Mohamad Norza Zakaria

Tan Sri Dato' Sri (Dr.) Mohamad Norza Zakaria (lahir 29 Ogos 1966) adalah salah seorang tokoh masyarakat di Malaysia dan telah dikurniakan anugerah ‘Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP)’ yang membawa gelaran ‘DATO’ SRI’ oleh Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah sempena Sambutan Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah, pada 24hb Oktober 2016.[1]

YBhg Tan Sri Dato' Sri (Dr.)

Mohamad Norza Zakaria

PSM; SSAP (Pahang); SMW (WP); DJMK (Kelantan); DIMP (Pahang); SMP, AMP (Perlis)
Presiden
Majlis Olimpik Malaysia
Memegang jawatan
5 Mei 2018
Didahului olehTunku Imran
Presiden
Persatuan Badminton Malaysia
Memegang jawatan
29 April 2017
Didahului olehTengku Mahaleel Tengku Ariff
Mohd Al-Amin Abdul Majid (memangku)
Butiran peribadi
Lahir (1966-08-29) 29 Ogos 1966 (umur 57)
Alor Gajah, Melaka
Pekerjaan
ProfesionAkauntan

Sebelum itu, pada 1hb Februari 2015, Dato' Sri Norza telah dikurniakan anugerah ‘Darjah Kebesaran Seri Mahkota Wilayah (SMW)’ yang membawa gelaran ‘Datuk Seri’ oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku AlHaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni AlMarhum Sultan Badlishah sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan.

Pada tanggal 20hb November 2021, Tan Sri Dato' Sri (Dr.) Norza dianugerahkan gelaran Ijazah Kehormat Doktor dalam Pengurusan Sukan oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bersempena Istiadat Konvokesyen kali ke-22 mereka yang dirasmikan oleh Canselor UPSI, Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Antara anugerah Darjah Kebesaran lain yang diterima oleh Tan Sri Dato' Sri (Dr.) Norza:

Tahun Anugerah Yang Diterima Negeri
2020 Panglima Setia Mahkota (PSM) Persekutuan
2016 Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) Pahang
2015 Seri Mahkota Wilayah (SMW) Wilayah Persekutuan
2006 Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DJMK) Kelantan
2004 Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) Pahang
2002 Darjah Setia Mahkota Perlis (SMP) Perlis
2001 Darjah Ahli Mahkota Perlis (AMP) Perlis

Beliau juga merupakan Timbalan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) di mana kedua-duanya mempunyai sejarah yang panjang dalam melahirkan pemain berkelas dunia serta memenangi pelbagai kejohanan, antaranya seperti Datuk Lee Chong Wei, Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong.

Pada 5hb Mei 2018, Tan Sri Dato' Sri (Dr.) Norza telah dipilih menjadi Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan juga akan memegang jawatan Presiden bagi Majlis Sukan Komanwel Malaysia. Beliau juga telah dilantik oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM) sebagai chef-de-mission (CDM) untuk Malaysia bagi Sukan SEA ke-28 di Singapura tahun 2015 yang akan diadakan dari 5hb-16hb Jun 2015.

Selain itu, beliau juga adalah Ahli Jawatankuasa Eksekutif bagi Yayasan Pencegah Jenayah Malaysia (MCPF). Selaras dengan minat dan semangat yang tinggi bagi acara sukan polo, Tan Sri Dato' Sri (Dr.) Norza juga merupakan Presiden Persatuan Polo Diraja Malaysia dan juga Presiden bagi Kelab Polo Putra.

Latar belakang pendidikan & kehidupan awal sunting

Tan Sri Dato' Sri (Dr.) Norza adalah seorang anak pasangan cikgu yang dilahirkan di Melaka dan dibesarkan di Negeri Sembilan. Setelah menamatkan pembelajaran di Sekolah Tuanku Jaafar di Kuala Pilah, beliau telah menerima Sijil Sekolah Tinggi dari Randwick Boys High School di Australia pada tahun 1985.

Seorang akauntan bertauliah (CA) yang diiktiraf oleh Institut Akauntan Malaysia (MIA) dari segi profesion, Tan Sri Dato' Sri (Dr.) Norza juga merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Perdagangan dalam Perakaunan yang diterima dari Universiti Wollongong di Australia pada tahun 1988. Pada tahun 2008, Tan Sri Dato' Sri (Dr.) Norza telah memperolehi kelayakan sebagai ‘Fellow’ Akauntan Bertauliah Australia (FCPA) yang diiktiraf oleh CPA Australia Ltd.

Latar belakang profesional sunting

Sebagai seorang akauntan bertauliah, Tan Sri Dato' Sri (Dr.) Norza memulakan kerjayanya dengan Arthur Andersen & Co., dan telah memegang jawatan di peringkat pengurusan, eksekutif dan pengurusan atasan di Bank Negara Malaysia, Petronas, SPK Sentosa, Mun Loong Berhad dan Gabungan Strategik Sdn Bhd.

Tan Sri Dato' Sri (Dr.) Norza juga merupakan Presiden dan Pengerusi Eksekutif syarikat WZ Satu Berhad, sebuah syarikat yang disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) sejak tahun 2019 serta merupakan Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif bagi kumpulan syarikat Citaglobal Sdn Bhd yang ditubuhkannya pada tahun 2008, yang mempunyai pegangan dalam pelbagai aktiviti perniagaan antaranya bidang kejuruteraan, hospitaliti, pengangkutan dan media teknologi.

Beliau pernah menganggotai Lembaga Pengarah bagi sebuah syarikat milik kerajaan di senaraian Bursa Malaysia iaitu Bintulu Port Holdings Berhad. [2]

Selain menjadi Pengerusi Jawatankuasa Audit bagi syarikat Bintulu Port Holdings Berhad, beliau juga pernah menjadi Ahli Lembaga Pengarah bagi syarikat subsidiari/bersekutu syarikat tersebut iaitu Samalaju Industrial Port Sdn Bhd.

Sebelum itu, beliau juga pernah memegang jawatan yang sama dalam Lembaga Urusan Tabung Haji, Institut Terjemahan Negara Malaysia (sekarang dikenali sebagai Institut Terjemahan dan Buku Malaysia), PT XL Axiata Tbk (yang dahulunya dikenali sebagai PT Excelcomindo Pratama Tbk), Pelikan International Corporation Berhad, TH Heavy Engineering Berhad, Tropicana Corporation Berhad dan TH Plantations Berhad.

Rujukan sunting

  1. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-02-14. Dicapai pada 2017-02-16.
  2. ^ "Bintulu Port Holdings Berhad Board of Directors". Bintulu Port Holdings. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-10-13. Dicapai pada 6 October 2012.