Mitigasi perubahan iklim

tindakan untuk mengehadkan perubahan iklim untuk mengurangkan risiko pemanasan global

Mitigasi perubahan iklim terdiri daripada tindakan untuk mengehadkan magnitud atau kadar pemanasan sejagat dan kesan-kesan berkaitan.[2] Ini secara umumnya melibatkan pengurangan pelepasan gas rumah hijau (GHG) serta aktiviti yang mengurangkan kepekatan karbon dioksida di atmosfera.[3]

Arang batu, minyak, dan gas asli kekal sebagai sumber tenaga utama sejagat utama biarpun tenaga boleh diperbaharui mula digunakan secara meluas.[1]
Indeks Prestasi Perubahan Iklim menyenaraikan negara mengikut pelepasan gas rumah hijau (skor 40%), tenaga diperbaharui (20%), penggunaan tenaga (20%), dasar iklim (20%).

Tenaga sunting

Sumber tenaga karbon rendah sunting

Tenaga suria dan angin merupakan salah satu sumber tenaga mesra alam yang boleh menggantikan bahan api fosil. Namun, kos penjanaannya sering berubah-ubah kerana terpengaruh oleh faktor luaran. Masalah ini boleh diatasi dengan memanjangkan grid elektrik atau menyimpan tenaga yang dijana di dalam bateri atau akumulator. Proses pengurusan beban di industri yang menggunakan tenaga yang banyak juga boleh mengimbangkan penjanaan tenaga boleh diperbaharui dan permintaannya. Apabila permintaan tenaga adalah tinggi, penjanaan tenaga biogas dan hidroelektrik boleh digunakan untuk menanggung permintaan tinggi yang sementara.

Kadar pemasangan tenaga boleh diperbaharui perlu meningkat sebanyak enam kali ganda untuk mencapai sasaran mengehadkan peningkatan suhu bumi di bawah 2 °C.[4]

Permintaan tenaga primer global mencecah 161,000 TWh pada tahun 2018.[5]

Daya saing tenaga boleh diperbaharui merupakan adalah penting untuk memastikan pemasangan yang meluas dan cepat. Pada tahun 2020, tenaga angin laut dan suria fotovoltan merupakan sumber termurah bagi penjanaan elektrik baharu secara besar-besaran di banyak kawasan.[6] Walaupun penyimpanan tenaga yang dijana memerlukan kos tambahan, harga karbon boleh dikenakan untuk meningkatkan daya saing tenaga boleh diperbaharui.

Dipasang[7]TWp Pertumbuhan

TW/tahun[7]

Penjanaan

per kapasiti terpasang *[8]

Tenaga

TWh/tahun*[8]

Pertumbuhan

TWh/tahun*[8]

Levelized cost

of energy US¢/KWj[9]

Harga lelong

US¢/KWj[10]

Pembangunan kos

2010-2019[9]

Suria PV 0.580 0.098 13% 549 123 6.8 3.9 -82%
Suria CSP 0.006 0.0006 13% 6.3 0.5 18.2 7.5 -47%
Angin lepas pantai 0.028 0.0045 33% 68 11.5 11.5 8.2 -30%
Angin laut 0.594 0.05 25% 1194 118 5.3 4.3 -38%
Hidro 1.310 0.013 38% 4267 90 4.7 +27%
Tenaga biojisim 0.12 0.006 51% 522 27 6.6 -13%
Geoterma 0.014 0.00007 74% 13.9 0.7 7.3 +49%

* Setakat 2018. Nilai lain semua adalah pada 2019.

Pemuliharaan dan kecekapan tenaga sunting

Penambahbaikan dalam kecekapan tenaga di dalam bangunan, proses industri dan pengangkutan boleh mengurangkan keperluan tenaga dunia pada tahun 2050 sebanyak satu pertiga dan membantu mengawal pembebasan gas rumah hijau global.[11]

Label seperti Energy Star memberi maklumat tentang penggunaan tenaga sesuatu produk. Majlis Kepimpinan Pembelian Lestari (bahasa Inggeris: Sustainable Purchasing Leadership Council) telah membangunkan sebuah set peralatan pemerolehan untuk membantu individu dan peniaga membeli produk cekap tenaga yang menggunakan bahan penyejuk yang mempunyai GWP yang lebih rendah.[12]

Kogenerasi tenaga elektrik dan pemanasan daerah juga meningkatkan kecekapan.

Penyelidikan dan pembangunan sunting

Penyelidikan dan pembangunan saintifik boleh menambah baik pilihan teknologi yang sedia ada seperti grid pintar, hidrogen hijau, kecekapan tenaga, penyimpanan tenaga dan sumber tenaga yang berpotensi seperti solar terapung, di samping membantu reka bentuk dan perlaksanaan praktikal strategi penggantian bahan api fosil di peringkat kawasan dan global.[13][14][15]

Tadahan dan penangkapan karbon sunting

 
Kira-kira 58% daripada pembebasan CO2 telah ditangkap oleh kawasan tadahan karbon, termasuk pertumbuhan tumbuhan, penyerapan tanah, dan penyerapan laut (2020 Global Carbon Budget).
 
Peta kawasan terlindung dunia dengan jumlah peratusan bagi setiap negara, di mana negara dalam warna yang lebih terang bermaksud mereka mempunyai lebih banyak kawasan terlindung.

Pemencilan karbon merupakan kaedah penyimpanan karbon ke dalam kawasan tadahan karbon seperti hutan atau melalui teknologi penangkapan karbon dioksida buatan seperti Direct Air Capture. Proses-proses ini dikira sebagai variasi mitigasi,[16][17] atau kejuruteraan iklim.[18] Penangkapan karbon dioksida adalah sangat penting dalam mitigasi perubahan iklim walaupun perubahan iklim berjaya dimitigasikan kerana tahap CO2 di atmosfera sudah mencapai tahap bahaya.[19]

Kawasan pemuliharaan yang terlindung boleh meningkatkan kapasiti pemencilan karbonnya.[20][21][22] Kesatuan Eropah berhasrat untuk melindungi 30% daripada kawasan laut dan 30% daripada kawasan darat pada 2030 berdasarkan EU Biodiversity Strategy for 2030. Pada tahun 2021, 7 negara (ahli G7) berikrar untuk memelihara atau memulihara sekurang-kurangnya 30% daripada kawasan darat dunia dan 30% daripada kawasan laut dunia untuk menangani kehilangan biodiversiti.[23]

Simpanan karbon di ekosistem daratan sunting

 
Pemindahan hak tanah kepada golongan peribumi dikatakan sebagai salah satu cara yang efektif untuk memelihara kawasan hutan.[24]

Hutan dikatakan sebagai simpanan kekal CO2. Hal ini dikatakan demikian kerana pokok menyerap karbon dioksida semasa tumbuh. Namun, karbon dioksida akan dibebaskan semula apabila kayu-kayu balak tersebut dibakar. Sekiranya kayu mati dibiarkan sahaja, hanya sebilangan karbon dikembalikan ke atmosfera dalam proses pereputan. Oleh itu, hutan-hutan yang sedia ada masih menangkap lebih karbon berbanding dengan karbon yang dibebaskan olehnya. Pemeliharaan tanah subur dan pemulihan tanah yang terjejas boleh menangkap 5.5 bilion ton karbon dioksida daripada atmosfera pada setiap tahun.[25]

  • Penghutanan - Penanaman pokok di kawasan yang sebelumnya tidak mempunyai pokok. Namun, kaedah ini bukan satu kaedah yang baik untuk mengurangkan pembebasan secara agresif kerana projek sedemikian perlu dilakukan secara besar-besaran dan hal ini pula akan menjejas ekosistem semula jadi dan penghasilan makanan.[26]
  • Pencegahan penebangan hutan dan penggurunan - Hal ini boleh dicapai dengan mengembalikan hak milik tanah hutan kepada golongan peribumi,[24] mengenakan larangan atau tarif karbon, pemantauan satelit dan pengiktirafan produk mesra alam.[27][28][29]
  • Pencegahan kebocoran permafrost - Pemanasan global juga menyebabkan pencairan permafrost. Permafrost kini menyimpan dua kali lebih daripada jumlah karbon dioksida yang dibebaskan ke atmosfera dan sekiranya dibebaskan,[30] hal ini menyebabkan lebih banyak pembebasan metana melalui kitaran maklum balas positif yang dikhuatir akan menyebabkan perubahan iklim yang tidak terkawal, di mana peningkatan suhu global telah menyebabkan semua air laut menyejat.
  • Penghutanan semula - Usaha penghutanan semula dijangka akan mengelakkan 1 GtCO2 daripada dibebaskan pada setiap tahun, dengan jangkaan kos sebanya $5–15/tCO2.[31] Disebabkan oleh pertanian yang intensif dan urbanisasi, semakin banyak tanah ladang telah dibiarkan. Oleh itu, terdapat pihak yang mencadang untuk menanam semula pokok hutan di tanah-tanahyang terbiar.[32] Rusia, Amerika Syarikat dan Kanada mempunyai tanah yang paling sesuai untuk penghutanan semula.[33]
  • Proforestation - Proforestation merujuk kepada usaha menggalakkan hutan yang sedia ada untuk menunjukkan potensi maksimumnya.[34]

Simpanan karbon di ekosistem lautan sunting

Pusat Penyelidikan Koperatif Iklim dan Ekosistem Antartika (bahasa Inggeris: Antarctic Climate and Ecosystems Cooperative Research Centre, ACE-CRC) mengatakan bahawa satu pertiga pembebasan karbon dioksida tahunan adalah diserap oleh laut.[35] Namun, larutan CO2 dalam air menyebabkan pengasidan lautan dan hal ini menjejaskan organisma marin[36] kerana pengasidan mengurangkan tahap ion karbonate dalam laut bagi organisma pengkapuran seperti plankton untuk membentuk kulit mereka. Pengasidan juga menjejas proses fisiologi dan ekologi yang lain, seperti respirasi ikan, pembangunan larva dan perubahan dalam kebolehlarutan nutrien dan toxin.[37] Istilah Blue Carbon (Karbon biru) merujuk kepada karbon dioksida yang diserap daripada atmosfera oleh ekosistem laut dunia melalui pertumbuhan tumbuhan dan makroalgae[38] serta pengumpulan dan pengebumian bahan organik di tanah.

  • Tanah lembap - Kawasan lembap mempunyai tahap oksigen yang lebih rendah berbanding dengan atmosfera. Oleh itu, proses pereputan bahan organik kepada CO2 mengurang kerana proses itu memerlukan oksigen. Hanya 3% daripada permukaan bumi terdiri daripada kawasan gambut,[39] namun kawasan itu dapat menyimpan sebanyak 550 gigaton karbon, yakni 42% daripada kesemua karbon yang disimpan di dalam tanah serta melebihi jumlah karbon yang disimpan oleh hutan.[40] Pemulihan kawasan gambut yang usang boleh dilakukan dengan menyekat saluran longkang ke dalamnya dan mengisytiharkannya sebagai kawasan terpelihara.[34][41]
  • Kawasan pesisir pantai - Hutan bakau, rawang masin dan rumput laut membentuk majoriti habitat tumbuh-tumbuhan lautan namun mereka hanya mempunyai 0.05% daripada biojisim tumbuhan daratan dan menyerap karbon 40 kali lebih cepat berbanding dengan hutan tropika.[34] Kegiatan pukat tunda dasar, pengorekan demi pembangunan kawasan pesisir pantai dan larian baja telah menjejaskan habitat pesisir pantai.

Penangkapan karbon dioksida sintetik sunting

  • Direct air capture (DAC) - Direct air capture merupakan sebuah proses penangkapan CO2 secara langsungnya dari atmosfera (berbanding dengan penangkapan CO2 dari sumber setempat) dan menjanakan jaluran asap CO2 untuk dipencilkan atau digunakan untuk menghasilkan bahan api neutral karbon dan windgas (gas yang dihasilkan daripada turbin angin atau sumber boleh diperbaharui yang lain). Terdapat berbagai-bagai jenis proses DAC yang berbeza dan terdapat kekhuatiran terhadap kesan jangka panjang bagi sesetengah proses tersebut.[42] Kewujudan tenaga mesra alam yang murah dan tapak penyimpanan karbon yang sesuai boleh menyebabkan teknologi DAC berdaya maju untuk dikomersialkan.[43]
 
Rajah skematik yang menunjukkan pemencilan karbon darat dan geologi daripada sebuah sumber setempat yang besar, misalnya pembakaran gas natural
  • Penangkapan dan penyimpanan karbon (CCS) - Penangkapan dan penyimpanan karbon ialah proses menangkap sisa besar karbon dioksida (CO2) dari sumber setempat seperti kilang simen atau stesen janakuasa biojisim, dan seterusnya menyimpannya dengan cara yang selamat dan bukan membebaskannya ke atmosfera. IPCC menjangka kos untuk menghentikan pemanasan global akan berlipat ganda tanpa CCS.[44] Salah satu contoh aplikasi teknologi CCS ialah medan gas Sleipner, Norway yang telah beroperasi sejak tahun 1996 dan telah menyimpan sebanyak sejuta ton CO2 setiap tahun.[45][46]
  • Luluhawa dipertingkat - Luluhawa dipertingkat ialah luluhawa yang dirancakkan dengan membubuh serbuk batu silikat seperti basalt pada darat atau laut. Hal ini mempercepatkan tindak balas kimia antara batu, air dan udara, dan tindak balas ini menyerap karbon dioksida dari atmosfera serta menyimpannya selama-lamanya dalam bentuk mineral karbonat pepejal atau kealkalian laut yang akan melambatkan pengasidan lautan.[47]

Pengangkutan sunting

 
Trem Alstom Citadis (kiri) dan Eurotram (kanan) di Strasbourg yang berada di atas trek berumput

Pembebasan pengangkutan merupakan 15% daripada pembebasan karbon di seluruh dunia.[48] Peningkatan penggunaan pengangkutan awam, pengangkutan barangan yang rendah karbon dan berbasikal merupakan komponen penting dalam penyahkarbonan pengangkutan.[49][50]

Kenderaan elektrik dan kereta api mesra alam membantu mengurangkan penggunaan bahan api fosil. Dalam kebanyakan kes, kereta api elektrik adalah lebih cekap berbanding dengan pengangkutan udara dan trak.[51] Kaedah lain untuk meningkatkan kecekapan pengangkutan termasuklah menambah baik sistem pengangkutan awam, mobiliti pintar, perkongsian kereta dan kenderaan hibrid. Kereta berkuasa bahan api fosil boleh ditukar kepada kererta berkuasa elektrik. Penghasilan bahan api alternatifyang tidak membebaskan GHG pula akan menyebabkan kehilangan penukaran (bahasa Inggeris: conversion losses) yang tinggi. Tambahan pula, peralihan daripada sistem pengangkutan yang didominasi oleh kereta kepada sistem pengangkutan awam yang rendah karbon adalah penting.[52]

Kenderaan elektrik sunting

 
Bus elektrik di Montreal

Antara satu hingga tiga suku kereta di atas jalan raya pada 2050 dijangka terdiri daripada kenderaan elektrik (EV). EV menggunakan 38 megajoule per 100 km berbanding dengan 142 megajoule per 100 km bagi kereta enjin pembakaran dalam.[53] Bahan api hidrogen boleh menyelesaikan masalah keberatan bateri bagi pengangkutan jauh oleh trak dan kapal.[54][55]

Pembebasan gas rumah hijau bergantung kepada jumlah tenaga hijau yang digunakan dalam bateri atau penghasilan dan pengecasan sel bahan api. Dalam satu sistem yang kebanyakannya berasaskan tenaga elektrik, pembebasan kenderaan elektrik berkemungkinan untuk melebihi pembakaran diesel.[56]

Satu tinjauan Eropah mendapati bahawa setakat 2022, 39% orang Eropah lebih cenderung untuk membeli kenderaan hibrid, manakala 33% akan membeli kenderaan petrol atau diesel. Jenis kenderaan yang paling kurang digemari oleh orang Eropah ialah kenderaan elektrik, dengan hanya 28% responden mengatakan bahawa mereka akan membelinya. [57] Selain itu, 44% pembeli kereta China akan membeli sebuah kereta elektrik, manakala 38% orang Amerika akan membeli kereta hibrid, 33% akan membeli kereta petrol atau diesel, dan hanya 29% akan membeli kereta elektrik. [57]

Perkapalan sunting

Dalam industri perkapalan, pengawalan pembebasan telah mendorong pengendali kapal untuk bertukar daripada bahan api bunker atau minyak bahan api berat kepada bahan api berasaskan minyak yang lebih mahal, melaksanakan teknologi pemprosesan gas serombong yang berharga tinggi atau menggunakan enjin gas asli cecair (LNG).[58] Namun, masalah kebocoran metana, satu keadaan apabila gas yang belum dibakar itu bocor daripada enjinnya, merupakan salah satu keburukan penggunaan LNG. Maersk, syarikat perkapalan kontea dan pengendali kapal terbesar di dunia, telah mengingatkan bahawa keputusan untuk melabur dalam bahan api peralihan seperti LNG telah mewujudkan risiko aset terbiar (bahasa Inggeris: stranded asset).[59] Syarikat tersebut menjadikan ammonia hijau sebagai pilihan bahan api mereka pada masa depan dan telah mengumumkan bahawa kapal neutral karbon yang pertama di dunia akan mula beroperasi pada 2023. Kapal tersebut akan menggunakan metanol yang neutral karbon sebagai bahan api.[60]

Selain LNG, terdapat juga cadangan untuk menggunakan bahan api bio sebagai bahan api alternatif. Namun, bidang perkapalan memerlukan isi padu bahan api bio yang sangat besar dan penghasilan bahan api bio masih terhad. Satu kapal kontena yang sangat besar akan menggunakan semua bahan api bio yang dihasilkan dalam setahun oleh satu kilang bahan api bio bersaiz sederhana.[61] Wallenius Marine, sebuah syarikat penghasilan kapal Sweden, juga sedang meneroka kemungkinan untuk berbalik kepada kapal berkuasa angin, namun dengan menggunakan teknologi yang lebih canggih untuk meningkatkan laju kapal.[62] Walaupun kapal elektrik tidak sesuai untuk pengangkutan barang, teknologi tersebut boleh digunakan untuk feri jarak pendek. Norway telah menyasar untuk mengelektrifikasi kesemua kapal ferinya pada 2025.[63]

Pengangkutan udara sunting

Dalam bidang penerbangan, pembebasan CO2 mutakhir yang sebanyak 180 Mt (11% daripada pembebasan bidang pengangkutan) dijangka akan meningkat dalam kebanyak unjuran, sekurang-kurangnya hingga 2040. Bahan api bio dan hidrogen hanya dapat menjana tenaga untuk sebilangan kecil kapal terbang sahaja dalam beberapa tahun yang akan datang. Kapal terbang hibrid untuk penerbangan serantau dijangka akan mula beroperasi selepas 2030, dan selepas 2035 bagi kapal terbang berkuasa bateri.[64]

Pada Oktober 2016, 191 anggota negara dalam ICAO telah menubuhkan Skim Pengurangan dan Mengimbangi Karbon bagi Penerbangan Antarabangsa (bahasa Inggeris: Carbon Offsetting and Reduction Scheme for International Aviation, CORSIA). Skim tersebut mewajibkan pengendali kapal terbang untuk membeli imbangan karbon untuk mengimbangkan pembebasan mereka yang lebih tinggi daripada tahap 2020, bermula dengan 2021.[65] Skim ini adalah secara sukarela sehingga 2027.[66]

Selain pembebasan gas rumah hijau daripada kapal terbang, jejak wap juga mempunyai impak terhadap perubahan iklim.[67][68]

Pemanasan dan penyejukan sunting

Pemanasan sunting

Sektor bangunan merangkumi 23% daripada pembebasan CO2 global yang berkaitan dengan tenaga.[69] Sebanyak separuh tenaga tersebut digunakan untuk pemanasan ruang dan air.[70] Dengan menggabungkan pam haba dan teknik penebatan bangunan, permintaan tenaga primer boleh dikurangkan. Secara umumnya, proses elektrifikasi pemanasan dan penyejukan hanya dapat mengurangkan pembebasan GHG jika tenaga elektrik tersebut berasal daripada sumber rendah karbon. Sebuah stesen janakuasa bahan api fosil hany dapat membekalkan 3 unit tenaga elektrik bagi setiap 10 unit tenaga bahan api yang dibebaskan.

 
Unit luar bagi sebuah pam haba sumber udara

Satu pam haba yang moden lazimnya menjana kira-kira dua hingga enam kali ganda lebih tenaga haba berbanding dengan tenaga elektrik yang digunakan. Hal ini menyebabkan keberkesanannya berada antara 200 hingga 600%, bergantung kepada koefisen prestasinya dan suhu luar. Pam haba menggunakan sebuah pemampat elektrik untuk mengoperasikan kitaran penyejukan yang mengeluarkan tenaga haba dari udara luar dan membawa haba tersebut ke dalam ruang yang perlu dipanaskan. Semasa musim panas, kitaran ini boleh diterbalikkan dan pam haba tersebut boleh digunakan sebagai penghawa dingin. Di kawasan yang mempunyai suhu musim sejuk purata yang kurang daripada 0°C, pam haba sumber tanah (yang menggunakan tenaga geoterma) adalah lebih efisen berbanding dengan pam haba sumber udara. Harga pam haba yang lebih tinggi berbanding dengan pemanas rintangan boleh diimbangkan sekiranya pengguna tersebut juga memerlukan penghawa dingin semasa musim panas.

Dengan bahagian pasaran sebanyak 30%, pam haba yang beroperasi dengan tenaga boleh diperbaharui boleh mengurangkan pembebasan CO2 global sebanyak 8% pada setiap tahun.[71] Penggunaan pam haba sumber tanah boleh mengurangkan sebanyak 60% daripada permintaan tenaga primer dan 90% daripada CO2 yang dibebaskan oleh dandang gas asli di Eropah pada 2050 dan secara tidak langsungnya, meningkatkan bahagian pasaran bagi tenaga boleh diperbaharui.[72] Penggunaan tenaga boleh diperbaharui yang berlebihan dalam pam haba telah dianggap sebagai langkah paling efektif yang boleh dilakukan oleh orang umum dalam mengurangkan pemanasan global dan pengurangan bahan api fosil.[73]

Penyejukan sunting

Penyejukan dan sistem penghawa dingin merangkumi 10% daripada pembebasan CO2 global kerana menggunakan tenaga elektrik yang dijanakan oleh bahan api fosil serta penggunaan gas terfluorin (bahasa Inggeris: fluorinated gas). Mengurangkan penggunaan HFC sebanyak 80% pada tengah abad boleh mengelakkan peningkatan suhu lebih daripada 0.4 °C pada akhir abad ke-21. Sebanyak 90% daripada pembebasan yang berasal daripada penyejukan dibebaskan pada akhir hayat peralatan tersebut. Antara solusi termasuknya melabur dalam pembuangan yang betul serta penyejuk yang kurang membebaskan gas rumah hijau.[74]

Penggunaan tenaga oleh penyejukan dijangka akan meningkat secara nyata disebabkan oleh suhu yang lebih tinggi serta produk penyejukan telah menjadi lebih murah dan mampu dibeli oleh penduduk negara yang lebih miskin. Antara 2.8 bilion orang yang meninggal di kawasan yang terpanas di dunia, hanya 8% kini mempunyai penyaman udara, berbanding dengan 90% penduduk di AS dan Jepun.[75] Dengan menggabungkan penambahbaikan kecekapan tenaga dengan peralihan daripada penyejuk yang lebih mencemarkan udara, manusia boleh mengelakkan pembebasan gas rumah hijau kumulatif sebanyak 210-460 GtCO2e dalam empad dekad yang akan datang.[76] Peralihan kepada tenaga boleh diperbaharui dalam sektor penyejukan boleh membawa dua kebaikan: Penjanaan tenaga suria dengan puncak penggunaan tenaga pada tengah hari adalah sama dengan beban yang diperlukan untuk penyejukan. Tambahan pula, penyejukan juga mempunyai potensi yang besar untuk pengurusan beban dalam grid elektrik.

Pemanasan rintangan elektrik sunting

Pemanas sinaran untuk kegunaan rumah tangga adalah murah dan digunakan secara meluas tetapi kurang cekap berbanding dengan pam haba. Di kawasan seperti Norway, Brazil, dan Quebec yang kaya dengan hidroelektrik, haba elektrik dan air panas adalah biasa. Tangki air panas berskala besar boleh digunakan untuk pengurusan sisi permintaan dan menyimpankan pelbagai tenaga boleh diperbaharui selama beberapa jam atau hari.

Pemulihan hutan dan penghutanan semula sunting

Kempen Setrilion Pokok (Trillion Tree Campaign) ialah sebuah projek yang menyasar untuk menanam setrilion pokok di seluruh dunia untuk menangani perubahan iklim.[77]

Antara prinsip-prinsip kempen ini termasuklah:

  • Pemulihan hutan dan penghutanan semula hanya berkesan sekiranya pembebasan bahan api fosil dikurangkan pada masa yang sama.
  • Memulihara ekosistem yang sedia ada
  • Pemulihan mestilah bertanggungjawab dari segi sosial dan ekologi[78]

Satu kajian mengatakan bahawa penghutanan semula dan pemuliharaan hutan boleh menyerap dua pertiga gas rumah hijau yang dibebaskan oleh manusia ke atmosfera. Namun ramai ahli sains mempersoalkan kajian tersebut, dan penulis kajian tersebut akhirnya mengakui bahawa penanaman pokok hanya boleh menyerap separuh daripada apa yang mereka unjurkan. Menurut satu kajian yang berbeza, pokok boleh mengurangkan suhu dunia sebanyak 0.5°C tanpa mengambil kira CO2 yang diserap olehnya. Ramai ahli sains dan aktivis khuatir penekanan terhadap penamaman pokok akan mengalihkan perhatian orang ramai daripada pengurangan pembebasan dan pemulihan hutan semula jadi.[79]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Friedlingstein et al. 2019.
  2. ^ Fisher, B.S.; dll., "Ch. 3: Issues related to mitigation in the long-term context", Contribution of Working Group III to the Fourth Assessment Report of the Intergovernmental Panel on Climate Change, 2007, 3.5 Interaction between mitigation and adaptation, in the light of climate change impacts and decision-making under long-term uncertainty, in IPCC AR4 WG3 2007
  3. ^ IPCC, "Summary for policymakers", Climate Change 2007: Working Group III: Mitigation of Climate Change, Table SPM.3, C. Mitigation in the short and medium term (until 2030), diarkibkan daripada yang asal pada 2016-05-24, dicapai pada 2020-11-17, in IPCC AR4 WG3 2007
  4. ^ "Global Energy Transformation: A Roadmap to 2050 (2019 edition)" (PDF). International Renewable Energy Agency. Dicapai pada 29 January 2020.
  5. ^ Global Energy & CO2 Status Report 2019
  6. ^ "Scale-up of Solar and Wind Puts Existing Coal, Gas at Risk". BloombergNEF. 28 April 2020.
  7. ^ a b IRENA RE Capacity 2020
  8. ^ a b c IRENA RE Statistics 2020 PROD(GWh)/(CAP(GW)*8760h)
  9. ^ a b IRENA RE Costs 2020, halaman 13
  10. ^ IRENA RE Costs 2020, halaman 14
  11. ^ Hebden, Sophie (22 Jun 2006). "Invest in clean technology says IEA report". Scidev.net. Dicapai pada 16 Julai 2010.
  12. ^ "Procurement Recommendations for Climate Friendly Refrigerants" (PDF). Sustainable Purchasing Leadership Council, IGSD. 29 September 2020.
  13. ^ "Hydrogen Strategy – Enabling A Low-Carbon Economy" (PDF). Dicapai pada 25 October 2021.
  14. ^ "Accelerating the Energy Transition through Innovation". /publications/2017/Jun/Accelerating-the-Energy-Transition-through-Innovation.
  15. ^ "Accelerating Sustainable Energy Innovation" (PDF). Dicapai pada 25 October 2021.
  16. ^ "OECD Environmental Outlook to 2050, Climate Change Chapter, pre-release version" (PDF). OECD. 2011. Dicapai pada 23 April 2012.
  17. ^ "IEA Technology Roadmap Carbon Capture and Storage 2009" (PDF). OECD/IEA. 2009. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 4 December 2010. Dicapai pada 23 April 2012.
  18. ^ "Geoengineering the climate: science, governance and uncertainty". The Royal Society. 2009. Dicapai pada 23 April 2012.
  19. ^ "This is what you need to know about CCS – Carbon Capture and Storage". SINTEF (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2 April 2020.
  20. ^ Collins, Murray B.; Mitchard, Edward T. A. (10 February 2017). "A small subset of protected areas are a highly significant source of carbon emissions". Scientific Reports. 7 (1): 41902. Bibcode:2017NatSR...741902C. doi:10.1038/srep41902. PMC 5301250. PMID 28186155.
  21. ^ Melillo, Jerry M.; Lu, Xiaoliang; Kicklighter, David W.; Reilly, John M.; Cai, Yongxia; Sokolov, Andrei P. (2 March 2016). "Protected areas' role in climate-change mitigation". Ambio. 45 (2): 133–145. doi:10.1007/s13280-015-0693-1. PMC 4752559. PMID 26474765.
  22. ^ "The role of protected areas in regard to climate change" (PDF).
  23. ^ "G7 commits to end support for coal-fired power stations this year". euronews. 21 May 2021.
  24. ^ a b "India should follow China to find a way out of the woods on saving forest people". The Guardian. 22 July 2016. Dicapai pada 2 November 2016.
  25. ^ Rosane, Olivia (18 March 2020). "Protecting and Restoring Soils Could Remove 5.5 Billion Tonnes of CO2 a Year". Ecowatch. Dicapai pada 19 March 2020.
  26. ^ Boysen, Lena R.; Lucht, Wolfgang; Gerten, Dieter; Heck, Vera; Lenton, Timothy M.; Schellnhuber, Hans Joachim (17 May 2017). "The limits to global-warming mitigation by terrestrial carbon removal". Earth's Future. 5 (5): 463–474. Bibcode:2017EaFut...5..463B. doi:10.1002/2016EF000469. hdl:10871/31046.
  27. ^ Siegle, Lucy (9 August 2015). "Has the Amazon rainforest been saved, or should I still worry about it?". The Guardian. Dicapai pada 21 October 2015.
  28. ^ Henders, Sabine; Persson, U Martin; Kastner, Thomas (1 December 2015). "Trading forests: land-use change and carbon emissions embodied in production and exports of forest-risk commodities". Environmental Research Letters (dalam bahasa Inggeris). 10 (12): 125012. Bibcode:2015ERL....10l5012H. doi:10.1088/1748-9326/10/12/125012.
  29. ^ Kehoe, Laura; dos Reis, Tiago N. P.; Meyfroidt, Patrick; Bager, Simon; Seppelt, Ralf; Kuemmerle, Tobias; Berenguer, Erika; Clark, Michael; Davis, Kyle Frankel; zu Ermgassen, Erasmus K. H. J.; Farrell, Katharine Nora; Friis, Cecilie; Haberl, Helmut; Kastner, Thomas; Murtough, Katie L.; Persson, U. Martin; Romero-Muñoz, Alfredo; O’Connell, Chris; Schäfer, Viola Valeska; Virah-Sawmy, Malika; le Polain de Waroux, Yann; Kiesecker, Joseph (18 September 2020). "Inclusion, Transparency, and Enforcement: How the EU-Mercosur Trade Agreement Fails the Sustainability Test". One Earth (dalam bahasa Inggeris). 3 (3): 268–272. doi:10.1016/j.oneear.2020.08.013. ISSN 2590-3322. S2CID 224906100.
  30. ^ P. Falkowski; dll. (13 October 2000). "The Global Carbon Cycle: A Test of Our Knowledge of Earth as a System". Science. 290 (5490): 291–6. Bibcode:2000Sci...290..291F. doi:10.1126/science.290.5490.291. PMID 11030643.
  31. ^ Stern, N. (2006). Stern Review on the Economics of Climate Change: Part III: The Economics of Stabilisation. HM Treasury, London: http://hm-treasury.gov.uk/sternreview_index.htm
  32. ^ "In Latin America, Forests May Rise to Challenge of Carbon Dioxide". New York Times. 16 May 2016. Dicapai pada 18 July 2016.
  33. ^ Sengupta, Somini (5 July 2019). "Restoring Forests Could Help Put a Brake on Global Warming, Study Finds". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0362-4331. Dicapai pada 7 July 2019.
  34. ^ a b c Moomaw, William R.; Masino, Susan A.; Faison, Edward K. (2019). "Intact Forests in the United States: Proforestation Mitigates Climate Change and Serves the Greatest Good". Frontiers in Forests and Global Change. 2. doi:10.3389/ffgc.2019.00027.
  35. ^ "The Ocean as Carbon Sink". Antarctic Climate & Ecosystems Cooperative Research Centre. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 August 2013. Dicapai pada 21 July 2013.
  36. ^ "Carbon dioxide, the ocean and climate change". Antarctic Climate & Ecosystems Cooperative Research Centre. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 May 2013. Dicapai pada 21 July 2013.
  37. ^ "Ocean Acidification". Antarctic Climate & Ecosystems Cooperative Research Centre. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 August 2013. Dicapai pada 21 July 2013.
  38. ^ Duarte, Carlos M.; Wu, Jiaping; Xiao, Xi; Bruhn, Annette; Krause-Jensen, Dorte (2017). "Can Seaweed Farming Play a Role in Climate Change Mitigation and Adaptation?". Frontiers in Marine Science. 4: 100. doi:10.3389/fmars.2017.00100. ISSN 2296-7745.
  39. ^ "Climate change and deforestation threaten world's largest tropical peatland". Carbon Brief. 25 January 2018.
  40. ^ "Peatlands and climate change". IUCN. 6 November 2017.
  41. ^ Harenda K.M., Lamentowicz M., Samson M., Chojnicki B.H. (2018) The Role of Peatlands and Their Carbon Storage Function in the Context of Climate Change. In: Zielinski T., Sagan I., Surosz W. (eds) Interdisciplinary Approaches for Sustainable Development Goals. GeoPlanet: Earth and Planetary Sciences. Springer, Cham. https://doi.org/10.1007/978-3-319-71788-3_12
  42. ^ The Royal Society, (2009) "Geoengineering the climate: science, governance and uncertainty". Dicapai pada 12 September 2009.
  43. ^ "Direct Air Capture – Analysis". IEA (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-12-24.
  44. ^ "CO2 turned into stone in Iceland in climate change breakthrough". The Guardian. 9 Jun 2016. Dicapai pada 2 September 2017.
  45. ^ "Carbon Capture and Sequestration Technologies @ MIT". sequestration.mit.edu. Dicapai pada 24 January 2020.
  46. ^ Robinson, Simon (22 January 2010). "How to Reduce Carbon Emissions: Capture and Store it?". Time. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Januari 2010. Dicapai pada 26 Ogos 2010.
  47. ^ "Guest post: How 'enhanced weathering' could slow climate change and boost crop yields". Carbon Brief (dalam bahasa Inggeris). 2018-02-19. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-09-08. Dicapai pada 2021-11-03.
  48. ^ Ge, Mengpin; Friedrich, Johannes; Vigna, Leandro (6 Februari 2020). "4 Charts Explain Greenhouse Gas Emissions by Countries and Sectors". World Resources Institute (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 30 Disember 2020.
  49. ^ Jochem, Patrick; Rothengatter, Werner; Schade, Wolfgang (2016). "Climate change and transport" (dalam bahasa Inggeris).
  50. ^ Kwan, Soo Chen; Hashim, Jamal Hisham (1 April 2016). "A review on co-benefits of mass public transportation in climate change mitigation". Sustainable Cities and Society (dalam bahasa Inggeris). 22: 11–18. doi:10.1016/j.scs.2016.01.004. ISSN 2210-6707.
  51. ^ Lowe, Marcia D. (April 1994). "Back on Track: The Global Rail Revival". Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Disember 2006. Dicapai pada 15 Februari 2007.
  52. ^ Mattioli, Giulio; Roberts, Cameron; Steinberger, Julia K.; Brown, Andrew (1 Ogos 2020). "The political economy of car dependence: A systems of provision approach". Energy Research & Social Science (dalam bahasa Inggeris). 66: 101486. doi:10.1016/j.erss.2020.101486. ISSN 2214-6296. S2CID 216186279.
  53. ^ "How green are electric cars?". The Guardian.
  54. ^ "Want Electric Ships? Build a Better Battery". Wired (dalam bahasa Inggeris). ISSN 1059-1028. Dicapai pada 7 April 2020.
  55. ^ "The scale of investment needed to decarbonize international shipping". www.globalmaritimeforum.org. Dicapai pada 7 April 2020.
  56. ^ Sternberg, André; Hank, Christoph; Ebling, Christopher (13 Julai 2019). "Greenhouse gas emissions for battery electric and fuel cell electric vehicles with ranges over 300 kilometers" (PDF). Fraunhofer Institute for Solar Energy Systems ISE: 8. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  57. ^ a b "2021-2022 EIB Climate Survey, part 2 of 3: Shopping for a new car? Most Europeans say they will opt for hybrid or electric". EIB.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 4 April 2022.
  58. ^ "LNG projected to gain significant market share in transport fuels by 2035". Gas Processing News/Bloomberg. 28 September 2014.
  59. ^ Chambers, Sam (26 Februari 2021). "'Transitional fuels are capturing the regulatory agenda and incentives': Maersk". splash247. Dicapai pada 27 Februari 2021.
  60. ^ "Maersk backs plan to build Europe's largest green ammonia facility" (Siaran akhbar). Maersk. 23 Februari 2021. Dicapai pada 27 Februari 2021.
  61. ^ Hsieh, Chia-wen Carmen; Felby, Claus (2017). "Biofuels for the marine shipping sector" (PDF). IEA Bioenergy. Dicapai pada 20 Mei 2022.
  62. ^ Hahn, Jennifer (22 Oktober 2020). "Wallenius Marine develops world's largest wind-powered vessel to slash shipping emissions". Dezeen. Dicapai pada 20 Mei 2022.
  63. ^ Parker, Selwyn (8 September 2020). "Norway moves closer to its ambition of an all-electric ferry fleet". Rivera.
  64. ^ "The aviation network – Decarbonisation issues". Eurocontrol. 4 September 2019.
  65. ^ Michael Gill (IATA) (Mei 2017). "Preparing for CORSIA Take-Off" (PDF). Greenhouse gas market report. Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa.
  66. ^ Milman, Oliver (6 Oktober 2016). "First deal to curb aviation emissions agreed in landmark UN accord". The Guardian. London.
  67. ^ "How Airplane Contrails Are Helping Make the Planet Warmer". Yale E360.
  68. ^ Lührs, Benjamin; Linke, Florian; Matthes, Sigrun; Grewe, Volker; Yin, Feijia (Februari 2021). "Climate Impact Mitigation Potential of European Air Traffic in a Weather Situation with Strong Contrail Formation". Aerospace (dalam bahasa Inggeris). 8 (2): 50. doi:10.3390/aerospace8020050.
  69. ^ IPCC SR15 Ch2 2018, halaman 141
  70. ^ IEA ETP Buildings 2017
  71. ^ Iain, Staffell; dll. (2012). "A review of domestic heat pumps". Energy and Environmental Science. 5 (11): 9291–9306. doi:10.1039/c2ee22653g.
  72. ^ Carvalho; dll. (2015). "Ground source heat pump carbon emissions and primary energy reduction potential for heating in buildings in Europe—results of a case study in Portugal". Renewable and Sustainable Energy Reviews. 45: 755–768. doi:10.1016/j.rser.2015.02.034.
  73. ^ Sternberg André, Bardow André (2015). "Power-to-What? – Environmental assessment of energy storage systems". Energy and Environmental Science. 8 (2): 389–400. doi:10.1039/c4ee03051f.
  74. ^ "How your fridge is heating up the planet". BBCnews.com. 7 Disember 2020. Dicapai pada 16 Julai 2021.
  75. ^ Radhika, Lalik (2019). "How India is solving its cooling challenge". Forum Ekonomi Dunia. Dicapai pada 20 Julai 2021.
  76. ^ "Cooling Emissions and Policy Synthesis Report". IEA/UNEP. 2020. Dicapai pada 20 Julai 2020.
  77. ^ "One trillion trees - uniting the world to save forests and climate". World Economic Forum (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Oktober 2020.
  78. ^ Letters (1 Feburari 2020). "Backing the trillion tree campaign to combat climate crisis | Letter". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0261-3077. Dicapai pada 2020-03-20. Check date values in: |date= (bantuan)
  79. ^ Yoder, Kate. "Does planting trees actually help the climate? Here's what we know". Rewilding. Grist. Dicapai pada 15 Mei 2022.

Bacaan lanjut sunting

Pautan luar sunting

Negara dan wilayah sunting

Akademik sunting