Mohamad Ariff Md Yusof

ahli politik Malaysia


Tan Sri Dato' Mohamad Ariff bin Md Yusof (lahir 1949) ialah seorang ahli politik Malaysia yang merupakan bekas Yang di-Pertua Dewan Rakyat[1] dari 16 Julai 2018 hingga 13 Julai 2020. Beliau adalah mantan Hakim Mahkamah Tinggi Malaysia dan Mahkamah Rayuan Malaysia dan merupakan seorang peguambela dan peguamcara dalam profesion. Beliau merupakan Speaker Dewan Rakyat pertama yang tidak mewakili mana-mana parti politik di Malaysia.[2]

Yang Berbahagia Tan Sri Dato'

Mohamad Ariff Md. Yusof

PSM; DSDK (Kedah)
Yang di-Pertua Dewan Rakyat ke-9
Dalam jawatan
16 Julai 2018 – 13 Julai 2020
Dicalonkan olehMahathir Mohamad
Dilantik olehSultan Muhammad V
RajaSultan Muhammad V
Al-Sultan Abdullah
Perdana MenteriMahathir Mohamad Muhyiddin Yassin
Didahului olehPandikar Amin Mulia
Digantikan olehAzhar Azizan Harun
Hakim Mahkamah Tinggi Malaysia
Dalam jawatan
Oktober 2009 – 2012
Profesor Madya di Fakulti Undang-undang , Universiti Malaya, Malaysia
Dalam jawatan
1974–1985
Butiran peribadi
LahirMohamad Ariff bin Md. Yusof
1949 (umur 74–75)
Sungai Petani, Kedah
Parti politik PH-AMANAH (2015–2018)
     BEBAS (2018–kini)
PasanganPuan Sri Datin Hakimah Hassan
Alma materLondon School of Economics
ProfesionHakim, Peguam

Kehidupan awal dan pendidikan sunting

Beliau telah dilahirkan di Sungai Petani, Kedah pada tahun 1949. Merupakan seorang lulusan ijazah dari London School of Economics dalam bidang perundangan.

Kerjaya sunting

Beliau telah bertugas di Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya selepas menamatkan pengajiannya di London School of Economics. Pada tahun 1986, beliau telah menjadi peguambela dan peguamcara di firma guaman beliau sendiri, iaitu, firma Cheang and Ariff.[3]

Kemudian, beliau telah menyertai Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sebagai Pengarah Jabatan Kawalselia Pasaran dari tahun 1993 hingga 1995. Seterusnya, beliau telah dilantik sebagai Pengarah di Kuala Lumpur Options and Super Exchange (KLOSE).


Pada Pilihan raya umum Malaysia 2004, beliau telah bertanding di kerusi DUN Kota Damansara menentang calon Barisan Nasional, Datuk Mohd Mokhtar Haji Ahmad Dahlan.[4] Beliau bagaimanapun telah tewas pada pertandingan satu lawan satu tersebut.

Beliau telah menganggotai Lembaga Penasihat Suruhanjaya Syarikat Malaysia dari tahun 2007 hingga 2008. Pada masa yang sama, beliau telah dilantik sebagai Rating Review Committee di Agensi Penarafan Malaysia pada 2008 lalu.

Dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman di Mahkamah Tinggi Malaya pada 2008. Beliau telah dilantik sebagai hakim penuh pada tahun 2009. Kemudian, beliau telah bertukar kepada Mahkamah Rayuan pada tahun 2012. Selepas bersara pada tahun 2015, beliau telah kembali menyertai semula firma guaman beliau sendiri, Cheang and Ariff.

Semasa krisis kepimpinan di Perak pada 2009, beliau ketika itu adalah Hakim Mahkamah Tinggi. Beliau juga adalah hakim yang menarik balik penggantungan[5] ke atas buku yang dikarang oleh Sisters in Islam bertajuk Muslim Women and the Challenges of Islamic Extremism[6] oleh Menteri Dalam Negeri Malaysia.

Sebagai Hakim Mahkamah Rayuan pula, beliau telah mengetuai panel hakim bagi kes Teoh Beng Hock, seorang lelaki yang mati ketika dalam tahanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Anugerah sunting

Darjah Kebesaran Diraja

  1.   Beliau telah dianugerahkan Darjah Dato' Setia DiRaja Kedah (DSDK) yang membawa gelaran Dato' pada 2012[7] .
  2.   Panglima Setia Mahkota Beliau telah dianugerahkan Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri pada 9 September 2019[8].

Lihat juga sunting

Yang di-Pertua Dewan Rakyat

Rujukan sunting

  1. ^ Datuk Mohamad Ariff Md Yusof Speaker Dewan Rakyat - Dr Mahathir
  2. ^ Mohamad Ariff lepas semua jawatan parti sebelum dilantik Speaker Dewan Rakyat
  3. ^ Profil beliau di laman CCA
  4. ^ Keputusan pilihan raya DUN Kota Damansara
  5. ^ Penggantungan ditarik balik
  6. ^ Buku Muslim Women and the Challenges of Islamic Extremism
  7. ^ "Senarai penerima Darjah Kebesaran Kedah 2012" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2013-09-03. Dicapai pada 2018-09-01.
  8. ^ "795 terima pingat Agong". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-10-11. Dicapai pada 2019-09-09.