Profesor Datuk Dr Mizan Hitam kini merupakan Profesor di Universiti Teknologi MARA Kampus Shah Alam. Sebelum itu beliau merupakan Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) Universiti Islam Antarabangsa (UiAM). Dilahirkan pada (1965-04-12) 12 April 1965 (umur 59) di Kampung Padang Temu, Melaka. Beliau merupakan pemegang PhD dari Universiti Newcastle Upon Tyne, United Kingdom, dan Sarjana Perancangan Banda dan Wilayah, di Universiti Ohio State, Columbus, U.S.A. Beliau memulakan perkhidmatan di UiTM sebagai Pensyarah di Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah, Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur, Universiti Teknologi MARA (UiTM), bermula Januari 2000. Beliau mempunyai pengalaman menjawat jawatan pentadbiran sebagai Koordinator Institut Pengajian Siswazah dari (Mei 2002 hingga Disember 2004) dan Universiti Teknologi MARA Melaka bermula (Februari 2005 hingga September 2012) dan kemudiannya dilantik sebagai Timbalan Rektor Bahagian Hal Ehwal Pelajar di Universiti Islam Antarabangsa. Beliau terpilih sebagai Tokoh Maal Hijrah peringkat negeri Melaka 1433 bagi kategori perkhidmatan awam. [1]

Rujukan sunting