Mohamad Imran Abd Hamid

Laksamana Pertama (B) TLDM YBhg Tuan Mohamad Imran bin Abd Hamid adalah bekas Ahli Parlimen Lumut dan bekas Ahli Dewan Negara. Beliau juga merupakan Presiden Veteran TLDM.

Laksamana Pertama (B) Senator

Mohamad Imran Abd Hamid

KMN
Ahli Dewan Negara Malaysia
Dalam jawatan
27 Ogos 2018 – 26 Ogos 2021
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Lumut, Perak
Dalam jawatan
2013–2018
Didahului oleh Kong Cho Ha
Digantikan oleh Hatta Ramli
Butiran peribadi
Parti politikParti Keadilan Rakyat
Sekutu gabungan
politik lain
Pakatan Harapan
PasanganChe Saleha Che Abd Rahman
Anak-anak
  • Intan Mazuin
  • Intan Mazmin
  • Intan Mazlin
  • Intan Syafarin Hanni
  • Intan Syafinaz
  • Muhd. Syaiful Amri
Perkhidmatan ketenteraan
Perkhidmatan/
cawangan
Tentera Laut DiRaja Malaysia
Pangkat Laksamana Pertama

Kerjaya sunting

Beliau merupakan bekas Pegawai Memerintah KD Pelanduk di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut . Beliau pernah menjadi Ketua Staf Logistik Markas Armada TLDM.

Keluarga sunting

Isterinya Che Saleha Che Abdul Rahman merupakan pengetua Sekolah Menengah Batu 10, Lekir dekat Sitiawan.

Pada 12 Februari 2005, keempat-empat anak perempuannya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Kilometer 9.1 Lebuh Raya Timur-Barat di Gerik. Kereta Mercedes Benz E220 yang dinaiki empat anaknya itu terbabas ke kanan jalan sebelum melanggar sebatang pokok. Mereka yang terbunuh adalah pemandu kereta, Intan Mazuin Mohd. Imran, 26, pegawai eksekutif di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur; Intan Mazmin, 25, pegawai Jabatan Alam Sekitar (JAS) di Putrajaya; dan Intan Syafarin Hanni, 23, penuntut tahun tiga UiTM) Shah Alam yang mati di tempat kejadian manakala seorang lagi anaknya, Intan Syafinaz, 20, pelajar tahun satu Universiti Malaya (UM) meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Gerik.

Pada waktu kejadian, kereta tersebut mengekori kereta yang dipandu Mohd. Imran (50) yang dinaiki bersama isterinya, Che Saleha Che Abd Rahman (50) serta dua lagi anaknya Intan Mazlin, 24, dan Muhd. Syaiful Amri, 13, yang dalam perjalanan balik dari Lundang, Kota Bharu, Kelantan ke rumah mereka di Sitiawan. Sebelum itu beliau sembahyang Jumaat di Masjid Bersia.

Jenazah telah disembahyangkan di kediaman beliau di Taman Tazali, Sitiawan, Perak. Kesemua jenazah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Sitiawan, Sitiawan. Ketika itu beliau menjadi Kapten TLDM di Lumut dan menjadi Pegawai Memerintah KD Pelanduk .Turut ziarah ialah Panglima TLDM, Laksamana Datuk Seri Mohd Anuar Mohd Noor dan Exco Kerajaan Negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Pangkor, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir.[1][2]

NGO sunting

Mohd Imran tewas dalam perebutan jawatan Naib Pengerusi Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia / PBTM Cawangan Manjung.Beliau tewas kepada pemimpin PBTM Cawangan Sitiawan, Tajul Ashikin Tajol yang merupakan pesara TLDM.Jawatan pengerusi persatuan tersebut dimenangi oleh Timbalan Ketua UMNO Bahagian Lumut, Datuk Ahmad Zamri Shamsuddin.

Menang di Lumut PRU13 sunting

Beliau antara bekas pemimpin tentera yang menyertai Pakatan Rakyat. Antaranya ialah Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein, Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid, Brigedier Jeneral (B) Kagat Datuk Najmi Ahmad dan Brigedier Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi Khatab. [3] Mereka membangkitkan isu aset persenjataan dibeli pada harga yang berlipat kali ganda daripada sepatutnya, tidak secara tender terbuka, tidak mendapatkan pandangan daripada pegawai tentera dan pemberian komisyen pembelian kepada individu tertentu. [4][5][6]

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menamakan Imran sebagai calon PKR dalam program Jelajah Merdeka Rakyat di Gerik. Sebelum itu Anwar membatalkan keputusannya bertanding di Perak dan akan mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh.[7] Mohd Imran berjaya menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Kong Cho Ha yang merupakan penyandang kerusi Parlimen Lumut. Kong Cho Ha tewas begitu tinggi bagi peti undi DUN Sitiawan, sedangkan peti undi di Pasir Panjang dan DUN Pangkor tidak begitu ketara.BN tewas di tiga kawasan Parlimen, Lumut, Taiping dan Kampar. [8] Ramai anggota tentera di kawasan Lumut kerana terdapat sebuah kem tentera di sana yang dipindahkan dari Woodland,Singapura.

Ketua PKR Cabang Lumut, M.P Shamugum menuduh Mohd Imran sebenarnya adalah ahli PAS.[9]

Semasa kempen PRU13, Imran dibawa oleh Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham Adun Sitiawan untuk menyertai upacara sembahyang penganut Kristian di Gereja Kampung Cina. Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria bimbang calon beragama Islam ghairah berkempen sehingga boleh terjerumus dalam gejala murtad. Melawat gereja sehingga ke Vatican City, Rom, Itali tidak salah tetapi janganlah sampai menyertai upacara ibadat mereka.[10]

Ahli Dewan Negara sunting

Mencadang Akta melindung Lelaki sunting

Senator PKR Mohd Imran Abd Hamid mencadangkan undang-undang gangguan seksual untuk melindungi kaum lelaki daripada tergoda dan terjebak dengan jenayah seperti rogol.

“Wujudkan satu akta gangguan seksual ke atas kaum lelaki akibat perlakuan, percakapan dan pemakaian kaum wanita yang boleh sebabkan kaum lelaki tergoda hingga boleh sebabkan perbuatan seperti sumbang mahram, rogol, meraba, pornografi dan sebagainya,” katanya.

Pesara tentera laut itu memberitahu Dewan Negara, gesaan itu dibuat supaya golongan lelaki “selamat” dan seteruskan “negara jadi aman”.

Timbalan Speaker Dewan Negara Abd Halim Abd Samad kemudian menyampuk “pandangan yangg baik”.

Keputusan pilihan raya sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Niat bapa sandingkan 4 anak serentak berakhir di pusara
  2. ^ []
  3. ^ "Tolak manipulasi pembangkang". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-08-26. Dicapai pada 2014-08-24.
  4. ^ "PRU-13: Bekas pemimpin tentera terus hina, caci pemimpin negara". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-08-26. Dicapai pada 2021-10-03.
  5. ^ "BN tidak guna bekas jeneral sebagai 'alat' politik - Abdul Latiff". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-08-26. Dicapai pada 2014-08-24.
  6. ^ "Veteran UMNO buat laporan polis terhadap bekas pegawai ATM". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-08-26. Dicapai pada 2014-08-24.
  7. ^ "BN Perak sedia hadapi Imran di Parlimen Lumut". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-20. Dicapai pada 2021-10-03.
  8. ^ "BN Perak tekad bentuk pentadbiran negeri lebih baik". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-06. Dicapai pada 2021-10-03.
  9. ^ "PKR Cabang Lumut dibubar". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-08-26. Dicapai pada 2021-10-03.
  10. ^ Calon PKR sertai upacara sembahyang di gereja?