Misiku Kuza ialah sebuah drama percintaan perubatan Malaysia 2013 yang disiarkan di Astro Ria bermula 6 Mei 2013 hingga 6 Julai 2014 mengisahkan hubungan percintaan tiga segi antara seorang doktor bernama Aaron Aziz lakonan Arja Lee, adiknya Airiel (Hairul Azreen), dan Khuzaimah atau Kuza (Erin Malek), seorang jururawat pelatih. Manakala Amy, bekas isteri Aaron menjadi batu penghalang dalam hubungan Kuza dan Aaron yang dilakonkan oleh Faralyna Idris.

Misiku Kuza
Kad tajuk drama Misiku Kuza.
GenreCinta, perubatan
FormatDrama
Ditulis olehShahrul Ezad Mohameddin
PengarahShahrul Ezad Mohameddin
Dibintangi oleh
Erin Malek
Arja Lee
Hairul Azreen
Faralyna Idris
Lagu pembukaan"Misiku Kuza" dinyanyikan oleh Roman
Lagu penutup"Misiku Kuza" dinyanyikan oleh Roman
PenggubahAmylea Azizan
Negara asalMalaysia
BahasaBahasa Melayu
Bilangan musim2
Bilangan episod26
Penerbitan
Tempoh siaran1 jam
Syarikat penerbitan
Radius One Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalAstro Ria
Astro Maya HD
Format gambar480i 4:3 (SDTV)
720p 4:3 (HDTV)
Siaran asal6 Mei 2013 – 6 Oktober 2014

Musim kedua drama ini disiarkan pada 14 Julai 2014 sehingga 6 Oktober 2014.

Sinopsis sunting

Misiku Kuza memberi fokus kepada kehidupan di hospital, mengisahkan tentang suka duka kehidupan pelatih jururawat di sebuah kolej kejururawatan di ibu negara.

Khuzaimah atau Kuza (Erin Malek) sangat meminati bidang kejururawatan sejak kecil lagi kerana ingin mengikuti jejak arwah ibunya. Akhirnya cita-cita itu tercapai meskipun tahu profesion itu bakal mendedahkannya kepada pelbagai kerenah di tempat bekerja nanti.

Mempunyai perwatakan yang menarik, sikap ceria dan bersemangat Kuza turut membuatkan seorang pesakit di hospital berkenaan iaitu Airiel (Hairul) tertarik kepadanya. Sifat kelakarnya sedikit sebanyak menjadi penghibur dan pengubat duka hati Airiel selepas kehilangan kekasihnya yang terkorban dalam kemalangan.

Pada masa sama, Kuza turut diuji dengan kehadiran seorang doktor yang ternyata sangat dibenci kakitangan di situ kerana sikap bongkaknya serta bermulut lancang. Meskipun kacak, sikapnya memang menjengkelkan dan Kuza dipertemukan pula dengannya.

Sejak itu, dia sering menjadi mangsa buli doktor Aaron (Arja) ditambah pula sememangnya mempunyai kuasa di hospital berkenaan dan sebaik menyedari sikap Kuza yang kelam-kabut serta lurus bendul, makin galak dia membulinya.

Dijadikan cerita, Aaron dan Airiel adalah adik-beradik namun tidak bersefahaman. Aaron pernah membantah keras sewaktu Airiel mengambil keputusan untuk menikahi kekasihnya, Suzana menyebabkan pertengkaran berlaku.

Semakin mengenali Aaron, Kuza bagaimanapun mula menyedari sifat sebenar kenapa doktor berkenaan sangat berkeras terhadap jururawat di hospital terbabit. Daripada ‘musuh ketat’ akhirnya mereka semakin akrab.

Dari situlah pergolakan cinta tiga segi berlaku antara mereka di mana Aaron dan Airiel masing-masing berusaha memenangi hati Kuza. Kesannya paling dirasai Aaron yang kini berbelah bagi sama ada untuk mengorbankan cinta demi adik tercinta atau tidak.

Pelakon sunting

Pelakon utama sunting

Pelakon undangan sunting

Penerbitan sunting

Menurut pengarah yang juga penulis skrip drama ini, Shahrul Ezad Mohameddin, meskipun Misiku Kuza menampilkan jalan cerita biasa seperti konflik keluarga dan percintaan tiga segi, namun ia masih mempunyai kelainan yang mampu menarik hati penonton.[1]

"Drama ini mengetengahkan gaya hidup seorang jururawat dan saya yakin ia mendapat perhatian penonton kerana ramai di luar sana yang menjawat jawatan ini. Walaupun akan ada yang menganggapnya boring kerana sepanjang 13 episod hanya berlatar belakangkan hospital serta jururawat, tetapi ia tidak menjadi satu masalah. Bagi saya, pasti ada penonton yang akan terpesona dengan drama ini nanti,"[1]

Jelas Shahrul Ezad, drama ini benar-benar mencabar dirinya sebagai pengarah memandangkan ia telah ditolak oleh beberapa stesen televisyen tempatan sebelum diterima pihak Astro.[1] Penggambaran drama ini dijalankan selama 55 hari.[1]

Runut bunyi sunting

Lagu tema drama ini, "Misiku Kuza" dicipta oleh Amylea Azizan dan dinyanyikan oleh kumpulan new wave dan synthpop tempatan, ROMAN.

Episod sunting

Musim Episod Tarikh siaran di Astro Ria
Episod pertama Episod terakhir
2 13 6 Mei 2013 29 Julai 2013
2 13 14 Julai 2014 6 Oktober 2014

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d Marina Shabudin (9 Mei 2013). Misiku Kuza bukan drama biasa Sinar Harian. Dicapai pada 22 Februari 2017.

Pautan luar sunting