Mobile Suit Gundam Seed
Mobile Suit Gundam Seed | |
Logo pada Lagu pembuka "Mobile Suit Gundam Seed" dengan "ZGMF-X10A Freedom Gundam" sebagai latar belakangnya | |
機動戦士ガンダムシード (Kidou Senshi Gandamu Shiido) | |
---|---|
Genre | Cinta, Drama, Fiksyen sains, Peperangan, Politik |
Siri anime televisyen | |
Mobile Suit Gundam Seed [1] 機動戦士ガンダムSEED [2] | |
Pengarah | Fukuda Mitsuo |
Penerbit | Yatate Hajime, Tomino Yoshiyuki |
Skrip/Penulis | Morosawa Chiaki |
Lagu/Muzik | Sahashi Toshihiko |
Studio | Sunrise |
Penyiaran Asal | ![]() ![]() |
Penyiaran Lain |
|
Tarikh tayangan | 05 Oktober 2002 – 27 September 2003 |
Episod | 50 |
Video animasi original | |
After Phase : In the Valley of Stars [3] AFTER-PHASE「星のはざまで」 | |
Pengarah | Fukuda Mitsuo |
Skrip/Penulis | Morosawa Chiaki |
Lagu/Muzik | Sahashi Toshihiko |
Studio | Sunrise |
Dikeluarkan pada | 26 Mac 2004 |
Jangka masa tayangan | 5 minit |
DVD animasi original | |
Mobile Suit Gundam Seed Special Edition [4] 機動戦士ガンダムSEED スペシャルエディション | |
Pengarah | Fukuda Mitsuo |
Skrip/Penulis | Morosawa Chiaki |
Lagu/Muzik | Sahashi Toshihiko |
Studio | Sunrise |
Dikeluarkan pada | 27 Ogos 2004 – 22 Oktober 2004 |
Jangka masa tayangan | 100 minit |
Episod | 3 |
Siri anime televisyen | |
Mobile Suit Gundam Seed HD Remaster [5] 機動戦士ガンダムSEED HDリマスター [6] | |
Pengarah | Fukuda Mitsuo |
Skrip/Penulis | Morosawa Chiaki |
Lagu/Muzik | Sahashi Toshihiko |
Studio | Sunrise |
Penyiaran Asal | ![]() ![]() |
Tarikh tayangan | 22 Disember 2011[7] – 15 November 2012[8] |
Episod | 48 |
Permainan | |
Mobile Suit Gundam Seed Never Ending Tomorrow [9] 機動戦士ガンダムSEED 終わらない明日へ | |
Pengeluar | Bandai Namco Entertainment Incorporated |
Genre | Permainan video bertembak |
Pelantar | PlayStation 2 |
Tarikh dikeluarkan | 07 Oktober 2004 |
Siri novel | |
Mobile Suit Gundam Seed [10] 機動戦士ガンダムSEED | |
Pengarang | 後藤 リウ Goto Riu |
Ilustrasi | 小笠原 智史 Ogasawara Tomofumi |
Penerbit | Kadokawa Shoten |
Pencetakan | Kadokawa Sneaker Bunko |
Tarikh Pengeluaran | 28 Mac 2003 – 30 Januari 2004 |
Jilid | 5 |
Manga | |
Mobile Suit Gundam Seed Re: [11] 機動戦士ガンダムSEED Re: | |
Pengarang | 両澤千晶 Morosawa Chiaki |
Ilustrasi | 石口十 Ishiguchi Juu |
Penerbit | Kadokawa Shoten |
Demografik | Shounen |
Majalah Asal | Gundam Ace |
Tarikh Pengeluaran | 26 September 2012 – 10 Mac 2014 |
Jilid | 3+1 |
Anime Cosmic Era | |
|
Mobile Suit Gundam Seed atau Mobile Suit Gundam SEED ( Bahasa Jepun : 機動戦士ガンダムシード ; dibaca : Kidou Senshi Gandamu Shiido ; singkatan : "Gundam Seed" atau "Gundam SEED" ) adalah sebuah anime dari tahun 2002 yang bersetting di dalam dunia fiksyen pada era kalendar "Cosmic Era".
Anime ini dibuat oleh Sunrise dan ditayangkan di Jepun oleh MBS dan TBS pada hari Sabtu, jam 18:00 petang, daripada 05 Oktober 2002 sampai ke 27 September 2003.
Di Malaysia, ia ditayangkan oleh TV2 pada hari Sabtu dan Ahad, jam 09:30 pagi, daripada tahun 2004 sampai ke tahun 2005.
CeritaSunting
DuniaSunting
Cerita ini bermula pada era kalendar Cosmic Era tahun ke 70, kaum manusia telah dibahagikan kepada dua kumpulan.
Kumpulan pertama, manusia yang dilahir dengan cara biasa yang dikenali sebagai "Natural" yang majoriti hidup di Planet Bumi.
Kumpulan kedua, manusia yang dilahir melalui proses kejuruteraan genetik dengan bioteknologi dikenali sebagai "Coordinator", yang majoriti bertinggal di beberapa kumpulan koloni angkasa bernama Productive Location Ally on Nexus Technology yang kemudiannya akan mengisytiharkan dirinya sebagai sebuah negara yang merdeka dengan nama People Liberation Acting Nation of Technology, ataupun sebagai "PLANT".
PrologSunting
Selepas kemerdekaan PLANT, Earth Alliance (地球連合 Persekutuan Bumi ; sebuah pertubuhan antarabangsa yang ditubuh untuk menggantikan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) di Bumi) telah mengisytiharkan mereka sebagai musuh dan mengisytiharkan perang terhadap mereka.
Pada 14 Februari 70 CE, Oppose Militancy Neutralize Invasion (singkatan : OMNI ; juga dikenali sebagai "Tentera Bumi" ; angkatan tentera dari Earth Alliance ; ahli dan organisasi dalamnya dikenali sebagai " Oppose Militancy and Neutralize Invasion Enforcer ataupun "OMNI Enforcer") telah menghancurkan "Koloni Angkasa Junius 7" dari PLANT dengan serangan peluru berpandu senjata nuklear dan membunuh semua 243,721 orang yang berada di dalamnya. Kejadian ini dikenali sebagai "Bloody Valentine Incident".
Pada 01 April 70 CE, sebagai balasan, Zodiac Alliance of Freedom Treaty (singkatan : ZAFT ; angkatan tentera dari PLANT) telah melancarkan "Neutron Jammer" ke merata-rata tempat terutamanya kepada planet Bumi, benda ini boleh menghentikan semua pembelahan nuklear dan berhentikan semua tenaga nuklear termasuk senjata nuklear dan loji kuasa nuklear. Penggunaan Neutron Jammer di Bumi telah menyebabkan krisis tenaga, menjatuhkan ekonomi antarabangsa dan telah menjadikan dunia politik antara banyak negara di Bumi menjadi huru-hara. Kejadian ini dikenali sebagai "April's Fool Crisis".
Ramai yang menganggap bahawa dengan orang askar yang banyak, OMNI akan memenangi peperangan ini dengan mudah, tetapi penilaian awal ini terbukti salah. Hampir sebelas bulan telah berlalu sejak peperangan ini bermula dan tidak ada petunjuk bahawa perang ini akan tamat tidak lama lagi.
PlotSunting
Pada 25 Januari 71 CE, Pasukan Le Creuset, satu pasukan bersenjata yang diketuai oleh Komander Rau Le Creuset dari ZAFT, atas arahan Menteri Pertahanan Patrick Zala yang ingin memajukan kerjaya politik diri, telah bermulakan operasi untuk menceroboh masuk ke dalam "Koloni Angkasa Heliopolis", sebuah koloni angkasa yang dimiliki oleh sebuah negara bernama Orb Union, ia sebuah negara neutral dalam peperangan antara OMNI dan PLANT ini.
Cagalli Yula Athha, seorang puteri dari Orb Union dan anak perempuan Uzumi Nara Atha, ketua kerajaan Orb Union, telah datang ke Heliopolis dengan menyamarkan dirinya sebagai seorang rakyat biasa untuk menyiasat sebuah khabar angin tentang syarikat Morganraete Incorporated telah membina 5 buah prototaip mobile suit, sejenis kenderaan tentera yang dikembangkan untuk OMNI tanpa ketahuan dan keizinan dari Kerajaan Orb Union.
Morganraete Incorporated merupakan sebuah syarikat perindustrian berat dan berfungsi sebagai kontraktor pertahanan untuk Kerajaan Orb Union. Ia mempunyai sebuah kilang di Heliopolis yang mampu menghasilkan kelengkapan berat, peralatan berat dan juga mesin ketenteraan seperti kenderaan tempur berperisai dan penerbangan tentera.
Kenderaan tentera yang diproduksi untuk OMNI itu, dipanggil "Senjata G", mereka adalah "GAT-X102 Duel Gundam", "GAT-X103 Buster Gundam", "GAT-X105 Strike Gundam", "GAT-X207 Blitz Gundam" dan "GAT-X303 Aegis Gundam".
Mesin yang berbentuk humanoid tersebut menggunakan sistem operasi "General Unilateral Neuro-link Dispersive Autonomic Maneuver Synthesis System", disingkat menjadi "Gundam" oleh Kira Yamato, seorang penduduk Heliopolis dan watak utama anime ini.
Apabila pihak ZAFT dengan usaha 4 pemandu elit mereka, Athrun Zala, Dearka Elsman, Nicole Amalfi dan Yzak Joule berjaya mencurikan 4 daripada prototaip Gundam tersebut, seorang Coordinator yang hidup sebagai rakyat biasa, Kira Yamato telah diarah oleh Murrue Ramius, seorang kapten dari OMNI untuk memandu salah satu prototaip tersebut, GAT-X105 Strike Gundam.
Untuk demi selamatkan kawan-kawannya dan penduduk Heliopolis seperti Flay Allster, Kuzzey Buskirk, Miriallia Haw, Sai Argyle dan Tolle Koenig, Kira telah menjadi seorang "pemandu bidan" untuk OMNI. Dengan bantuan Komander Mu La Flaga dan Wakil Kapten Natarle Badgiruel dari OMNI, mereka berjuang unuk bertahankan kapal tempur "LCAM-01XA Archangel" selepas Heliopolis telah dihancurkan oleh ZAFT.
Di Titik Lagrange 5, Lacus Cylne, seorang penyanyi dan anak perempuan Siegel Clyne, seorang ketua negara PLANT, panglima tertinggi ZAFT dan juga pemimpin parti politik "Faksi Clyne", membuat sedia untuk Majis Memorial untuk peringati peristiwa Bloody Valentine Incident.
Di Afrika Utara yang baru menjadi negeri naungan PLANT, Pegawai Memerintah Andrew Waltfeld yang juga dikenali sebagai "Desert Tiger" dengan pasukannya, termasuk kekasihnya Aisha seorang pemandu kenderaan tentera "TMF/A-803 LaGOWE" yang berbentuk kuadruped dan Pegawai Eksekutif Martin DaCosta telah ditugas untuk menghapuskan orang tempatan dan kumpulan pengganas yang menentang kedatangan orang ZAFT.
Tanpa mereka sedari, terdapat kisah disebalik peperangan ini akan menjerumuskan mereka semua ke dalam satu mimpi buruk yang dahsyat.
LaguSunting
PembukaSunting
- T.M.Revolution : "Invoke"
- Vivan or Kazuma : "Moment"
- Tamaki Nami : "Believe"
- Tamaki Nami : "Realise"
MenyisipSunting
- Lacus Clyne (cv: Tanaka Rie) : "Shizukana Yoruni (静かな夜に)"
- Lacus Clyne (cv: Tanaka Rie) : "Mizu No Akashi (水の証)"
- T.M.Revolution : "Meteor"
- FictionJunction : "Akatsuki No Kuruma (暁の車)"
PenutupSunting
- See-Saw : "Annani Issho Datta No Ni (あんなに一緒だったのに)"
- Ishii Tatsuya : "River"
- FictionJunction : "Distance" (HD Remaster ; menggantikan "River")
- Nakashima Mika : "Find The Way"
RujukanSunting
- ^ (Bahasa Inggeris) informasi dari Anime News Network
- ^ (Bahasa Jepun) informasi dari laman web rasmi
- ^ (Bahasa Jepun) informasi dari laman web rasmi
- ^ (Bahasa Inggeris) informasi dari Anime News Network
- ^ (Bahasa Inggeris) informasi dari Anime News Network
- ^ (Bahasa Jepun) informasi daftar episode "Mobile Suit Gundam SEED HD Remaster" di laman web rasmi
- ^ (Bahasa Inggeris) Phase 01 di Gundaminfo
- ^ (Bahasa Inggeris) Phase 48 + "After Phase : In the Valley of Stars" di Gundaminfo
- ^ (Bahasa Jepun) informasi dari laman web rasmi PlayStation
- ^ (Bahasa Jepun) informasi dari laman web rasmi
- ^ (Bahasa Jepun) informasi dari laman web rasmi
Pautan luarSunting
- (Bahasa Jepun) Laman web rasmi "Mobile Suit Gundam Seed" lama
- (Bahasa Jepun) Laman web rasmi "Mobile Suit Gundam Seed HD Remaster"
- (Bahasa Inggeris) Laman web rasmi "Mobile Suit Gundam Seed" di "Gundaminfo"
- (Bahasa Inggeris) Mobile Suit Gundam Seed di Anime News Network
- (Bahasa Inggeris) Mobile Suit Gundam Seed di IMDb