Mixue Ice Cream & Tea

Mixue Ice Cream & Tea (Bahasa Cina: 蜜雪冰城pinyin: Mìxuě Bīngchéng) ialah sebuah perusahaan francais yang menjual aiskrim secara utamanya, dan minuman teh asal Zhengzhou, Henan, China, dan didirikan pada Jun 1997.[1] Hingga 2021, sebanyak 21,581 gerai Mixue telah beroperasi di China, dan paling kurang 11 negara lain di Asia.[2] Perusahaan ini sepenuhnya dimiliki oleh Zhang bersaudara.

Mixue Ice Cream & Tea
Nama asli
Cina蜜雪冰城股份有限公司
TerjemahanMIXUEBINGCHENG Co., Ltd.
Jenis/bentuk sahPerniagaan, ice cream parlor chain, beverage shop Sunting ini di Wikidata
IndustriMakanan dan minuman
DitubuhkanRepublik Rakyat China Daerah Jinshui, Zhengzhou, Henan, Republik Rakyat China
(Jun 1997 (1997-06))
PengasasZhang Hongchao
Ibu pejabatJinshui District Sunting ini di Wikidata, China Sunting ini di Wikidata
Kawasan perkhidmatanRepublik Rakyat China, Indonesia, Jepun, Kemboja, Korea Selatan, Thailand, Laos, Filipina, Myanmar, Malaysia, Singapura, dan Vietnam
Tokoh penting
  • Zhang Hongchao (pengarah)
  • Zhang Hongfu (presiden)
KeluaranAis krim, teh susu mutiara, teh berperisa
Tapak webwww.mxbc.com
Instagram: mixueindonesia Musicbrainz: fa68cd26-619b-4b03-bf5b-803e7e7f1f34 Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sejarah sunting

Pada Jun 1997, Zhang Hongchao, seorang mahasiswa Universiti Kewangan dan Ekonomi Henan, bekerja separuh waktu di sebuah kiosk minuman dingin untuk meringankan beban kewangan keluarga. Pekerjaan tersebut menginsipirasi dirinya untuk membuka perniagaannya sendiri. Beliau meminjam wang dari neneknya untuk membuka gerai hidangan ABC di kampung halamannya di Zhengzhou, Henan. Di gerai tersebut, ia menjual beragam rasa ABC, aiskrim, smoothie, dan kemudian menjual teh susu mutiara. Perjuangan usahanya mengalami banyak masalah memutuskan untuk menutup kedai pertamanya. Pada 1999, beliau kembali membuka gerai keduanya yang diberi nama Mìxuě Bīngchéng (Cina: 蜜雪冰城) yang bermakna "istana ais yang dibangun dengan salji yang manis".[1]

Fokus perniagaan Mixue terhadap aiskrim berawal dari menjamurnya produk aiskrim kon di Zhengzhou sejak 2006. Harga aiskrim yang meningkat akibat popularitas aiskrim jenis ini membuat Zhang memformulasikan resep aiskrim yang dapat dijual dengan harga tak sampai 20% daripada produk serupa. Kejayaannya dalam menjual aiskrim membuat beliau memutuskan untuk memulai perniagaan jenis francais sejak 2008.[3][4] Sejak 2010-an, Mixue mulai berdiri sebagai perusahaan sendiri dengan mengembangkan francais ke wilayah lainnya di seluruh China. Mixue juga mengoperasikan pusat penelitian dan pengembangan di wilayah lainnya di Henan. Perusahaan ini juga membangun pusat pergudangan dan logistik sehingga dapat merendah kos jaringan penghasilan sebanyak mungkin.[5][6]

Pada 2022, Mixue Bingcheng Co., Ltd. berencana untuk memulai tawaran awam permulaan saham di Bursa Saham Shenzhen.[6]

Lokasi sunting

 
MIXUE di Kuala Lumpur

Setakat Mac 2022, kira-kira 21 ribu gerai Mixue telah beroperasi di sekurang-kurangnya 11 negara Asia.[2] Sebahagian besarnya berasal dari belasan ribu gerai yang telah beroperasi di China, ditambah dengan ribuan gerai lainnya yang dibuka sejak tahun 2020-an di beberapa negara Asia Tenggara.[7][8]

Mixue memulai perniagaan luar negara di Vietnam pada 2018, dengan gerai pertamanya terletak di ibu kota Hanoi.[9] Hingga 2022, kira-kira 350 gerai Mixue telah beroperasi di Vietnam.[10] Di Indonesia, Mixue melalui PT Zhisheng Pacific Trading mulai membuka gerai pertamanya di pusat perbelanjaan Cihampelas Walk pada Mac 2020[11][12] dan terus berekspansi melalui sistem francais di wilayah lainnya di Pulau Jawa, Sumatra, Kalimantan, Sulawesi, dan Nusa Tenggara hingga 2022.[13] Berdasarkan kiraan penganalisis Momentum Works Asia, paling kurang 317 gerai Mixue telah beroperasi di negara ini hingga Mac 2022.[2][14]

Mixue juga membuka puluhan gerai lain di negara Asia Tenggara lainnya seperti Malaysia, Singapura,[15] Thailand, Kemboja, Laos, dan Myanmar.[16] Pada akhir 2022, Mixue memulai perniagaan di Korea Selatan dan Jepun.[17][18]

Pemasaran sunting

 
Maskot Mixue, "Snow King"

Setelah melakukan penjenamaan semula pada 2018, Mixue memperkenalkan maskot bernama "Snow King" (Cina: 雪王) berupa orang salji bertakhta, jubah merah, dan tongkat ais krim.[9][19] Maskot ini menjadi perhiasan jenama di luar dan dalam setiap gerai Mixue. "Snow King" juga dijadikan cenderamata yang dijual di setiap gerai.[20]

Pada 2021, Mixue meluncurkan video musik lagu "I Love You, You Love Me" sebagai sebahagian kempen pemasaran Mixue. Lagu ini diadaptasi daripada lagu pertunjukan minstrel Amerika, "Oh! Susanna" karya Stephen Foster pada abad ke-19.[19][21]

Rujukan sunting

  1. ^ a b "蜜雪冰城门店规模破万,河南品牌走向全球_央广网". hn.cnr.cn. Dicapai pada 2022-12-29.
  2. ^ a b c Chao, Jerry (2022-09-26). "China's largest drinks franchise opened 7,643 new stores last year - TLD by MW". The Low Down - Momentum Works (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-12-29.
  3. ^ "Siapa Pendiri Mixue, Gerai Es Krim yang Ada di Tiap Pengkolan Jalan?". CNN Indonesia (dalam bahasa Indonesia). 2022-12-26. Dicapai pada 2022-12-29.
  4. ^ nekonoringo (2022-03-08). "The Chinese fresh ice cream & tea brand that exploded on the Internet with its theme song, Mixue Bingcheng". Panda!Yoo (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-12-29.
  5. ^ "蜜雪冰城:"贫民窟"里的奶茶巨头 | 南方周末". www.infzm.com. Dicapai pada 2022-12-29.
  6. ^ a b "$1 bubble teas fuel Chinese drink chain Mixue's rise to the top". Nikkei Asia (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-12-29. Unknown parameter |subscription= ignored (bantuan)
  7. ^ "Bubble Tea Archives". The Low Down - Momentum Works (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-12-29.
  8. ^ "Mixue Memiliki Jejaring Boba Terbanyak di Asia Tenggara | Databoks". databoks.katadata.co.id (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-12-29.
  9. ^ a b 红星新闻 (2021-10-13). "蜜雪冰城,失去"雪王"?". finance.sina.com.cn. Dicapai pada 2022-12-29.
  10. ^ "Cơn sốt trà sữa Mixue tại Việt Nam". ZingNews.vn (dalam bahasa Vietnam). 2022-10-23. Dicapai pada 2022-12-29.
  11. ^ "Kiriman Mixue Indonesia di Facebook". Facebook. Dicapai pada 2022-12-29.
  12. ^ "蜜雪冰城即将登陆日本 韩国首店也已正式开业 - 电商报". www.dsb.cn (dalam bahasa Cina). Dicapai pada 2022-12-29.
  13. ^ "Cara Daftar Franchise Mixue Ice Cream yang Lagi Viral". fortuneidn.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2022-12-29.
  14. ^ R, Andi Annisa Dwi. "Laris Manis! Mixue Punya 21.000 Gerai di China hingga Ekspansi ke Indonesia". detikfood (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2022-12-29. Untuk di Indonesia sendiri, gerai Mixue pertama kali masuk pada 2020 di Cihampelas Walk, Bandung. Saat ini gerainya diperkirakan mencapai lebih dari 300.
  15. ^ "Famous Chinese Soft-Serve Chain Mixue, Opens Their First S'pore Outlet In Clementi With $1 Soft-Serve Cones!". Singapore Foodie (dalam bahasa Inggeris). 2022-03-07. Dicapai pada 2022-12-29.
  16. ^ Pandaily (2022-11-16). "Chinese Tea Brands Including Mixue and HeyTea Eye Southeast Asia". Pandaily (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-12-29. Unknown parameter |subscription= ignored (bantuan)
  17. ^ "小红书". www.xiaohongshu.com. Dicapai pada 2022-12-29.
  18. ^ Pandaily (2022-12-05). "Chinese Tea Chain Mixue Enters South Korea and Japan". Pandaily (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-12-29.
  19. ^ a b Liputan6.com (2022-12-28). "Simak Fakta tentang Logo Mixue, Sang Malaikat Pencari Ruko Kosong". liputan6.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2022-12-29.
  20. ^ Aswar, Muhammad. "Berapa Harga Botol Tumbler Mixue yang Asli, Jenis dan Beli di Mana Tumblr Mixue yang Lucu? - Media Pemalang - Halaman all". pemalang.pikiran-rakyat.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2022-12-29.
  21. ^ 新浪科技 (2021-06-17). "蜜雪冰城神曲歌词"你爱我我爱你 蜜雪冰城甜蜜蜜"被申请注册商标". finance.sina.com.cn. Dicapai pada 2022-12-29.

Pautan luar sunting