Mitt Romney

Ahli politik dan ahli perniagaan dari Amerika Syarikat

Willard Mitt Romney (lahir 12 Mac 1947) ialah ahli perniagaan dan ahli politik Amerika Syarikat yang kini berkhidmat sebagai senator junior A.S. dari negeri Utah sejak 3 Januari 2019. Beliau sebelum ini berkhidmat sebagai Gabenor Massachusetts ke-70 dari tahun 2003 hingga 2007. Beliau adalah calon Republikan untuk Presiden Amerika Syarikat pada tahun 2012.

Mitt Romney
Senator Amerika Syarikat
dari Utah
Memegang jawatan
3 Januari 2019
Berkhidmat dengan Mike Lee
Didahului olehOrrin Hatch
Gabenor Massachusetts ke-70
Dalam jawatan
2 Januari 2003 – 4 Januari 2007
Didahului olehPaul Cellucci
Jane Swift (Pemangku)
Digantikan olehDeval Patrick
Butiran peribadi
Lahir (1947-03-12) 12 Mac 1947 (umur 77)
Detroit, Michigan, A.S.
Parti politikRepublikan
PasanganAnn Romney
(1969–kini)
Anak-anak5 orang
Alma materUniversiti Stanford
Universiti Brigham Young
(Sarjana Muda Seni)
Universiti Harvard
(Doktor Juris/Sarjana Pentadbiran Perniagaan)
TandatanganTandatangan Mitt Romney
Laman web rasmiLaman web Senat

Kehidupan awal sunting

 
Romney pada tahun 1965

Romney dilahirkan di Detroit pada 12 Mac, 1947. Bapa beliau, George Romney, merupakan seorang eksekutif automotif dan Gabenor Michigan ke-43 serta ibu beliau, Lenore Romney, merupakan seorang pelakon dan ahli politik.[1] Sejak tahun 1966, Romney menghabiskan 30 bulan di Perancis sebagai seorang Mubaligh Mormon.

Kerjaya politik sunting

Gabenor Massachusetts sunting

 
Potret rasmi Romney sebagai Gabenor Massachusetts

Dilantik sebagai Gabenor Massachusetts pada tahun 2002, Romney membantu mengembangkan dan kemudian menandatangani undang-undang reformasi penjagaan kesihatan (dikenali dengan umum sebagai "Romneycare") yang memberikan akses insurans kesihatan hampir sejagat melalui subsidi di peringkat negeri dan mandat individu untuk membeli insurans.

Beliau juga mengetuai penghapusan defisit $1.2-1.5 billion melalui kombinasi pemotongan perbelanjaan, menaikkan yuran dan menutup celah cukai korporat. Beliau tidak bertanding untuk pemilihan semula pada tahun 2006, sebaliknya memfokuskan pada kempen untuk pencalonan Republikan untuk pilihan raya Presiden Amerika Syarikat 2007. Walaupun beliau memenangi beberapa peringkat utama dan kaukus, Romney akhirnya dikalahkan oleh Senator John McCain.

Kempen Presiden Amerika Syarikat 2012 sunting

Debat presiden yang pertama di TV sunting

Semasa debat di televisyen, Romney menuduh Presiden Barack Obama telah membawa Amerika Syarikat menjunam ke dalam krisis ekonomi yang paling dalam sejak tahun 1930-an. Beliau juga mencadangkan bahawa Presiden Barack Obama tidak memenuhi janji-janjinya semasa mandat sebelum presiden seperti meningkatkan purata pendapatan sebenar keluarga Amerika. Romney membuat peruntukan yang yang rakyat Amerika yang gembira semasa perbahasan yang membenarkan beliau untuk mendapatkan beberapa mata kaji selidik kebangsaan dan juga mengatasi Barack Obama dalam niat mengundi rakyat Amerika.

Cerita 47% sunting

Selepas debat yang pertama, sebuah laman internet bernama www.motherjones.com mendedahkan pada 17 September 2012, Isnin, video YouTube yang menunjukkan Romney sedang bercakap tentang beberapa rakyat Amerika Syarikat yang tinggal di perbelanjaan negeri ini.

Kesimpulan tentang pilihan raya Presiden Amerika Syarikat 2012 sunting

Pada malam 6 November 2012, Romney mengumumkan bahawa Barack Obama telah dipilih semula sebagai Presiden Amerika Syarikat dan Romney telah kehilangan peluang untuk menjadi presiden. Beliau telah menerima 206 undi berbanding 270 undi yang diperlukan untuk memenangi pilihan raya tersebut. Obama telah menerima 332 undi yang lebih daripada 270 undi yang diperlukan untuk memenangi.[2][3]

Senator Amerika Syarikat dari Utah (2019-kini) sunting

 
Romney mengangkat sumpah jawatan senator oleh naib presiden Mike Pence

Romney dipilih sebagai Senator A.S. dari Utah pada 6 November 2018, meraih peratusan undi 62.6% melawan 30.9% calon Demokrat Jenny Wilson. Sebanyak 6.5% undi lain diberikan kepada calon-calon dari parti Perlembagaan, Libertarian, dan Amerika Bebas.

Pada 13 Februari 2021, Romney mengundi untuk menyabitkan bekas presiden Donald Trump atas kesalahan mencetuskan pemberontakan di Kapitol A.S. pada 6 Januari 2021, beliau ialah salah seorang dari 7 senator Republikan yang mengundi Trump adalah bersalah.[4]

Pada 8 April 2022, Romney, bersama 2 senator Republikan yang lain bersama-sama dengan 50 senator Demokrat untuk mengesahkan pencalonan Hakim Ketanji Brown Jackson sebagai hakim bersekutu Mahkamah Agung Amerika Syarikat.[5]

Rujukan sunting

  1. ^ Page, Susan (February 20, 2012). "Home sweet home? Michigan primary a challenge for Romney". USA Today. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-01-13. Dicapai pada 2021-05-14.
  2. ^ http://www.bbc.co.uk/news/world-us-canada-20233064
  3. ^ http://www.huffingtonpost.com/2012/11/06/obama-elected-2012_n_2084515.html
  4. ^ https://www.npr.org/sections/trump-impeachment-trial-live-updates/2021/02/15/967878039/7-gop-senators-voted-to-convict-trump-only-1-faces-voters-next-year
  5. ^ "Ketanji Brown Jackson to become the first black woman to the Supreme Court of the United States". Malay Mail (dalam bahasa Inggeris). 8 April 2022. Dicapai pada 8 April 2022.

Pautan luar sunting