Mitsubishi Lancer Evolution

(Dilencongkan dari Mitsubishi Lancer Evo)

Mitsubishi Lancer Evolution, lebih popular dengan gelaran Lancer Evo, LanEvo, atau Evo, merupakan sebuah kereta keluaran Mitsubishi Motors. Setakat ini sudah sepuluh versi rasmi dikeluarkan, kesemuanya menggunakan sistem pernomboran Roman. Kesemuanya menggunakan enjin dua liter dengan pengecas turbo dan sistem pacuan empat roda. Model Evolution sehingga versi VII adalah hasil usaha Mitsubishi untuk menyertai Kejuaraan Rali Dunia. Untuk mematuhi peraturan kejohanan, model Evolution adalah berasaskan kerangka yang sama seperti Lancer.

Mitsubishi Lancer Evolution
Mitsubishi Lancer Evolution IX
Maklumat
PengilangMitsubishi Motors
Juga dikenali"Evo" (nama gelaran)
Pengeluaran1992–2016
PemasanganKilang Mizushima, Kurashiki, Okayama
KelasSport kompak
Kereta Rali Dunia
Kereta sport
Reka letakEnjin hadapan, 4WD
Enjin2.0 L I4 turbo
4G63T (1992–2007)
4B11T (2007–2016)
BerkaitMitsubishi Lancer
Proton Pert

Evolution asalnya disasarkan hanya untuk pasaran Jepun sahaja tetapi permintaan daripada pasaran import pihak ketiga membawa kepada penjualan di seluruh dunia termasuklah rangkaian pengedar RalliArt di United Kingdom dan di beberapa negara Eropah lain sejak tahun 1998. Mitsubishi mengambil keputusan untuk menjual model Evo VIII di Amerika Syarikat pada tahun 2003 setelah menyaksikan kejayaan jualan Subaru Impreza WRX, pesaing utamanya di kawasan global lain.[1]

Model spesifikasi Jepun dihadkan oleh perjanjian sesama pengeluar kereta sendiri untuk mengehadkan angka kuasa kuda yang diiklankan iaitu pada sekitar 276 hp (205 kW), takat kuasa kuda yang sudah dicapai oleh Evolution IV. Sungguhpun demikian, spesefikasi sebenar bagi kuasa kuda enjin boleh jadi lebih tinggi, misalnya Evolution IX spesifikasi Jepun mempunyai kuasa kuda sebenar sekitar 321 PS (317 hp/236 kW).

Versi lain di luar Jepun, terutamanya di UK, mungkin mempunyai kadaran kuasa kuda yang lebih tinggi; ada kalanya sehingga setinggi 405 bhp (302 kW). Malah, komponen standard yang digunakan dianggap sebagai komponen 'talaan' jika dibandingkan dengan kenderaan jalanan biasa. Contohnya, roda tenaga bagi kereta biasa adalah seberat 12-15 kilogram, tetapi roda tenaga Evolution hanya seberat 6 kilogram untuk tindak balas enjin yang pantas.

Pada tahun 2008, generasi terkini Lancer Evolution X dilancarkan di seluruh dunia termasuklah di Malaysia, menampilkan enjin 291 hp (217 kW) 4 sebaris turbo serba baru serta sistem aliran kuasa pacuan empat roda sepenuh masa.

Evolution I sunting

Generasi pertama
 
PengeluaranOktober 1992–Januari 1994
Stail badanSedan 4 pintu
PlatformCD9A
TransmisiManual 5 kelajuan
Tapak roda2500 mm
Panjang4310 mm
Lebar1695 mm
Tinggi1395 mm
Berat kering1170 kg–1240 kg

Evolution I diperkenalkan pada tahun 1992 untuk bersaing dalam Kejuaraan Rali Dunia. Ia menggunakan enjin DOHC turbo 2.0 L serta sistem aliran kuasa 4WD daripada kereta Galant VR-4 asal pada kerangka Lancer, serta dijual dalam model GSR dan RS. Model RS adalah versi perlumbaan yang tidak menyertakan tingkap kuasa dan tempat duduk, sistem brek cegah kunci, pengelap cermin belakang, serta menggunakan rim keluli bagi menjimatkan lebih kurang 70 kg berat daripada model GSR yang seberat 1,238 kg, sementara model GSR menyertakan kesemua aksesori bagi kebanyakan kereta jalanan biasa. Ia didatangkan dengan enjin Mitsubishi 4G63 yang menghasilkan 250 PS (244 hp/182 kW) pada 6000 rpm dan kilasan 309 N·m) pada 3000 rpm, bersama-sama sistem pacuan empat roda yang menjadi "trademark" pada kesemua model Evolution. Sebanyak 5,000 buah kereta Evolution generasi pertama terjual antara tahun-tahun 1992 dan 1993.

Evolution II sunting

Generasi kedua
PengeluaranJanuari 1994–Ogos 1995
Stail badanSedan 4 pintu
PlatformCE9A
TransmisiManual 5 kelajuan
Tapak roda2510 mm
Panjang4310 mm
Lebar1695 mm
Tinggi1420 mm
Berat kering1180 kg–1250 kg

Evolution I yang telah berjaya mengalami perubahan pada Disember 1993, serta dihasilkan sehingga tahun 1995. Ia menampilkan penambahbaikan pada pengendalian, termasuklah perubahan kecil pada jarak roda, swaybar lebih besar, penalaan pada bahagian badan termasuk spoiler yang lebih besar, serta tayar Sabalabaier yang 10 mm lebih lebar. Keluaran kuasa meningkat kepada 256 PS (252 hp/188 kW) daripada enjin yang sama manakala kilasan pula tidak berubah pada kedua-dua model GSR dan RS.

Evolution III sunting

Generasi ketiga
PengeluaranOgos 1995–Ogos1996
Stail badanSedan 4 pintu
PlatformCE9A
TransmisiManual 5 kelajuan
Tapak roda2510 mm
Panjang4310 mm
Lebar1695 mm
Tinggi1420 mm
Berat kering1260 kg (RS 1190 kg)

Januari 1995 menyaksikan ketibaan Evolution 3. Evolution 3 kelihatan lebih serius, dengan muncung hadapan baru (untuk menghalakan udara ke radiator, penyejuk perantara dan brek dengan lebih baik). Skirt tepi dan penjuru belakang adalah dari jenis baru, manakala sayap belakang diperbesarkan untuk mengurangkan daya angkat. Di bawah bonet aluminium ialah set pengecas turbo TDO5-16G6-7 baru, sistem ekzos baru serta peningkatan nisbah mampatan yang menghasilkan peningkatan kuasa sebanyak 10 PS (10 hp/7 kW), sementara kilasan kekal tidak berubah, selain nisbah pacuan akhir yang lebih besar. Kedua-dua model masih menggunakan kotak gear 5 kelajuan. Perubahan dalaman hanya terhad kepada stereng Momo baru (GSR sahaja) serta fabrik baru jenis Recaro. Spesifikasi asas model ini ialah enjin 4G63T bersesaran 1997 cc, menghasilkan 270 bhp (201 kW) pada 6250 rpm, manakala kilasan pula ialah 309 N-m pada 3000 rpm, dengan berat 1260 kg (RS 1190 kg).

Evolution IV sunting

Generasi keempat
 
PengeluaranOgos 1996–Januari 1998
Stail badanSedan 4 pintu
PlatformCN9A
TransmisiManual 5 kelajuan
Tapak roda2510 mm
Panjang4330 mm
Lebar1690 mm
Tinggi1415 mm
Berat kering1260 kg–1350 kg

Platform Lancer diubah sepenuhnya pada tahun 1996, termasuklah model Evolution, yang sudah mmenjadi sangat popular di serata dunia. Enjin serta kotak gear diubah kedudukannya sebanyak 180° untuk keseimbangan yang lebih baik serta menghapuskan belokan tork. Dua versi boleh didapati iaitu RS dan GSR. Versi RS dihasilkan sebagai kereta pertandingan dengan gear pembeza gelinciran terhad (LSD) hadapan serta LSD jenis geseran di bahagian belakang. Ia juga didatangkan dengan tempat duduk GLX serta rim keluli 16" memandangkan bahagian tersebut boleh ditukar oleh sesiapa sahaja yang menggunakan kereta ini untuk pertandingan. Model RS juga menggunakan pembuka tingkap jenis piuhan, tiada penyaman udara, serta beberapa bar dakapan tambahan untuk mengukuhkan kerangka, satu di belakang gril hadapan dan yang lain merentasi lantai but. Model RS juga mempunyai pilihan kilang bagi panel badan yang lebih nipis serta kaca yang lebih nipis. Kedua-dua GSR dan RS menggunakan pengecas turbo jenis tatal berkembar baru yang membantu meningkatkan kuasa kepada 280 PS (276 hp/206 kW) pada 6,500 rpm dan kilasan 352 N·m pada 3,000 rpm. Sistem Active Yaw Control (Kawalan Rewang Aktif) baru Mitsubishi tampil sebagai pilihan kilang pada model GSR, yang menggunakan stereng, masukan pendikit serta pengesan g untuk mengawal agihan tork secara berasingan ke roda belakang dengan kawalan sistem komputer dan hidraulik dan hasilnya, 10,000 buah Evolution IV yang dihasilkan habis dijual dengan cepat. Evolution IV boleh dikenali dengan dua lampu kabusnya yang besar di bampar hadapan (pilihan bagi versi RS), serta lampu belakang rekaan baru, yang menjadi rekaan piawai bagi Evolution VI, yang seterusnya menjadi satu lagi trademark bagi siri-siri Evolution yang seterusnya. Model generasi baru ini lebih berat sedikit daripada model Evo sebelumnya berikutan penambahan sistem teknologi—tetapi untuk mengimbanginya kereta ini menghasilkan lebih kuasa — berat bagi versi RS ialah 1260 kg manakala berat versi GSR ialah 1345 kg.

Evolution V sunting

Generasi kelima
 
PengeluaranJanuari 1998–Januari 1999
Stail badanSedan 4 pintu
PlatformCP9A
TransmisiManual 5 kelajuan
Tapak roda2510 mm
Panjang4350 mm
Lebar1770 mm
Tinggi1405–1415 mm
Berat kering1260–1360 kg

Pada tahun 1997, WRC mewujudkan kelas baru iaitu kelas Kereta Rali Dunia, dan sementara kereta-kereta ini masih tertakluk kepada piawaian Kumpulan A, kereta-kereta tersebut tidak perlu mematuhi peraturan penghomologan. Mitsubishi merekabentuk semula Evolution IV atas sebab ini dan memperkenalkannya sebagai Evolution V pada Januari 1998.

Perubahan yang dilakukan termasuklah:

  • Kemasan dalaman versi GSR dipertingkatkan dengan kerusi Recaro yang lebih baik.
  • Kit badan mempunyai lengkuk roda yang dibesarkan pada bahagian hadapan dan belakang serta spoiler aluminium belakang baru yang menggantikan jenis FRP pada Evo IV dan melaras semula sudutnya bagi mengubah daya ke bawahnya.
  • Diameter lubang silinder utama brek dibesarkan sebanyak 0.3 mm.
  • Enjin diperkuatkan di beberapa bahagian dan tempoh bukaan injap oleh sesondol dipanjangkan. Omboh yang digunakan adalah lebih ringan dengan ruang skirt yang lebih kecil. Pemancit 510 cc digantikan dengan pemancit 560 cc untuk kebolehpercayaan enjin yang lebih baik berikutan terdapat lebih "ruang kepala" elektrikal manakala ECU ditukar untuk menyertakan ingatan kilat.

Selain itu, pengecas turbo sekali lagi ditambah baik. Kilasan meningkat kepada 373 N·m pada 3000 rpm. Kuasa kuda kekal sama pada 280 PS (276 hp/206 kW seperti yang telah dipersetujui dalam perjanjian sesama pengeluar-pengeluar kereta Jepun agar semua kereta mempunyai kadaran kuasa tidak melebihi 276 hp (280 PS), tetapi ada yang mendakwa kuasa kuda sebenar bagi model ini lebih tinggi.

Evolution VI sunting

Generasi keenam
 
PengeluaranJanuari 1999–Mac 2001
Stail badanSedan 4 pintu
PlatformCP9A
TransmisiManual 5 kelajuan
Tapak roda2510 mm
Panjang4350 mm
Lebar1770 mm
Tinggi1405–1415 mm
Berat kering1250–1360 kg

Perubahan pada Evolution VI lebih tertumpu kepada sistem penyejukan serta ketahanan enjin. Ia memperoleh penyejuk perantara yang lebih besar, penyejuk minyak yang lebih besar, serta omboh baru, bersama-sama dengan roda turbin jenis titanium-aluminida bagi model RS, pertama kali digunakan pada kereta pengeluaran biasa. Juga, Evolution VI menerima badan baru lagi, dengan perubahan ketara pada bampar hadapan di mana lampu kabus dikecilkan dan diketepikan untuk aliran udara yang lebih baik. Satu model baru ditambah bersama-sama barisan GSR dan RS; dikenali sebagai RS2, ia merupakan model RS dengan beberapa pilihan daripada model GSR. Satu lagi edisi terhad RS dikenali sebagai RS Sprint, model RS yang ditala oleh Ralliart di UK untuk menajikannya lebih ringan dan lebih berkuasa dengan kuasa kuda setinggi 330 hp (246 kW).

Evolution VII sunting

Generasi ketujuh
 
PengeluaranMac 2001–Januari 2003
Stail badanSedan 4 pintu
PlatformCT9A
TransmisiManual 5 kelajuan
Automatik 5 kelajuan
Tapak roda2625 mm
Panjang4455 mm
Lebar1770 mm
Tinggi1450 mm
Berat kering1320–1400 kg

Pada tahun 2001, Mitsubishi terpaksa menyertai Kejuaraan Rali Dunia dengan menggunakan peraturan WRC kerana membina kereta yang tidak mematuhi peraturan Kumpulan A, maka ia tidak perlu mengikuti peraturan penghomologan. Evolution VII dibina berasaskan platform Lancer Cedia yang lebih besar, menyebabkan pertambahan berat berbanding Evolution VI, tetapi Mitsubishi melakukannya dengan beberapa pelarasan penting pada kerangka. Perubahan terbesar ialah tambahan gear pembeza tengah aktif dan gear pembeza gelinciran terhad yang lebih berkesan, sementara gear pembeza gelinciran terhad hadapan jenis helikal ditambah. Kilasan sekali lagi meningkat kepada 385 N·m dengan penalaan enjin yang memberikan aliran udara yang lebih baik, manakala kuasa kuda kekal pada 280 PS (276 hp/206 kW).

Pengenalan model Evolution VII juga menandakan penggunaan transmisi automatik buat pertama kalinya pada model-model Evo melalui varian GT-A. Mitsubishi mendakwa kotak gear automatik 5 kelajuan yang digunakan mempunyai ciri-ciri "logik kabur", yang bermaksud sistem transmisi boleh "mempelajari" corak pemanduan pengguna serta mengubah corak penukaran gear mengikut cara pemanduan. Kelajuan juga boleh dipilih secara manual melalui butang + dan - pada stereng (sepasang pada kedua-dua belah) atau melalui mod tiptronic pada tombol gear. Kuasa kuda merosot sedikit daripada versi manual iaitu 272 bhp. Kotak gear GT-A tidak digunakan pada Evolution VIII tetapi dipasang pada versi estet bagi Evolution IX Wagon.

Evolution VIII sunting

Generasi kelapan
 
PengeluaranJanuari 2003–Mac 2005
Stail badanSedan 4 pintu
PlatformCT9A
TransmisiManual 5 kelajuan
Manual 6 kelajuan
Tapak roda2625 mm
Panjang4490–4535 mm
Lebar1770 mm
Tinggi1450 mm
Berat kering1320–1410 kg

Evolution diubah lagi pada tahun 2003, kali ini menampilkan Super Active Yaw Control (Kawalan Rewang Lampau Aktif) untuk mengawal cengkaman serta kotak gear manual sama ada 5 atau 6 kelajuan bergantung kepada model. Ia boleh didapati dengan kuasa enjin 280 PS (276 hp/206 kW) dalam empat varian: model GSR piawai di Jepun, model RS dengan bumbung keluli, kotak gear 5 kelajuan, serta roda-roda piawai (tanpa komponen tambahan, seperti lampu peta dalaman, tetingkap kuasa dan radio), model SSL (dengan bumbung suria, subwoofer yang dipasang pada bahagian but, dan kerusi kemasan kulit), serta model MR, yang didatangkan dengan gear pembeza gelinciran terhad hadapan yang diubah semula, tombol gear aluminium MR, brek tangan dengan dendal jenis gentian karbon, rim 17 inci BBS, bumbung aluminium, serta transmisi manual 6 kelajuan. Evolution baru ini juga turut menggunakan lampu Altezza.

Lancer Evolution VIII adalah unik berbanding pendahulu dan penggantinya, memandangkan ia adalah satu-satunya model Evo yang menggunakan teras separa segitiga tengah yang sama seperti pada model Lancer, Adventure, Strada, Grandis, Montero dan Outlander.

Lancer Evolution VIII MR menggunakan penyerap hentak Bilstein untuk pengendalian yang lebih mantap. Panel bumbung aluminium serta pengurangan lain pada berat badan telah merendahkan pusat graviti bagi menghasilkan perwatakan olengan yang lebih semulajadi. Pembaharuan yang lebih lanjut juga dilakukan pada pacuan empat roda elektronik, kepada sistem cengkaman ACD 5 + Super AYC 6, dan kepada sistem Sports ABS. Lancer Evolution VIII yang ditunjukkan pada Pertunjukan Kereta Jepun 2003 mengambil penampilan MR yang biasanya dihadkan pada model berprestasi tinggi (pertama kali digunakan pada GTO). Bahagian lain pada MR termasuklah rim aloi BBS, penyerap hentak Bilstein seperti yang sudah diterangkan tadi, serta bumbung aluminium. Di United Kingdom, beberapa vairan khas Evolution telah dikeluarkan, termasuklah FQ300, FQ320, FQ340, dan FQ400. Masing-masing datang dengan kuasa kuda 305, 320, 340, dan 400 hp (227, 239, 254 dan 298 kW). Dikatakan 'FQ' merupakan kependekan kepada "Fucking Quick".[2][3]

Model FQ400, dijual melalui Ralliart UK, menghasilkan 302.13 kW (405.2 hp) daripada enjin 2.0 L 4G63, hasil daripada penalaan enjin yang agresif oleh firma-firma British iaitu Rampage Tuning, Owen Developments, dan Flow Race Engines. Pada 202.9 hp (151.3 kW) seliter, ia merupakan antara angka keluaran kuasa kuda tentu seliter yang tertinggi berbanding mana-mana enjin kereta jalanan yang lain. Dengan berat kering 1450 kg, pecutan 0-100 km/j dicapai dalam masa 3.5 saat, 0-160 km/j pula dalam masa 9.1 saat, pencapaian semasa ujian drag 400 m adalah dalam masa 11.9 saat pada kelajuan 195 km/j, serta kelajuan maksimum dicapai pada 283 km/j manakala harga jualan di UK adalah sejumlah £47,000.

Generasi kesembilan / Evolution IX
 
PengeluaranMac 2005–Oktober 2007
Stail badanSedan 4 pintu
PlatformCT9A
TransmisiManual 6 kelajuan
Tapak roda2625 mm
Panjang4490–4535 mm
Lebar1770 mm
Tinggi1400 mm
Berat kering1300-1440 kg

Mitsubishi memperkenalkan Lancer Evolution IX di Jepun pada 3 Mac 2005,[4] serta mempamerkan kereta tersebut di Pertunjukan mobil Geneva bagi pasaran Eropa pada hari yang sama.[5] Pasaran Amerika Utara menyaksikan model tersebut dipamerkan di Pertunjukan Mobil Antarabangsa New York pada bulan berikutnya.[6] Enjin 4G63 2.0 liter itu kini menggunakan teknologi pemasaan injap boleh laras MIVEC, meningkatkan keluaran kuasa kuda rasmi pada aci engkol pada 286 hp (213 kW) sementara kilasan pula ialah 392 N·m. Mitsubishi Lancer Evolution IX adalah model terakhir dalam keluarga Lancer Evolution yang menggunakan enjin 4G63 sebelum digantikan dengan enjin 4B11 pada Evolution X.

Evolution IX adalah model Evolution pertama dibawa masuk ke Malaysia melalui pengedar sah di Malaysia itu Mitsubishi Motors Malaysia. Sebelum ini, model-model Evolution yang lepas dibawa masuk melalui pengimport pihak ketiga. Spesifikasi model tersebut bagi pasaran Malaysia adalah sama seperti spesifikasi Jepun.

Mitsubishi juga membangunkan Evolution MIEV, berasaskan kerangka Evolutions IX tetapi dengan empat motor elektrik yang disambungkan pada roda sebagai ujian bagi barisan kereta elektrik akan datang MIEV (Kenderaan Elektrik Dalam Roda Mitsubishi). Motor-motor di dalam roda menggunakan pembinaan berongga seakan donat untuk menempatkan rotor di luar stator, tidak seperti motor elektrik lain di mana rotor berpusing di dalam stator. Hasilnya ialah motor yang lebih ringan yang membawa kepada beran tidak berspring yang lebih rendah berbanding sistem yang menggunakan motor elektrik yang dipasang pada roda. Setiap motor dalam roda menghasilkan keluaran kuasa kuda sebanyak 72 hp menghasilkan kuasa mobil gabungan 280 hp (203 kW), setara dengan model Lancer Evolution biasa yang menggunakan enjin petrol. Kecepatan nya menembus angka 267 km/h.Mobil tersebut mengambil bahagian dalam Perlombaan Rally EV Shikoku 2005

Evolution X sunting

Generasi kesepuluh
 
PengeluaranOktober 2007-2016
Stail badanSedan 4 pintu
PlatformCZ4A
TransmisiKotak gear klac berkembar 6 kelajuan
Transmisi manual 5 kelajuan
Tapak roda2650 mm
Panjang4495 mm
Lebar1810 mm
Tinggi1480 mm
Berat kering1420-1600 kg

Pada tahun 2005, Mitsubishi memperkenalkan satu versi konsep bagi model Evolution generasi seterusnya pada Pertunjukan kereta Tokyo ke-39, dinamakan sebagai Concept-X,[7] rekaan Omer Halilhodžić di pusat reka bentuk syarikat di Eropah.[8]

Mitsubishi turut mendedahkan kereta konsep kedua, Prototype-X, pada Pertunjukan Kereta Antarabangsa Amerika Utara 2007 (NAIAS).[9]

Model sedan Lancer Evolution X menampilkan enjin serba baru iaitu enjin aluminium 4B11T 2.0 L turbo, 4 sebaris. Kuasa dan tork adalah bergantung kepada pasaran tetapi kesemuanya menghasilkan sekurang-kurangnya 280 PS (276 hp, 206 kW) bagi spesifikasi Jepun; spesifikasi Malaysia pula menghasilkan 295 PS (217 kW) @ 6,500 rpm. Versi yang dijual di Malaysia menggunakan kotak gear klac berkembar 6 kelajuan serba baru bagi menggantikan transmisi manual 6 kelajuan pada Evolution IX.

Paskuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mula menggunakan kereta Evolution X bermula Disember 2008 bagi tujuan penguatkuasaan undang-undang yang lebih berkesan. Namun demikian, model yang digunakan oleh PDRM menggunakan transmisi manual 5 kelajuan.

Anugerah sunting

Model 2006 Mitsubishi Lancer Evolution telah memenangi anugerah kereta sedan sport agresif terbaik ConsumerSearch di dalam kategori Kereta Sport Sedan Terbaik pada Jun 2006.[10] Pada tahun-tahun 2004–2005 sahaja ia telah memenangi enam anugerah utama, diisytiharkan sebagai "Kereta Sport Sepanjang Tahun" di Scotland dan Perancis, "Kereta Sport Playboy 2004" di Poland, "Kereta Pengeluaran Terbaik Bawah 60,000" di Greece, "Kereta Kompak Sport Sepanjang Tahun" pada tahun 2004 dan 2005 (malajah Sport Compact Car) dan "2005 All-Star" (majalah Automobile) d Amerika Syarikat dan anugerah "Bang for Your Bucks" terbaik oleh malajah Motor di Australia.[11]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "2003 Mitsubishi Lancer Evolution", Michael Frank , Forbes
  2. ^ "EVO VII FQ-300", Graham Bell, Pistonheads, October 17 2002
  3. ^ "Mitsubishi Evo FQ-360", ShaunCurnow, Redline Magazine, July 19 2006
  4. ^ "Mitsubishi Motors launches Lancer Evolution IX hi-performance 4WD sports sedan", Mitsubishi Motors press release, March 2 2005
  5. ^ "Mitsubishi Lineup at 75th Geneva International Motor Show", Mitsubishi Motors press release, March 1 2005
  6. ^ "2005 New York Auto Show", Automobilemag.com
  7. ^ "Mitsubishi Motors Exhibits at 39th Tokyo Motor Show", Sidang akhbar Mitsubishi Motors, 28 September 2005
  8. ^ "Mitsubishi Concept-X Exterior Design Story", Mitsubishi Motors Technology Review 2006, no.18, pp.134–135
  9. ^ "2007 North American International Auto Show - Vehicle Introductions". NAIAS. 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-01-06. Dicapai pada 2007-01-10.
  10. ^ ConsumerSearch's Best Sports Sedans Reviews
  11. ^ Fact & Figures 2005, p.31, Mitsubishi Motors website

Pautan luar sunting