Modibo Keita (atau Kéïta; 4 Jun 1915 – 16 Mei 1977) adalah seorang negarawan Mali. Beliau merupakan Presiden Persekutuan Mali (1960–1968) serta Perdana Menteri Mali . Beliau menyokong bentuk Sosialisme Afrika.

Modibo Keïta
Presiden Mali Pertama
Dalam jawatan
20 Julai 1960 – 19 November 1968
Didahului olehTiada
Digantikan olehMoussa Traoré
Butiran peribadi
Lahir(1915-06-04)4 Jun 1915, Bamako, Senegal Hulu dan Niger
Meninggal dunia16 Mei 1977(1977-05-16) (umur 61)
Bamako, Mali
KerakyatanMali
Parti politikSudanese Union-African Democratic Rally

Awal hidup sunting

Modibo lahir di kejiranan Bamako-Coura di Bamako, Sudan Perancis. Keluarganya dari keturunan Mandinka yang dipercayai bersalasilah langsung dari Empayar Mali.

Beliau bekerja sebagai seorang pengajar tahun 1936 di seberapa kota utama termasuk Bamako, Sikasso dan Timbuktu.

Kerjaya politik sunting

Selepas tamatnya Perang Dunia Kedua, beliau menubuhkan bersama Bloc Soudanais sebagai seitausaha agungnya, pertubuhan ini bergabung dengan Rassemblement Démocratique Africain (RDA). Beliau dipenjarakan pihak penjajah Perancis atas keterlibatannya yang dilihat menggugat atau mengancam mereka pada seberapa bulan tahun 1946.

Pemerintahan sunting

Tidak beberapa lama selepas dilepaskan tahun 1948, beliau dilantik sebagai kaunselor agung Sudan Perancis mewakili kawasan Bamako-Kita. Lima tahun kemudian pada 1953, beliau dilantik sebagai suatu kaunselor Kesatuan Perancis tidak sahaja sebagai datuk bandar Bamako serta malah memasuki Perhimpunan Kebangsaan Perancis selama tempoh-tempoh pemerintahan Maurice Bourgès-Maunoury dan Félix Gaillard.

Sebagai Presiden Mali sunting

Beliau dicalonkan sebagai ketua pemerintah Persekutuan Mali pada 20 Julai 1960. Beliau mengangkat sumpah sebagai Presiden dengan merdekanya Mali daripada pemerintahan Perancis pada bulan September tahun sama.

Beliau digulingkan dalam suatu rampasan kuasa oleh Moussa Traoré tahun 1968.

Kematian sunting

Modibo meninggal dalam tahanan di Bamako pada 16 Mei 1977 ketika berusia 61 dalam keadaan yang dicurigai;[1] hal ini turut diberitakan Radio-Mali yang mengkhabarkan beliau meninggal akibat suatu penyakit sembap paru-paru (« Modibo Keïta...est décédé des suites d’un œdème aigu des poumons. ») Beliau dikebumikan di tanah perkuburan Hamdallaye.

Nama beliau dipulihkan setelah pemerintahan Moussa Traoré digulingkan tahun 1992 serta pembharuan baharu dibawa Presiden seterusnya yang baharu, Alpha Oumar Konaré.

Rujukan sunting

  1. ^ P. Diarra, Cent ans de catholicisme au Mali, p. 273

Pautan luar sunting

Templat:Perdana Menteri Mali