Mobile Suit Gundam Seed
Mobile Suit Gundam Seed ataupun sebagai Mobile Suit Gundam SEED ( Bahasa Jepun : 機動戦士ガンダムシード ; dibaca : Kidou Senshi Gandamu Shiido ; singkatan : "Gundam Seed" ataupun "Gundam SEED" ) adalah sebuah anime dari tahun 2002 yang bersetting di sebuah dunia rekaan pada era kalendar "Cosmic Era".
Mobile Suit Gundam Seed | |
機動戦士ガンダムシード (Kidou Senshi Gandamu Shiido) | |
---|---|
Genre | Cereka sains, Cinta, Drama, Peperangan, Politik |
Siri televisyen anime | |
Mobile Suit Gundam Seed [1] 機動戦士ガンダムSEED [2] | |
Pengarah | Fukuda Mitsuo |
Skrip/Penulis | Morosawa Chiaki |
Lagu/Muzik | Sahashi Toshihiko |
Studio | Sunrise |
Penyiaran Asal | Mainichi Broadcasting System Tokyo Broadcasting System |
Penyiaran Lain |
|
Tarikh tayangan | 05 Oktober 2002 – 27 September 2003 |
Episod | 50 |
Video animasi original | |
After Phase : Between The Stars [3] AFTER-PHASE「星のはざまで」 | |
Pengarah | Fukuda Mitsuo |
Skrip/Penulis | Morosawa Chiaki |
Lagu/Muzik | Sahashi Toshihiko |
Studio | Sunrise |
Dikeluarkan pada | 26 Mac 2004 |
Jangka masa tayangan | 05 minit |
DVD animasi original | |
Mobile Suit Gundam Seed Special Edition [4] 機動戦士ガンダムSEED スペシャルエディション | |
Pengarah | Fukuda Mitsuo |
Skrip/Penulis | Morosawa Chiaki |
Lagu/Muzik | Sahashi Toshihiko |
Studio | Sunrise |
Dikeluarkan pada | 27 Ogos 2004 – 22 Oktober 2004 |
Jangka masa tayangan | 100 minit |
Episod | 03 |
Siri televisyen anime | |
Mobile Suit Gundam Seed HD Remaster [5] 機動戦士ガンダムSEED HDリマスター [6] | |
Pengarah | Fukuda Mitsuo |
Skrip/Penulis | Morosawa Chiaki |
Lagu/Muzik | Sahashi Toshihiko |
Studio | Sunrise |
Penyiaran Asal | Bs11 Gundaminfo |
Penyiaran Lain | Sun TV TV Aichi [7] |
Tarikh tayangan | 22 Disember 2011[8] – 15 November 2012[9] |
Episod | 48 |
Siri filem anime | |
Special Edition HD Remaster [10] スペシャルエディション HDリマスター | |
Pengarah | Fukuda Mitsuo |
Skrip/Penulis | Morosawa Chiaki |
Lagu/Muzik | Sahashi Toshihiko |
Studio | Sunrise |
Dikeluarkan pada | 22 Disember 2023 |
Jangka masa tayangan | 100 minit |
Filem | 03 |
Permainan | |
Mobile Suit Gundam Seed Never Ending Tomorrow 機動戦士ガンダムSEED 終わらない明日へ [11] | |
Pengeluar | Bandai Namco Entertainment Incorporated |
Genre | Permainan video bertembak |
Pelantar | PlayStation 2 |
Tarikh dikeluarkan | 07 Oktober 2004 |
Siri novel | |
Mobile Suit Gundam Seed [12] 機動戦士ガンダムSEED | |
Pengarang | 後藤 リウ Gotou Riu |
Ilustrasi | 小笠原 智史 Ogasawara Tomofumi |
Penerbit | Kadokawa Shoten |
Pencetakan | Sneaker Bunko |
Tarikh Pengeluaran | 28 Mac 2003 – 30 Januari 2004 |
Jilid | 05 |
Manga | |
Mobile Suit Gundam Seed Re: [13] 機動戦士ガンダムSEED Re: | |
Pengarang | 両澤千晶 Morosawa Chiaki |
Ilustrasi | 石口十 Ishiguchi Juu |
Penerbit | Kadokawa Shoten |
Demografik | Shounen |
Majalah Asal | Gundam Ace |
Tarikh Pengeluaran | 26 September 2012 – 10 Mac 2014 |
Jilid | 03+01 |
Anime Cosmic Era | |
|
Anime ini dibuat oleh Sunrise dan ditayangkan di Jepun oleh MBS dan TBS pada hari Sabtu, jam 18:00 petang, dari 05 Oktober 2002 hingga 27 September 2003.
Di Malaysia, ia ditayangkan oleh TV2 pada hari Sabtu dan Ahad, jam 09:30 pagi, dari tahun 2004 hingga tahun 2005.
Cerita
suntingDunia
suntingPada akhir era kalendar Anno Domini, seluruh dunia telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan kerana kesan geopolitik dan kehabisan sumber petroleum. Era kalendar ini berakhir dengan Perang Dunia Ketiga yang telah menhancurkan seluruh dunia dan menamatkan era kalendar ini selepas United Nations (singkatan : UN ; Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) gagal untuk menghentikannya.
Pada permulaan era kalendar Cosmic Era (singkatan : CE ), semua negara yang masih wujud telah digabung, dipecah dan/atau direka semula, manusia yang masih hidup berusaha untuk membina kehidupan mereka semula dengan kegunaan loji kuasa pembelahan nuklear sebagai sumber tenaga utama mereka.
Pada Cosmic Era tahun ke 70, atas kesan kemajuan bioteknologi, kaum manusia telah dibahagikan kepada dua kumpulan.
Kumpulan pertama ialah Natural, manusia yang dilahir dengan cara biasa dan semula jadi, majoriti dari meraka bertinggal di atas muka Planet Bumi.
Kumpulan kedua ialah Coordinator, manusia yang dilahir melalui proses kejuruteraan genetik untuk menghapuskan penyakit genetik, mereka mempunyai minda yang lebih bijak dengan otak, sistem imun dan tubuh badan yang lebih kuat berbanding dengan seorang Natural.
Generasi Coordinator pertama merupakan anak-anak kepada orang Natural yang kaya, kerana kos bayaran yang tinggi untuk mendapatkan seorang Coordinator sebagai anak sendiri. Kesan keupayaan dan kejayaan daripada orang Coordinator juga menyebabkan perasaan yang negatif di hati ramai orang Natural yang lain terhadap mereka.
Sejarah
suntingGeorge Glenn ialah manusia pertama yang diketahui oleh dunia untuk berjaya dilahirkan melaui proses kejuruteraan genetik. Sebelum dia dilahirkan, proses ini telah dijalankan dalam zigotnya untuk menghapuskan penyakit genetik yang diwarisi daripada ibu bapanya. Sebagai seorang remaja, George Glenn sudah menjadi seorang ahli sains yang terhebat dan juara sukan yang terkenal, dia mengunakan kemahirannya untuk menyokong keamanan dunia dan dianggap oleh orang ramai sebagai seorang genius.
Sebelum dia menjelajah ke angkasa lepas dalam kapal angkasa yang direka olehnya, dia telah menjelaskan kelahiran dia kepada seluruh dunia dan keinginannya untuk menjadi jambatan antara Bumi dan alam semesta, sebagai seorang "Coordinator", seorang penyelaras yang ingin memajukan masa hadapan tamadun manusia kepada arah era antara kosmos.
Dalam erti kata lain, sesiapa yang ingin menyesuaikan kemajuan masa depan manusia ialah seorang Coordinator, tidak kira cara kelahiran mereka, tetapi pendapat ini tidak diterima oleh kedua-dua pihak : orang Coordinator seperti Patrick Zala menanggap mereka sebagai "manusia baru" dan orang Natural sebagai binatang liar, ganas, tiada fikiran rasional yang patut menjadi pupus ; orang Natural daripada parti politik Blue Cosmos yang menanggap kewujudan orang Coordinator sebagai satu kesalahan yang mesti ditamatkan.
Walaupun bentuk fizikal dan keupayaan mental kepada seseorang Coordinator boleh direka bentuk dengan kejuruteraan genetik sebelum mereka dilahirkan, tetapi ia bukan satu proses yang sempurna, terdapat kejadian anak Coordinator tidak dilahirkan seperti yang direkakan oleh ibu bapa mereka kerana susulan DNA yang "tidak betul".
Kemahiran daripada Coordinator sebagai ibu bapa (generasi pertama) akan diwarisi oleh anak mereka (generasi kedua) secara semula jadi, tetapi jika pasangan kepada anak mereka juga seorang Coordinator, ada kemungkinan yang besar anak kepada anak mereka (generasi ketiga) akan mengilang kemampuan untuk beranak.
Atas sebab tersebut, sebuah projek untuk menghasilkan "Coordinator yang sempurna" telah dijalankan di Genetic Advanced Reproductive Medical Research & Development (singkatan : GARM R&D ; sebuah syarikat berkembang maju penyelidikan genetik) di atas Koloni Angkasa Mendel oleh Doktor Ulen Hibiki bersama dengan isterinya Doktor Via Hibiki yang berasal daripada Kerajaan Bersatu Orb (Bahasa Jepun : オーブ連合首長国 ; dibaca : Oobu Rengou Syucyou Koku ; Bahasa Inggeris : Orb United Emirates ; gelaran : Orb Union ; singkatan : Orb).
Tetapi selepas dipengaruhi oleh seorang diplomat kaya yang ingin mendapat nyawa abadi melalui klon sendiri, matlamat projek itu kemudian diubah oleh Ulen Hibiki untuk menjadikan salah satu anak sendiri sebagai bahan ulang kaji dalam rahim buatannya untuk menghasilkan seorang Coordinator sempurna yang mempunyai kebolehan yang lebih hebat daripada seorang Coordinator biasa dan menjadi seorang Super Coordinator yang digelar sebagai Ultimate Coordinator, ia sesuatu yang tidak disetujui oleh Via Hibiki.
Pada akhirnya, hanya seorang Ultimate Coordinator yang sempurna berjaya dilahirkan sebelum semua ahli GARM R&D, termasuk keluarga Hibiki dan ramai orang lain dibunuh dalam serangan senjata biologi oleh sekumpulan pengasas di atas Koloni Angkasa Mendel.
Majoriti Coordinator bertinggal di 12 kumpulan koloni angkasa yang bernama Productive Location Ally on Nexus Technology, setiap kumpulan koloni angkasa dipanggil sebagai "bandar", 1 bandar mempunyai 10 koloni angkasa yang dinamakan dengan nombor. Mereka kemudiannya akan mengisytiharkan dirinya sebagai sebuah negara yang merdeka dengan menggunakan nama People Liberation Acting Nation of Technology, ataupun sebagai "PLANT".
Prolog
suntingPada 11 Februari 70 CE, Persekutuan Bumi ( Bahasa Jepun : 地球連合 ; dibaca : Tikyuurengou ; Bahasa Inggeris : Earth Alliance ) ialah sebuah pertubuhan antarabangsa yang baru ditubuh untuk menggantikan UN, ia telah mengisytiharkan mereka sebagai musuh dan mengisytiharkan perang terhadap mereka yang menyebabkan permulaan Perang OMNI PLANT Pertama.
Pada 14 Februari 70 CE, Oppose Militancy Neutralize Invasion (singkatan : OMNI ; juga dikenali sebagai "Tentera Bumi" ; angkatan tentera Persekutuan Bumi ; ahli dan organisasi dalamnya dikenali sebagai Oppose Militancy Neutralize Invasion Enforcer ataupun "OMNI Enforcer") telah melancarkan serangan peluru berpandu senjata nuklear atas cadangan Penasihat Pertahanan Persekutuan Bumi dan Pengerusi Blue Cosmos daripada Atlantic Federation (salah satu negara dalam Persekutuan Bumi) - Muruta Azrael.
Serangan tersebut telah menghancurkan sebuah koloni angkasa pertanian bernama Junius Seven dalam kumpulan Bandar Junius daripada negara PLANT dan telah membunuh semua 243,721 orang yang berada di sekelilingnya. Kejadian tragedi ini dikenali sebagai Peristiwa Bloody Valentine.
Pada 01 April 70 CE, sebagai balasan, Zodiac Alliance of Freedom Treaty (singkatan : ZAFT ; angkatan tentera PLANT) telah melancarkan "Neutron Jammer" ke merata-rata tempat terutamanya kepada Planet Bumi, benda ini boleh menghentikan semua pembelahan nuklear dan berhentikan semua tenaga nuklear termasuk senjata nuklear dan loji kuasa nuklear. Penggunaan Neutron Jammer di Bumi telah menyebabkan krisis tenaga, menjatuhkan ekonomi antarabangsa dan telah menjadikan dunia politik antara banyak negara di Bumi menjadi huru-hara. Kejadian ini dikenali sebagai "April's Fool Crisis".
Ramai yang menganggap bahawa dengan orang askar yang banyak, OMNI akan memenangi peperangan ini dengan mudah, tetapi penilaian awal ini terbukti salah. Hampir 11 bulan telah berlalu sejak peperangan ini bermula dan tidak ada petunjuk bahawa perang ini akan tamat tidak lama lagi.
Plot
suntingPada 25 Januari 71 CE, atas arahan daripada Menteri Pertahanan Patrick Zala yang ingin memajukan kerjaya politik dirinya, selepas dapat maklumatnya daripada pengintip dari tempat sasarannya, Pasukan Creuset daripada pasukan bersenjata ZAFT yang diketuai oleh Komander Rau Le Creuset telah bermulakan operasinya untuk menceroboh masuk ke dalam sebuah koloni angkasa pelombongan bernama Heliopolis yang dimiliki Kerajaan Bersatu Orb, ia sebuah negara neutral dalam peperangan antara OMNI dan PLANT ini.
Cagalli Yula Athha, seorang puteri daripada Kerajaan Bersatu Orb dan anak perempuan kepada Uzumi Nara Atha, dia Ketua Kerajaan Bersatu Orb dan Ketua Keluarga Atha (ia keluarga utama dalam 5 Keluarga Diraja Orb), telah datang ke Heliopolis dengan menyamarkan dirinya sebagai seorang rakyat biasa untuk menyiasat sebuah khabar angin mengenai syarikat Morganraete Incorporated telah membina 5 buah prototaip mobile suit, sejenis kenderaan tentera yang dikembangkan untuk OMNI tanpa ketahuan dan keizinan daripada Kerajaan Bersatu Orb.
Morganraete Incorporated merupakan sebuah syarikat perindustrian berat dan berfungsi sebagai kontraktor pertahanan kepada Tentera Pertahanan Kebangsaan Orb (オーブ国防軍 ; juga dikenali sebagai "Tentera Orb" ; angkatan tentera rasmi kepada Kerajaan Bersatu Orb). Ia mempunyai sebuah kilang di Heliopolis yang mampu menghasilkan kelengkapan berat, peralatan berat dan juga mesin ketenteraan seperti kenderaan tempur berperisai dan pesawat tentera.
Kenderaan ataupun mesin dan robot gergasi yang berbentuk humanoid dipanggil "mobile suit", tujuan kerja sama antara Morganraete Incorporated dengan OMNI projek ini ialah menghasilkan mobile suit sebagai kenderaan tentera dan mesin senjata, nama projek ini ialah "Senjata G", pihak sebenar yang bekerja sama dengan syarikat Morganraete ialah Atlantic Federation, ia dijalankan tanpa ketahuan ahli OMNI yang selainnya.
Kenderaan tentera yang dapat dibina untuk Atlantic Federation dalam projek Senjata G ini ialah GAT-X102 Duel Gundam, GAT-X103 Buster Gundam, GAT-X105 Strike Gundam, GAT-X207 Blitz Gundam dan GAT-X303 Aegis Gundam. Semua mobile suit tersebut mengunakan sistem pengendalian bernama "General Unilateral Neuro-link Dispersive Autonomic Maneuver Synthesis System", ia disingkat menjadi "Gundam" oleh Kira Yamato, seorang penduduk Heliopolis, rakyat biasa dalam Kerajaan Bersatu Orb, Coordinator generasi pertama dan watak utama dalam siri anime ini.
Selepas Pasukan Creuset yang terdiri daripada Athrun Zala, Dearka Elsman, Nicole Amalfi dan Yzak Joule berjaya mencurikan 4 daripada 5 prototaip tersebut, Kira Yamato yang menyaksikan OMNI Enforcer beroperasi secara rahsia di atas koloni angkasa kepunyaan Kerajaan Bersatu Orb, dia telah diarahkan oleh seorang kapten bernama Murrue Ramius yang berasal dari Atlantic Federation dalam Sector 02 daripada Tentera Angkasa Atlantic Federation Kumpulan ke-08 yang menjadi OMNI Enforcer Kumpulan ke-05 untuk memandu GAT-X105 Strike Gundam yang tertinggal oleh ZAFT di situ.
Walaupun dia tidak suka menggunakan keganasan, dia sudi menjadi seorang "pemandu bidan" untuk OMNI demi untuk melindungi kawan-kawannya seperti Flay Allster, Kuzzey Buskirk, Miriallia Haw, Sai Argyle dan Tolle Koenig dan penduduk-penduduk Heliopolis yang terselamat di atas kapal tempur LCAM-01XA Archangel selepas Heliopolis telah dihancurkan oleh pasukan ZAFT itu.
Kira Yamato bersama dengan Komander Mu La Flaga (anak kepada Al Da Flaga, seorang ahli diplomat Atlantic Federation yang terkorban bersama isterinya dalam kebakaran rumah yang dimulakan oleh seorang budak yang serupa dengannya semasa Mu masih kecil) yang berasal daripada OMNI Enforcer Kumpulan ke-07 sebagai tok gurunya dan disertai oleh anggota OMNI Enforcer Kumpulan ke-05 termasuk Leftenan Madya Natarle Badgiruel dan kakitangan LCAM-01XA Archangel, mereka berjuang unuk bertahankan kapal tersebut dalam perjalanan mereka ke Bumi.
Di Titik Lagrange 5, Lacus Cylne, seorang penyanyi dan anak perempuan kepada Siegel Clyne sedang membuat sedia untuk Majis Memperingati untuk mengenangkan Peristiwa Bloody Valentine dekat puing koloni angkasa Junius Seven. Siegel Clyne ialah Pengerusi Majlis Tertinggi PLANT yang pertama, nama singkatan kepada jawatan ini ialah "Pengerusi PLANT" dan ia berfungsi sebagai ketua negara kepada PLANT ; dia juga terlibat dalam pembangunan PLANT dan pemimpin kepada parti politik yang dikenali sebagai "Faksi Clyne".
Di Afrika Utara yang baru menjadi negara bersekutu dengan PLANT, Pegawai Memerintah Andrew Waltfeld dan dikenali sebagai "Desert Tiger" dengan pasukannya, termasuk kekasihnya Aisha seorang pemandu kenderaan tentera TMF/A-803 LaGOWE yang berbentuk kuadruped dan Pegawai Eksekutif Martin DaCosta telah ditugas untuk menghapuskan orang tempatan dan kumpulan pengganas yang menentang kedatangan orang ZAFT.
Tanpa mereka sedari, terdapat kisah disebalik peperangan ini akan menjerumuskan mereka semua ke dalam satu mimpi buruk yang sangat dahsyat.
Lagu
suntingPembuka
sunting- T.M.Revolution : "Invoke"
- Vivan or Kazuma : "Moment"
- Tamaki Nami : "Believe"
- Tamaki Nami : "Realize"
Menyisip
sunting- Lacus Clyne (cv: Tanaka Rie) : "Shizukana Yoruni (静かな夜に)"
- Lacus Clyne (cv: Tanaka Rie) : "Mizu No Akashi (水の証)"
- T.M.Revolution : "Meteor"
- FictionJunction : "Akatsuki No Kuruma (暁の車)"
Penutup
sunting- See-Saw : "Annani Issho Datta No Ni (あんなに一緒だったのに)"
- Ishii Tatsuya : "River"
- FictionJunction : "Distance" (HD Remaster ; menggantikan "River")
- Nakashima Mika : "Find The Way"
Keluaran
suntingTv Asal
suntingVersi Tv yang asal ini ada jumlah 50 episod, anime ini diarahkan oleh Fukuda Mitsuo, disertai oleh isterinya dan juga pencipta Cosmic Era, iaitu Morosawa Chiaki sebagai penulis utama dengan Sahashi Toshihiko sebagai ketua muzik dan Inomata Mutsumi sebagai pembantu pereka bentuk.[2]
Anime ini ditayangkan di Jepun oleh MBS dan TBS pada hari Sabtu, jam 18:00 petang, dari 05 Oktober 2002 hingga 27 September 2003. DVD untuk versi ini telah dikeluarkan dalam Bahasa Jepun pada 26 Mac 2004.[3]
Di Malaysia, ia dipersembahkan oleh Apollo untuk ditayangkan oleh TV2 dalam Bahasa Melayu, pada hari Sabtu dan Ahad, jam 09:30 pagi, dari tahun 2004 hingga tahun 2005.
Di Singapura, ia ditayangkan oleh MediaCorp Central dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Jepun, pada hari Sabtu, jam 11:00 pagi, dari tahun 2004 hingga tahun 2005. Suara Bahasa Inggeris tersebut dibuat oleh syarikat alih suara The Ocean Group.[1]
Epilog
suntingSebuah epilog OVA untuk anime ini bernama After Phase : Between The Stars (星のはざまで Hoshi No Hazamade) telah dikeluar bersama dalam DVD Tv Asal pada 26 Mac 2004.[3]
Special Edition
suntingMobile Suit Gundam Seed Special Edition yang diedarkan oleh Bandai Entertainment telah dikeluarkan dalam bentuk DVD dari 27 Ogos 2004 hingga 22 Oktober 2004.[4]
Versi ini menggunakan Tv Asal sebagai asasnya dan "memotong" nisbah aspeknya daripada 4:3 ke 16:9. Ia mempunyai 3 episod yang telah "dikecilkan" daripada versi Tv yang asal dengan beberapa perubahan kepada jalan cerita, pertempuran yang dipendekkan serta sebuah epilog dari ova yang sebelumnya.
HD Remaster
suntingMobile Suit Gundam Seed HD Remaster telah dikeluarkan pada tahun 2011 untuk mengenangkan ulang tahun ke-10 kepada anime ini pada tahun 2002, HD Remaster ini mempunyai 48 episod dalam 2 corak yang berbeza.[6]
Dalam HD Remaster ini, episod 14 dan episod 15 yang asal telah digabungkan menjadi episod 14 yang baru. Episod 26 yang asal telah dibuangkan dan terus digantikan oleh episod 27 yang lama dan menjadi episod 25 yang baru.[7]
Corak pertama
suntingCorak pertama ialah versi yang telah dibuat untuk tujuan siaran, ia ditayangkan di Jepun oleh Bs11, Tokyo MX dan di YouTube oleh Gundaminfo untuk negara ASEAN dari 22 Disember 2011[8] hingga 15 November 2012.[9] Pada 11 Ogos 2017, Sunrise telah menyatakan corak yang ini akan ditayangkan oleh perkidmatan penstriman video atas permintaan seperti Funimation, Crunchyroll dan sebagainya, ia juga mempunyai isi suara Bahasa Inggeris yang baru dibuat oleh NYAV Post LA・NY.[14]
Corak pertama ini menggunakan Tv Asal sebagai asasnya dan "memotong" nisbah aspeknya daripada 4:3 ke 16:9, ia menggunakan jalan cerita daripada Special Edition dengan imej dan muzik barunya.
Corak kedua
suntingCorak kedua dibuat khas untuk dijual dalam bentuk cakera Blu-ray, ia mengunakan imej yang baru dibuat dan mempunyai jalan cerita yang berbeza daripada corak pertama. Corak kedua ini telah dikeluar dalam berapa versi dengan isi kandungan yang amat berbeza :[15]
Versi pertama bertajuk Mobile Suit Gundam Seed HD Remaster Blu-ray BOX telah dikeluarkan dari 03 Mac 2012 hingga 21 December 2012 dalam Bahasa Jepun dengan serikata Bahasa Inggeris. Ia terdapat dalam 2 edisi - edisi biasa dan edisi terhad, dibelah menjadi 4 bahagian, 3 cereka Blu-ray sebahagian dan 1 buku dengan 12 muka surat (52 muka surat untuk edisi terhad kepada versi ini) sebahagian, diedarkan oleh Bandai Visual [16] [17]
Versi kedua bertajuk Mobile Suit Gundam Seed Collector's Ultra Edition Blu-ray yang telah dikeluarkan pada 01 December 2020 mempunyai 2 suara pilihan - Bahasa Jepun dan Bahasa Inggeris, bersama dengan versi Tv Asal, Epilog dan Special Edition dalam bentuk 13 keping cakera Blu-ray dalam 3 kota cakera dalam 1 kota besar dengan 1 buku dengan 118 muka surat dan 1 helai poster dengan 2 muka, diedarkan oleh Nozomi Entertainment dari Right Stuf.[18]
Versi ketiga bertajuk Mobile Suit Gundam Seed HD Remaster Complete Blu-ray BOX telah dikeluarkan pada 29 Mac 2022 dalam Bahasa Jepun dengan serikata Bahasa Inggeris dalam bentuk 12 keping cakera Blu-ray dalam 2 kota cakera dalam 1 kota besar dengan 3 buku dengan muka surat sebanyak 204, 60 dan 36, 1 kumpulan poskad, diedarkan oleh Bandai Namco Flim.[19]
Special Edition HD Remaster
suntingMobile Suit Gundam Seed Special Edition HD Remaster telah dikeluarkan dalam bentuk Cakera Blu-ray pada 22 Disember 2023. Ia sama seperti Special Edition, cuma mengunakan image daripada HD Remaster sahaja dan ia diedarkan oleh Bandai Namco Filmworks.[10]
Penghargaan
suntingPada 03 Mei 2021, satu patung ZGMF-X10A Freedom Gundam dengan ketinggian 18 meter berada di hadapan papan tanda besar "Kerja Pertahanan Awam" yang terletak di Mitsui Shopping Park LaLaport Shanghai Jinqiao, Jinqiao, Pudong, Shanghai, Republik Rakyat China. [20] [21]
Rujukan
sunting- ^ a b Mobile Suit Gundam Seed (TV) dari Anime News Network pada 25 Jun 2013
- ^ a b (Bahasa Jepun) Story & Staff di laman web rasmi pada 10 April 2020
- ^ a b c DVD 機動戦士ガンダムSEED 13<最終巻> dari Bandai Namco Arts pada 06 Oktober 2022
- ^ a b Mobile Suit Gundam Seed Special Edition dari Anime News Network pada 24 April 2013
- ^ Mobile Suit Gundam Seed HD Remaster dari Anime News Network pada 04 November 2011
- ^ a b (Bahasa Jepun) senarai episod "HD Remaster" di laman web rasmi pada 06 Oktober 2022
- ^ a b 機動戦士ガンダムSEED HDリマスター di テレビ愛知
- ^ a b (Bahasa Inggeris) Phase 01 di Gundaminfo
- ^ a b (Bahasa Inggeris) Phase 48 + "After Phase : Between The Stars" di Gundaminfo
- ^ a b 「機動戦士ガンダムSEED スペシャルエディション HDリマスター Blu-ray」 di laman web rasmi
- ^ 機動戦士ガンダムSEED 終わらない明日へ di PlayStation pada 13 September 2021
- ^ 機動戦士ガンダムSEED dari Sneaker Bunko di Kadokawa Corporation
- ^ 機動戦士ガンダムSEED Re: di Gundam Ace
- ^ News : Sunrise to Release Gundam Seed, Gundam Seed Destiny With New English Dub (Update) oleh Anime News Network pada 11 Ogos 2017
- ^ GUNDAM SEED ULTRA COLLECTOR'S EDITION UPDATE dari Right Stuf Anime pada 16 November 2020
- ^ 機動戦士ガンダムSEED HDリマスター Blu-ray BOX dari Av Watch Impress pada 23 Mac 2012
- ^ 「機動戦士ガンダムSEED HDリマスター Blu-ray BOX 4」特典内容決定 dari Sunrise Incorporated pada 28 Oktober 2012
- ^ Mobile Suit Gundam Seed Collector's Ultra Edition Blu-ray dari Anime News Network pada 02 Oct 2022
- ^ 機動戦士ガンダムSEED HDリマスター Complete Blu-ray BOX di laman web rasmi pada 06 Oktober 2022
- ^ "Mitsui Fudosan completes 1st LaLaport shopping mall in China" dari NNA Business News pada 20 November 2020
- ^ "Mitsui Fudosan : 1st overseas LaLaport mall opens in Shanghai" dari Marketscreener pada 28 April 2021