Mislina Mustaffa (lahir 23 April 1971) ialah seorang pelakon filem dan aktivis teater yang bergiat aktif di Malaysia.[1] Mislina berkelulusan sarjana dalam bidang lakonan daripada Universiti Sains Malaysia.[1]

Mislina Mustaffa
Kelahiran (1971-04-23) 23 April 1971 (umur 52)
PendidikanSarjana lakonan
Pusat pendidikanUniversiti Sains Malaysia
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2000–kini
Terkenal keranaMembotakkan kepala dalam lakonan sebagai Zaiton Sameon

Kerjaya lakonan sunting

Kemunculan pertamanya di layar lebar adalah menerusi filem digital Bukak Api arahan Osman Ali dan disusuli karya Osman yang seterusnya, Malaikat Di Jendela sebuah filem pendek. Beliau banyak berlakon dalam filem-filem bebas ketika awal kemunculan yang mana kebanyakkannya berformat digital. Antara naskhah yang popular adalah Bernafas Dalam Lumpur arahan James Lee & Lampu Merah Hati (Monday Morning Glory) yang diterbitkan pada tahun 2005.

Puaka Tebing Biru, cereka pertama arahan Osman menjadi filem debut Mislina di layar lebar. Beliau diberi peranan dalam watak pembantu dan berganding bersama aktres popular Umie Aida. Seterusnya beliau muncul dalam filem arahan Liew Seng Tat berjudul Flower In The Pocket.

Hanya menerusi kemunculannya dalam filem Mukhsin arahan pengarah tersohor Allahyarham Yasmin Ahmad, nama Mislina mula meniti bibir peminat. Biarpun sering diberi peranan pembantu namun kemunculannya sentiasa mencuit perhatian. Mislina terus bekerjasama dengan Yasmin untuk filem terakhirnya berjudul Talentime. Lakonan Mislina dalam filem Mukhsin mendapat pujian pengkritik dan penontonan awam.

Pada tahun 2009 Mislina berpeluang bekerjasama dengan pengarah muda Chris Chong dalam filem Karaoke yang mana telah terpilih untuk ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Cannes. Mislina membawa watak Kak Ina, seorang ibu tunggal yang mengusahakan pusat karaoke di kawasan ladang kelapa sawit bersama anak lelakinya yang lama menghilang lakonan Zahiril Adzim. Lakonan Mislina dalam filem itu mendapat perhatian pengkritik dan dicalonkan di Festival Filem Malaysia ke-23 untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik (FFM). Pun begitu, biarpun disifatkan sebagai calon faveret, Mislina tewas kepada aktres jelita Lisa Surihani yang menonjolkan transisi lakonan berbeza dalam filem Lagenda Budak Setan.

Kontroversi Zaiton Sameon sunting

Mislina mula terpalit kontroversi apabila penglibatannya sebagai pelakon utama membawakan watak penyanyi sensasi 80-an, Zaiton Sameon dalam filem terbitan B'ruang Film Production berjudul Zaiton: Ceritaku berdepan permasalahan apabila penat lelahnya membawa watak tersebut menjadi sia sia apabila penerbit filem tidak berpuas hati dengan mutu produksi filem arahan Fauziah Nawi itu. Penggambaran dikatakan bakal dibuat semula dan Mislina seolah tidak lagi berminat untuk melakonankan semula semua babak yang telah siap. Demi menjayakan watak penyanyi sensasi yang menempuh kesukaran setelah mengalami zaman kejatuhan itu, beliau sanggup membotakkan kepala. Penampilan Mislina di karpet merah Festival Filem Malaysia ke 23 ternyata menjadi perhatian ramai.

Mislina muncul dalam filem terbaru Osman Ali berjudul Cun! pada tahun 2011.

Gelandangan di Dataran Merdeka sunting

Mislina Mustaffa dilihat bersama dengan peserta-peserta Occupy Dataran dan demonstrasi Perhimpunan Mahasiswa Mansuh PTPTN pada April 2012 di Dataran Merdeka. Beliau menyaksikan sendiri sekumpulan lelaki yang dipercayai adalah samseng telah menganggu dan menyerang kumpulan protes kira-kira jam 2:45 pagi. Difahamkan, kumpulan samseng itu telah merobohkan khemah mahasiswa serta mendatangkan kecederaan.[2] Kehadiran beliau dengan imej botak, berseluar pendek dan hanya bersinglet sahaja sambil menghisap rokok mengundang kritikan dari mereka yang menyokong dan membantah PTPTN.

Pelakon berusia 41 tahun berasal dari Ipoh, Perak ini membotakkan kepala dan membawa sebuah komputer bimbit. Beliau mahu merasai hidup gelandangan dan menulis buku bertajuk 'Homeless By Choice'.[3] Beliau muncul dalam beberapa filem seperti Sumpahan Puaka , Cun, Estet, Anak Halal, Sepet , Puaka Tebing Biru, Mukhsin, Dukun dan Anak Halal.[4]

Drama TV lakonan beliau ialah Misi, Bah Tilut, Ombak itu dan banyak lagi di bawah arahan Yasmin Ahmad.[5]

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
2000 Bukak Api Murni Filem pertama
2004 Malaikat di Jendela Filem pendek
2005 Lampu Merah Hati aka Monday Morning Glory Filem digital
2007 Puaka Tebing Biru Mak Ara
Flower In The Pocket Ibu Ayu
Mukhsin
Anak Halal Mariam
2008 Kurus Filem digital
2009 Talentime
Karaoke Kak Ina
2010 Estet Kak Lina
2011 Cun! Bedah Tonggek
Jalan Pintas Ibu Bakar
Sumpahan Puaka Tijah
2012 Jiwa Taiko Pora
Karma Reborn Suzi
2013 Misteri Bisikan Pontianak Kakak
2018 Dukun Halimah Jusoh
2023 Rahsia Che Yah Penampilan khas

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2009 Wadi Unung Astro Prima

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2002 Intan Mahsuri Tok Bunga
2004 Surat Untuk Bulan VCD
2008 Bernafas dalam Lumpur Lina ntv7

Anugerah dan pencalonan sunting

Festival Filem Malaysia
Tahun Karya Tercalon Kategori Keputusan
2010 (FFM 23) Karaoke Pelakon Wanita Terbaik Tercalon

Rujukan sunting

  1. ^ a b Tabrani (18 Jan 2021). "Biodata Mislina Mustaffa, Kontroversi Zaiton Sameon". Biodataz.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-02-04. Dicapai pada 31 Jan 2021.
  2. ^ "Mislina Mustaffa Saksikan Samseng Serang Mahasiswa #OccupyDataran #MansuhPTPTN". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-05-27. Dicapai pada 2012-06-04.
  3. ^ "Mislina Mustaffa : Homeless By Choice". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-05. Dicapai pada 2012-06-04.
  4. ^ "Mislina Mustaffa". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-04-01. Dicapai pada 2012-06-04.
  5. ^ Lima Bulan Mislina Mustaffa Hidup Gelandangan

Pautan luar sunting