MissingNo. (Bahasa Jepun: けつばん; Rōmaji: Ketsuban) atau MissingNO.,[1] ialah spesies Pokémon tidak rasmi yang dijumpai dalam permainan video Pokémon Red, Blue dan Yellow. Merupakan singkatan bagi "Missing Number" (Nombor yang Hilang), MissingNo. digunakan sebagai pengendali ralat oleh pembangun permainan Game Freak; mereka muncul apabila permainan cuba mencapai data untuk spesies Pokemon yang tidak wujud. Disebabkan oleh pengaturcaraan bagi beberapa peristiwa dalam permainan, pemain boleh bertembung dengan MissingNo. melalui glic.

Glic MissingNo. dalam bentuk piksel.

Pertembungan dengan MissingNo. boleh menyebabkan anomali grafik dan replikasi besar-besaran barang keenam dalam menu inventori pemain. Kesan tersebut mendapat liputan glic oleh panduan strategi dan majalah permainan, manakala penerbit permainan Nintendo memberi amaran bahawa glic tersebut boleh menyebabkan kerosakan data permainan. Pihak IGN menyebut kemunculan MissingNo. dalam Pokemon Red dan Blue sebagai salah satu daripada glic permainan video yang paling terkenal. Peminat siri tersebut cuba untuk mewajarkan MissingNo. sebagai sebahagian daripada kanon permainan dan ahli sosiologi telah mengkaji impaknya terhadap para pemain dan budaya permainan secara keseluruhannya.[2]

Sejarah sunting

 
Data Pokédex MissingNo.

Dibangunkan oleh Game Freak dan diterbitkan oleh Nintendo, siri Pokémon bermula di Jepun pada 1996 dengan pelancaran permainan video Pokémon Red dan Blue untuk Game Boy. Pemain menganggap peranan Pelatih Pokemon, dan matlamat anda adalah untuk menangkap dan melatih makhluk yang dipanggil sebagai Pokémon. Para pemain menggunakan kebolehan istimewa makhluk itu untuk berlawan dengan Pokémon lain,[3]:6-7, 11 dan sesetengah kebolehan tertentu juga memberikan cara-cara baru untuk meneroka dunia permainan seperti perjalanan seketika antara dua kawasan.[4] Matlamat utama permainan adalah untuk melengkapkan entri Pokédex (Bahasa Jepun: ポケモン図鑑 Pokémon Zukan), suatu ensiklopedia Pokémon lengkap dengan kebolehan menangkap, menukar dan jual-beli bagi mendapatkan makhluk-makhluk daripada kesemua 151 spesies Pokémon.[3]:7

Nintendo Amerika pertama kali mendokumenkan peristiwa yang menyebabkan kemunculan MissingNo. dalam isu Mei 1999 Nintendo Power, dengan amaran yang mengatakan "sebarang pertemuan dengannya (walaupun anda tidak menangkapnya) boleh memadam fail permainan anda atau mengganggu grafik anda dengan mudah".[5] Pembangun-pembangun permainan tidak membuang beberapa glic daripada pelancaran semula Pokémon Red dan Blue 2016[6] pada konsol maya Nintendo 3DS, dan para pemain boleh menemui MissingNo. dalam versi permainan ini.[7]

Ciri sunting

Glic itu adalah hasil daripada rentetan peristiwa. Pertama, pemain menonton tutorial dalam permainan untuk menangkap Pokémon di Bandar Viridian. Kedua, pemain kemudiannya menggunakan Pokémon dengan kebolehan terbang untuk pergi ke pulau Cinnabar dan seterusnya menggunakan Pokémon dengan kemampuan luncur untuk mengembara atas dan bawah di pesisir timur pulau sehingga MissingNo. muncul.[5][8]

Peristiwa-peristiwa ini memanipulasi sistem pertembungan rawak permainan untuk menjana Pokémon dengan pengenal pasti yang tidak sah. Setiap kawasan dalam permainan memberi nilai-nilai kepada penimbal data untuk mewakili Pokémon yang boleh dijumpai di kawasan itu. Walau bagaimanapun, sesetengah kawasan seperti pulau Cinnabar tidak menulis ganti data dalam penimbal ini, makan data daripada kawasan sebelumnya digunakan. Semasa tutorial dalam permainan di mana nama watak pemain ditulis ganti untuk membaca "Old Man" (Orang Tua), nama sebenar watak pemain disalin secara sementara kepada penimbal data yang sama. Jika pemain mengembara secara terus ke pulau Cinnabar setelah menonton tutorial ini, nama pemain akan dibaca sebagai Pokémon yang boleh ditemui secara rawak di kawasan itu. Disebabkan nama watak pemain tidak bertujuan untuk dibaca sebagai data jenis ini, permainan boleh cuba menjana satu pertemuan dengan Pokémon yang mempunyai pengenal pasti yang tidak sah itu seperti MissingNo.[9][10] Para peminat memberi gelaran kepada kaedah pertemuan MissingNo. ini sebagai "Old man glitch" (Glic orang tua).[9][11]

Seperti Pokémon liar yang lain, para pemain boleh lari, melawan atau menangkap MissingNo.[10] Setelah menemui MissingNo., jumlah barang keenam dalam inventori pemain meningkat sebanyak 128,[12] dan galeri Dewan Kemasyhuran Pokémon dalam permainan tersebut akan mengalami glic.[11] Glic grafik juga boleh terjadi untuk sementara waktu,[11] dimana ia dapat dibuang dengan membuka halaman perangkaan untuk Pokémon lain atau mematikan dan menetapkan semula konsol.[13]

MissingNo. yang ditangkap menjadi seekor Pokémon yang dapat digunakan sepenuhnya, dan muncul di Pokédex dalam permainan tersebut dengan nombor 000.[9][10] Permainan mengelaskannya sebagai Pokémon jenis Burung/Normal hibrid walaupun kategori Pokémon jenis Burung dipotong daripada permainan sebelum dilancarkan.[9] Ia biasanya muncul dalam bentuk seperti blok berebut yang biasanya digambarkan sebagai satu "bentuk L berbalik". Bergantung kepada nama watak pemain, ia juga boleh muncul sebagai salah satu daripada tiga hantu atau peperi fosil yang tidak dipakai oleh Pokémon lain.[13][14]

Reaksi dan penerimaan sunting

 
Ahli sosiologi William Sims Bainbridge.

Memanggil MissingNo. "keanehan pengaturcaraan", Nintendo memberi amaran jika menemuinya, para pemain mungkin perlu memulakan semula permainan dari mula untuk membuang glic grafik.[1][5][15] Walaupun dengan amaran Nintendo, maklumat cara untuk menemui MissingNo. telah diterbitkan oleh beberapa majalah dan panduan pemain kerana kesan positif yang diperoleh.[15][16][17] Sesetengah pemain cuba untuk menjual petua-petua menangkap MissingNo. dengan bayaran sehingga $200.[18]

Meskipun bukan sesuatu yang disengajakan, pada tahun 2009, IGN memasukkan MissingNo. dalam senarai Telur Easter permainan video teratas, menyebutnya berguna dalam mereplikakan barang-barang yang jarang ditemui.[19] IGN juga menyatakan dalam rencana berkaitan, memanggilnya sebagai glic yang "tidak dapat dilupakan" dalam membantu permainan-permainan Pokémon asal mencapai "bintang terkenal super permainan".[20] Buku 100 Greatest Video Game Characters menggambarkan MissingNo. sebagai satu contoh watak yang dihasilkan oleh pemain dan permainan balas, serta menambahnya "sebagai satu artifak budaya, MissingNo[.] meraikan daya cipta bentuk permainan yang menyimpang dan subversif".[10] Beberapa orang peminat juga menghasilkan pakaian berdasarkan MissingNo.[11]

Dalam satu kertas tahun 2007 yang dikarang secara bersama oleh ahli sosiologi William Sims Bainbridge serta anak beliau, yang kemudiannya menjadi pelajar sains kognitif Wilma Bainbridge, merujuk MissingNo. sebagai "salah satu glic yang terkenal dalam sejarah permainan".[2] Dalam komen tahun 2019 yang disediakan kepada Ars Technica, Wilma Bainbridge yang kemudiannya merupakan zamil pascakedoktoran di Institut Kesihatan Mental Kebangsaan, menyatakan kepercayaan beliau bahawa MissingNo. membantu menyumbang akepada minat yang meluas dalam pemburuan glic dan melengkapkan permainan video dengan cepat.[11] Menurut pandangan lain yang ditukil di dalam buku Pikachu's Global Adventure: The Rise and Fall of Pokémon, profesor pendidikan Julian Sefton-Green menyedari bahawa dalam kajian tentang reaksi anak lelaki beliau terhadap penggunaan MissingNo. sebagai satu elat, pandangan anak itu terhadap permainan berubah secara drastik, dan menambah bahawa kehadiran unsur-unsur seperti itu mengakibatkan pecahnya ilusi permainan sebagai suatu dunia tertutup dan mengingatkannya bahawa "pada hakikatnya, ia adalah atur cara komputer".[21]

Buku Playing with Videogames membincangkan bagaimana pemain-pemain membandingkan catatan mengenai MissingNo. serta menilai dan mengkritik penemuan antara satu sama lain. Penulisnya James Newman mengulas bahawa MissingNo. yang luar biasa menyebabkan pemain meraikan ketidaksempurnaan permainan.[22] Dalam rencana tahun 2017, profesor Universiti Portsmouth Lincoln Geraghty memeriksa teori-teori peminat bahawa glic itu merupakan suatu potongan Pokémon yang berkait dengan Kangaskhan dan Cubone, menerangkan teori tersebut sebagai "karya mapan fanon [kanon peminat]".[23] Beliau menghuraikannya lebih lanjut dalam rencana Ars Technica tahun 2019 bahawa "keinginan para peminat untuk menggabungkan MissingNo[.] ke dalam dunia Pokémon berpunca sebahagiannya daripada harapan bahawa glic itu mungkin disengajakan", serta untuk mengimbangi kekurangan cerita muka belakang glic di dalam kanon Pokémon.[11] Di dalam rencana yang sama itu, Newman berhujah bahawa kewujudan teori-teori peminat seperti itu "mendedahkan kepercayaan dalam realiti asas Pokémon sebagai entiti yang diberikan peluang untuk menunjukkan diri mereka melalui permainan, bukannya dibina di luar kod".[11]

Rujukan sunting

  1. ^ a b Nintendo. "Customer Service — Specific GamePak Troubleshooting" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Januari 2008. Dicapai pada 7 Jun 2009.
  2. ^ a b Bainbridge, William Sims; Bainbridge, Wilma Alice (Julai 2007). "Creative Uses of Software Errors: Glitches and Cheats" (PDF). Social Science Computer Review. 25: 61–77. CiteSeerX 10.1.1.715.4009. doi:10.1177/0894439306289510.
  3. ^ a b Game Freak (30 September 1998). Pokémon Red and Blue, Instruction manual (dalam bahasa Inggeris). Nintendo. m/s. 6–7, 11.
  4. ^ Game Freak (30 September 1998). Pokémon Red and Blue (dalam bahasa Inggeris). Nintendo. HM02 is FLY. It will take you back to any town.
  5. ^ a b c Staff (Mei 1999). "Pokechat". Nintendo Power (dalam bahasa Inggeris). Jil. 120. m/s. 101.
  6. ^ Eddie, Makuch (26 Februari 2016). "Original Pokemon Virtual Console Re-Releases Support Pokemon Bank". GameSpot (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2 Mei 2020.
  7. ^ Valentine, Rebekah (23 Mac 2016). "7 Classic Pokemon Glitches That Made It To Virtual Console". App Trigger (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2 Mei 2020.
  8. ^ DeVries, Jack (24 November 2008). "Pokemon Report: OMG Hacks". IGN (dalam bahasa Inggeris). IGN Entertainment. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Februari 2010. Dicapai pada 7 Jun 2009.
  9. ^ a b c d Hernandez, Patricia (4 November 2014). "Pokémon's Famous Missingno Glitch, Explained". Kotaku Australia (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2 Mei 2020.
  10. ^ a b c d Banks, Jaime; Mejia, Robert; Adams, Aubrie (23 Jun 2017). 100 Greatest Video Game Characters (dalam bahasa Inggeris). Rowman & Littlefield. m/s. 132. ISBN 978-1442278134. Dicapai pada 2 Mei 2020.
  11. ^ a b c d e f g Preskey, Natasha (18 Februari 2019). "The Mythos and Meaning Behind Pokémon's Most Famous Glitch" (dalam bahasa Inggeris). Ars Technica. Dicapai pada 15 Februari 2020.
  12. ^ Prell, Sam (18 Mei 2018). "Remember Missingno from Pokemon Red / Blue? Someone may have figured out what it actually is" (dalam bahasa Inggeris). gamesradar. Dicapai pada 2 Mei 2020.
  13. ^ a b Schlesinger, Hank (2001). Pokémon Future: The Unauthorized Guide (dalam bahasa Inggeris). St. Martin's Paperbacks. m/s. 184–188. ISBN 978-0-312-97758-0.
  14. ^ Hargett, Tyler (11 Januari 2019). "Pokémon: 20 Side Quests Fans Completely Missed In Red And Blue". ScreenRant (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2 Mei 2020.
  15. ^ a b Loe, Casey (1999). Pokémon Perfect Guide Includes Red-Yellow-Blue (dalam bahasa Inggeris). Versus Books. m/s. 125. ISBN 978-1-930206-15-1.
  16. ^ Staff (1999). "Top 50 Games". Pocket Games (dalam bahasa Inggeris) (1): 96.
  17. ^ "Guides: Pokemon Blue and Red". IGN (dalam bahasa Inggeris). IGN Entertainment. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Disember 2007. Dicapai pada 8 Jun 2009.
  18. ^ Sweetman, Kim (28 Disember 1999). "The latest Pokemon trend: if you can't beat 'em, cheat". The Daily Telegraph (dalam bahasa Inggeris). m/s. 11.
  19. ^ Staff (9 April 2009). "Gaming's Top 10 Easter Eggs". IGN (dalam bahasa Inggeris). IGN Entertainment. m/s. 2. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Februari 2010. Dicapai pada 7 Jun 2009.
  20. ^ Drake, Audrey (10 Januari 2011). "The Evolution of Pokémon". IGN (dalam bahasa Inggeris). IGN Entertainment. Diarkibkan daripada yang asal pada January 12, 2011. Dicapai pada 12 Januari 2011.
  21. ^ Sefton-Green, Julian (2004). "Initiation Rites: A Small Boy in a Poké-World". Dalam Tobin, Joseph Jay (penyunting). Pikachu's Global Adventure: The Rise and Fall of Pokémon (dalam bahasa Inggeris). Duke University Press. m/s. 147, 160. ISBN 978-0-8223-3287-9.
  22. ^ Newman, James (2008). Playing with Videogames (dalam bahasa Inggeris). Taylor & Francis. m/s. 117–119. ISBN 978-0-415-38523-7.
  23. ^ Geraghty, Lincoln (Mac 2017). "Can Pikachu Die? Online Fan Conspiracy Theories and the Pokémon Gaming Universe". Journal of Fandom Studies (dalam bahasa Inggeris). 5 (1): 3–20. doi:10.1386/jfs.5.1.3_1.

Pautan luar sunting