kepada Tazuna dari Negara Ombak oleh Pasukan Kakashi (Pasukan 7). Apabila mengetahui bahawa Tazuna menjadi sasaran pembunuh upahan, misi tersebut telah diangkat tahap kesukarannya menjadi misi bertahap-B.

Tahap-B sunting

Misi pada tahap ini selalunya diberikan kepada ninja berpangkat Jōnin atau Chūnin yang berpengalaman. Misi-misi ini melibatkan pembabitan dalam pertarungan dengan ninja-ninja lain. Contoh misi pada tahap ini adalah seperti misi menjadi pengawal peribadi, pengintipan atau pembunuhan hendap ke atas ninja lain. Ganjaran bagi menyempurnakan misi pada tahap ini adalah dalam lingkungan 80,000 hingga 200,000 Ryō.

Misi pada tahap-B yang pertama dilihat dalam siri ini adalah pada ketika misi di Negara Ombak, apabila Pasukan Kakashi diarahkan menjadi pengawal peribadi kepada Tazuna. Misi tersebut pada awalnya diklasifikasikan sebagai misi tahap-C, namun apabila Tazuna memberitahu bahawa Gatō (seorang saudagar kaya yang mengawal pelabuhan) menghantar pembunuh upahan untuk membunuhnya. Misi tersebut kemudiannya diangkat menjadi misi bertahap-B.

Tahap-A sunting

Misi pada tahap ini selalunya diberikan kepada ninja berpangkat Jōnin. Misi-misi pada tahap ini selalunya berkaitan dengan keselamatan dan kepentingan sesebuah kampung ninja dan selalunya sangat bahaya dan sukar disempurnakan. Contoh misi pada tahap ini adalah menjadi pengawal kepada VIP atau menghalang angkatan ninja lain. Ganjaran bagi menyempurnakan misi pada tahap ini adalah dalam lingkungan 150,000 hingga 1,000,000 Ryō.

Dalam Bahagian I, Naruto Uzumaki, Sakura Haruno dan Shikamaru Nara telah diberikan tugas bertahap-A untuk menghalang Sasuke Uchiha dari mengejar Gaara ketika serangan oleh Otogakure dan Sunagakure ke atas Konohagakure.

Tahap-S sunting

Misi pada tahap ini selalunya diberikan kepada ninja berpangkat Jōnin yang sangat berpengalaman atau ninja-ninja dalam sesebuah pasukan bersaiz sederhana hingga besar. Misi-misi ini selalunya melibatkan rahsia-rahsia peringkat tinggi sesebuah kampung ninja dan sangat berbahaya. Contoh misi pada tahap ini adalah menjadi pengawal kepada VIP atau memindahkan dokumen-dokumen rahsia. Ganjaran bagi menyempurnakan misi pada tahap ini adalah melebihi 1,000,000 Ryō.