Siri Gerakan Buruh
Buruh dalam ekonomi
Buruh kanak-kanak
Garis masa isu-isu & peristiwa
Hak asasi buruh
Perbandingan
Kesatuan pekerja
Lapan jam sehari
Mogok
Mogok umum
Sejarah buruh (disiplin)
Senarai mogok
Sindikalisme
Undang-undang buruh
Fahaman Kesatuan
Gerakan Sosial
Seluruh Dunia
Kesatuan mengikut negara
sunting

Mogok umum ialah tindakan mogok oleh seluruh buruh di dalam sebuah bandar, negeri, atau negara. Pada akhir abad ke-19, gerakan-gerakan buruh antarabangsa menganjurkan mogok umum atas alasan-alasan industri atau politik.

Mogok umum kerap berlaku di Sepanyol semasa awal abad ke-20 ketika Anarko-sindikalisme pemberontakan amat popular. Mogok umum yang terbesar dalam sejarah Eropah terkini yang kebetulannya juga merupakan mogok kilat umum yang terbesar, ialah mogok Perancis pada bulan Mei 1968.

Banyak gerakan sayap kiri dan sosialis berharap untuk memulakan "pemberontakan aman" dalam negara melalui mengatur cukup pemogok supaya dapat melumpuhkan negara sama sekali. Dengan alat negara dan korporat dilumpuhkan sedemikian, para pekerja akan berupaya menyusun semula masyarakat mengikut cara yang amat berbeza. Falsafah ini disukai oleh Pertubuhan Pekerja-pekerja Perindustrian Dunia, sebuah pertubuhan buruh yang radikal, khususnya pada awal abad ke-20 ketika banyak ahlinya berharap untuk menganjurkan "Satu Kesatuan Besar" untuk semua pekerja yang akan melancarkan mogok umum yang dapat menamatkan kapitalisme buat selama-lamanya.

Istilah "mogok umum" kekadang juga dipergunakan untuk mogok besar-besaran semua pekerja dalam sesuatu industrti, umpamanya Mogok pekerja tekstil (1934). Mogok "umum" ini, walaupun betapa besar, hanya melibatkan pekerja-pekerja yang mengejar tuntutan-tuntutan sendiri. Sebaliknya, mogok umum klasik juga melibatkan pekerja-pekerja yang tidak mempunyai sebarang manfaat langsung terhadap keputusan mogok; umpamanya dalam Mogok Umum San Francisco 1934, kedua-dua kumpulan pekerja terancang dan bukan kesatuan mogok selama empat hari untuk membantah taktik-taktik polis dan majikan yang membunuh dua orang yang berpiket serta untuk menyokong tuntutan-tuntutan para pekerja pelabuhan dan kelasi.

Perbezaan tidak selalu ketara. Umpamanya dalam Mogok Teamster Minneapolis 1934, banyak kesatuan sekerja pembinaan dan pertubuhan untuk penganggur projek-projek kerja raya persekutuan mogok untuk bersimpati dengan para pemandu lori serta untuk membantah terhadap keganasan polis yang ditujukan kepada kumpulan yang berpiket. Ribuan orang lain menyertai tunjuk-tunjuk perasaan yang dikendalikan untuk menyokong para pemogok. Walaupun mogok-mogok bersimpati serupa ini amat besar, ia tidak pernah mencapai tempoh atau ruang lingkup yang diperlukan untuk menjadi "mogok umum"; bagaimanapun, para pengendali mogok Teamster tidak pernah memerihalkan mogok mereka sedemikian.

Mogok-mogok umum yang diingati sunting

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting