Misteri Mona ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2020 arahan Amor Rizan dibintangi oleh Ruzana Ibrahim, Janna Nick dan Redza Rosli. Siri ini memulakan tayangan di Slot Samarinda TV3 pada 10 Disember 2020 menggantikan Beri Sedikit Waktu.[1]

Misteri Mona
GenreMisteri
Ngeri
Psikologi
Ditulis oleh
  • Abdul Nasir
  • Amor Rizan
PengarahAmor Rizan
Dibintangi oleh
Lagu pembukaanSuatu Pernah - Fynn Jamal
Lagu penutupMisteri - Openg
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod8
Penerbitan
Penerbit eksekutifZizan Nin
PenyuntingRahim Rauf
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Aquila Emas Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal10 Disember 2020 – 24 Disember 2020
Kronologi
MengikutiBeri Sedikit Waktu
Diikuti olehBougainvilea

Sinopsis sunting

Mengisahkan Anom (Janna Nick) seorang wanita lemah lembut yang menghidap penyakit mental yang kronik. Suaminya, Dr Nadeem (Redza Rosli) risau akan keadaannya Anom yang sering berhalusinasi tentang seorang wanita bernama Mona yang sering menghantuinya. Dr Nadeem telah memberikan Anom segala ubat untuk membantunya mengawal kondisi halusinasinya, tetapi kerana pekerjaan Dr Nadeem yang terlalu sibuk, Nadeem mengupah Farah (Elisya Sandha) sebagai penjaga isterinya.

Farah merupakan seorang gadis yang jujur dan rajin mula menjaga Anom kerana dirinya telah menganggur sekian lama setelah tamat pengajiannya. Pada mulanya Farah selesa menjaga Anom, sehingga suatu hari, Farah mula melihat keadaan Anom yang sebenar apabila Farah terleka untuk memastikan Anom mengambil ubatnya, lalu Anom meroyan pada malam itu. Farah teruk dimarahi Dr Nadeem dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.

Ketika keadaan semakin baik, dan Anom juga semakin rajin mengambil ubatnya, Anom mula menyatakan bahawa dia sering mendengar suara seorang wanita di loteng rumahnya, lalu menyiasatnya sendirian. Farah terkejut apabila mendengar jeritan Anom lalu bergegas ke arah Anom. Ketika itu, sebuah kejutan besar buat Farah apabila Anom berkata, “Aku dah lepaskan Mona……”

Siapakah Mona? Adakah Dr Nadeem tahu kewujudan Mona di loteng selama ini? Mungkinkah Farah mangsa Dr Nadeem seterusnya?

Pelakon sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Miteri Mona (TV3)". My Infotaip. 25 Ogos 2020. Dicapai pada 4 Disember 2020.[pautan mati kekal]