Mitsubishi ATD-X Shinshin adalah sebuah pesawat pejuang baru Jepun yang sedang dibangunkan oleh Institut Pembangunan dan Penyelidikan Teknikal, Kementerian Pertahanan untuk tujuan penyelidikan. ATD-X adalah singkatan untuk "Advanced Technology Demonstrator - X". Nama pesawat ini dalam Bahasa Jepun ialah 心神 (shin-shin) yang bermakna "one's mind". Kontraktor utama adalah Mitsubishi Heavy Industries. Penerbangan sulung pesawat dijangka pada 14 Jun 2016.

ATD-X ShinShin
Peranan Pesawat penguasaan udara halimunan
Pengeluar Mitsubishi Heavy Industries
Status Dalam pembangunan
Pengguna utama Tentera Udara Pertahanan Diri Jepun

Pembangunan sunting

Jepun, mahu mengantikan angkatan pesawat pejuangnya yang usang, cuba mendekati Washington akan kemungkinan untuk membeli pesawat halimunan Amerika Syarikat iaitu F-22 Raptor.[1] Bagaimanapun, Kongres Amerika Syarikat berulang kali melarang jualan pesawat ini kepada mana-mana negara luar, dalam usaha untuk melindungi teknologi termaju negara. Model sebenar pesawat telah menjalani ujian awal di darat di Perancis. Keputusan pihak Kementerian untuk meneruskan projek yang bernilai berbilion yen ini bermakna pemaju akan memulakan kerja untuk membuat ujian penerbangan, dengan pengeluaran dijangka akan dilakukan dalam masa 10 tahun. Laporan juga menyatakan bahawa kemungkinan penglibatan firma Lockheed Martin dari A.S dalam membangunkan pesawat ATD-X. Jepun berharap dapat memulakan pembinaan pesawat pejuang halimunan ini pada tahun 2014,[2] program ini mengalami penangguhan apabila kerajaan memotong peruntukan untuk pembangunan pesawat demonstrasi dalam Belanjawan 2008. Menjadikan penampilan pesawat demonstrasi kepada tahun 2015.[3]

Rekabentuk sunting

Rekabentuk pesawat menggambarkan beberapa pesawat pejuang generasi keempat dan kelima Amerika Syarikat, terutama sekali pesawat F-22 Raptor. ATD-X akan digunakan sebagai pesawat demonstrasi teknologi dan pesawat prototaip akan digunakan untuk menentukan sama ada teknologi termaju tempatan untuk pembangunan pesawat pejuang generasi kelima berdaya maju. Pesawat ini juga memiliki enjin tujahan 3D dengan 3 dayung pada setiap muncung enjin. Muncung pada pesawat prototaip kelihatan tidak disembunyikan dan mungkin memberi kesan kepada ciri-ciri halimunan pesawat.

Spesifikasi (ATD-X) sunting


Rujukan sunting

  1. ^ "Pesawat pejuang halimunan Jepun, Mitsubishi ATD-X ShinShin". Defence Aviation. 2008-01-11. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-10-28. Dicapai pada 2008-01-29.
  2. ^ "Jepun akan membina pesawat pejuang halimunan sebelum tahun 2014". Air Force Times. 2007-12-10. Dicapai pada 2008-12-29.
  3. ^ Seiji Hirokawa (2007-02-01). "Jepun memotong peruntukan belanjawan untuk pesawat demonstrasi halimunan ATD-X". Flight International. Dicapai pada 2008-05-01.

Lihat juga sunting

Pesawat setanding

Pautan luar sunting