Mohamad Sabu
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu (lahir 14 Oktober 1954) adalah bekas Menteri Pertahanan Malaysia. Beliau juga merupakan ahli politik Malaysia yang memegang jawatan sebagai Presiden AMANAH, berbangsa Melayu pernah menjadi Timbalan Presiden Parti Islam Se-Malaysia dan pernah penyandang jawatan sebagai Menteri Pertahanan Malaysia.[1] Beliau telah dipilih ke jawatan tersebut pada tahun 2011 sebagai calon berfahaman sederhana menewaskan Nasharuddin Mat Isa.[2] Sebelumnya beliau telah pernah terpilih sebagai salah seorang dari Naib Presiden PAS. Beliau merupakan satu-satunya pemimpin yang bukan dari kalangan ulama yang terpilih menjadi timbalan presiden dalam tempoh 25 tahun.[2]
Mohamad Sabu SMW (WP) | |
---|---|
محمد بن سابو | |
![]() | |
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia | |
Memegang jawatan 3 Disember 2022 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | Dato Seri Anwar Ibrahim |
Timbalan | Chan Foong Hin |
Didahului oleh | Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee |
Anggota Parlimen Malaysia untuk Kota Raja, Selangor | |
Memegang jawatan 19 Disember 2022 | |
Dalam jawatan 16 Julai 2018 – 10 Oktober 2022 | |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan | |
Memegang jawatan 2022 Berkhidmat dengan Tuan Anthony Loke Datuk Seri Wilfred Madius Tangau | |
Didahului oleh | Jawatan diwujudkan |
Presiden Parti Amanah Negara | |
Memegang jawatan 2015 | |
Timbalan | Datuk Seri Salahuddin Ayub |
Didahului oleh | Jawatan diwujudkan |
Timbalan Presiden Pakatan Harapan | |
Dalam jawatan 2017–2022 Berkhidmat dengan Tuan Lim Guan Eng (2017-2022) Tan Sri Muhyiddin Yassin (2017-2020) Datuk Seri Wilfred Madius Tangau (2021-2022) | |
Didahului oleh | Jawatan diwujudkan |
Menteri Pertahanan Malaysia | |
Dalam jawatan 21 Mei 2018 – 24 Februari 2020 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | ![]() ![]() |
Timbalan | ![]() ![]() |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Digantikan oleh | ![]() ![]() |
Anggota Parlimen Malaysia untuk P10 Kuala Kedah, Kedah | |
Dalam jawatan 1999–2004 | |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Digantikan oleh | ![]() ![]() |
Majoriti | 991 |
Anggota Parlimen Malaysia untuk P24 Kubang Kerian, Kelantan | |
Dalam jawatan 1995 – 1999 | |
Didahului oleh | Konstituensi baharu |
Digantikan oleh | ![]() |
Majoriti | 10,125 |
Anggota Parlimen Malaysia untuk P22 Nilam Puri, Kelantan | |
Dalam jawatan 1990 – 1995 | |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Digantikan oleh | Konstituensi dibubarkan |
Majoriti | 8,139 |
Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang | |
Dalam jawatan 2013–2015 | |
Didahului oleh | Dato Ustaz Mohd Salleh Man |
Digantikan oleh | Tuan Haji Muhammad Fauzi Yusoff |
Dalam jawatan 2007–2009 | |
Didahului oleh | Dato Ustaz Mohd Salleh Man |
Digantikan oleh | Dato Ustaz Mohd Salleh Man |
Butiran peribadi | |
Lahir | Tasek Gelugor, Pulau Pinang, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) | 14 Oktober 1954
Parti politik | ![]() ![]() |
Sekutu gabungan politik lain | ![]() Barisan Alternatif (1999-2004) ![]() ![]() |
Pasangan | Datin Seri Normah Alwi |
Anak-anak | 1. Nurul Jannah binti Haji Mohamad Lahir 1980 2. Nurul Huda binti Haji Mohamad Lahir 1983 3. Ahmad Saiful Islam bin Haji Mohamad Lahir 1988 4. Ahmad Ali Hidayati bin Haji Mohamad Lahir 1991 |
Ibu | Halijah Mat |
Bapa | Sabu |
Kediaman | Shah Alam, Selangor |
Pekerjaan | Ahli politik |
Kabinet | Kabinet Malaysia 2018 Kabinet Malaysia 2022 |
Laman web rasmi | http://mohamadsabu.com |
Pada 13 Julai 2015 beliau melancarkan sebuah gerakan NGO bernama Gerakan Harapan Baru (GHB). Pada 31 Ogos 2015, Mohamad Sabu mengumumkan GHB mengambil-alih sebuah parti politik yang tidak aktif, Parti Pekerja-Pekerja Malaysia selepas usahanya untuk menubuhkan Parti Progresif Islam (PPI) telah ditolak oleh Kementerian Dalam Negeri[3][4][5][6][7][8] yang kemudiannya ditukarkan menjadi Parti Amanah Negara (Amanah) yang beliau sendiri menjadi Presidennya yang pertama.
Mat Sabu amat terkenal dengan kebolehannya berpidato.[2] Beliau pernah ditahan sebanyak dua kali di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri .[9]
Pendidikan
Mat Sabu bersekolah di Pulau Pinang sebelum menyambung pelajaran jurusan bidang Seni Kulinari di Institut Teknologi MARA (ITM, kini Universiti Teknologi MARA, UiTM).[3] Meskipun begitu, beliau menyatakan bahawa beliau tidak dapat menghabiskan jurusannya kerana dibuang dari ITM.[4]
Penglibatan politik
- 1975 anggota Angkatan Belia Islam Malaysia ABIM
- 1981 menyertai Parti Islam Se-Malayia (PAS)
- 1982 Pada PRU-6 bertanding di Dun Penanti,Pulau Pinang namun tewas
- 1986 Pada PRU-7 bertanding di Parlimen Permatang Pauh,Pulau Pinang namun tewas kepada Anwar Ibrahim
- 1990 Pada PRU-8 bertanding di parlimen Nilam Puri,Kelantan dan menang
- 1995 Pada PRU-9 bertanding di parlimen Kubang Kerian,Kelantan dan menang
- 1999 Pada PRU-10 bertanding di Kuala Kedah,Kedah dan menang
- 2008 Pada PRU-12 bertanding di parlimen Kuala Terengganu,Terengganu namun tewas
- 2015 Menubuhkan Gerakan Harapan Malaysia namun bertukar nama kepada Parti Amanah Negara dan menjadi presiden parti itu.
- 2016 Amanah,PKR dan DAP menubuhkan Pakatan Harapan kemudian PPBM sertai
- 2018 Pada PRU-14 bertanding di Kota Raja,Selangor dan diberikan jawatan eksekutif kerajaan iaitu Menteri Pertahanan Malaysia
Tahun 1975 menyertai ABIM dan 1981 menyertai PAS. Beliau bertanding dalam Pilihan raya umum Malaysia 1982 di Dun Penanti tetapi tewas.Sekali lagi tewas kepada rakan ABIM nya , Datuk Seri Anwar Ibrahim di parlimen Permatang Pauh dalam Pilihan raya umum Malaysia 1986. Apabila berhijrah ke Kelantan, beliau menang dalam Pilihan raya umum Malaysia 1990 di parlimen Nilam Puri. Sekali lagi menang di kerusi parlimen Kubang Kerian dalam Pilihan raya umum Malaysia 1995.
Dalam Pilihan raya umum Malaysia 1999 beliau menang di parlimen Kuala Kedah,Kedah. Tapi tewas lagi di Kuala Terengganu dalam Pilihan raya umum Malaysia 2008 kepada Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail dan nenek Maimun Yusuf (89 tahun) . Razali memperolehi 32,562, dengan majoriti 628 undi.Mohamad Sabu (31,934 undi) dan Maimun (685 undi).
Beliau bersama rakan-rakan Gerakan Harapan Baru menubuhkan Parti Amanah Negara selepas mengambil alih Parti Pekerja-Pekerja Malaysia. Seterusnya Parti Amanah Negara membentuk Pakatan Harapan bersama Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Sebagai tahanan ISA
Mohamad Sabu merupakan salah seorang daripada pemimpin PAS yang telah dua kali ditahan di bawah akta ISA semasa beliau menjadi aktivis Dewan Pemuda PAS Pusat. Penahanan pertama berlaku pada tahun 1984 sehingga 1986 di atas tuduhan terlibat dalam gerakan pelampau. Selepas menghadapi penderaan siasatan selama 60 hari, beliau telah dibuang daerah ke Kuala Pilah, Negeri Sembilan dengan pergerakan terhad selama dua tahun.
Penahanan kali kedua berlaku pada tahun 1987 sehingga tahun 1989. Beliau ditahan bersama ramai anggota pembangkang dari PAS dan DAP di bawah Operasi Lalang.[5] Semasa dalam tahanan beliau berkenalan dengan YAB Lim Guan Eng kini menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang. Bagi Mohamad Sabu ketegangan itu berpunca dari memarakkan api perkauman di antara MCA yang melibatkan Tan Sri Lee Kim Sai dan Pemuda UMNO yang melibatkan Datuk Seri Najib Razak kini adalah bekas Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhammad Muhd Taib, Menteri Besar Selangor ketika itu berhubung isu tuntutan Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang dimainkan oleh MCA.
BERSIH
Perhimpunan BERSIH yang berlangsung pada 10 November 2007, beliau merupakan Pengerusi Gerakan Mobilisasi dan Demokrasi dan Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Adil dan BERSIH.
Pilihanraya umum Malaysia 2008
Pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau telah kalah kepada calon Barisan Nasional di kerusi Parlimen Kuala Terengganu, Terengganu.
Kontroversi
Tuduhan khalwat
Semasa menjadi Ketua Pemuda PAS, beliau ditangkap kerana disyaki berkhalwat dengan isteri orang bernama Normah Abdul Halim di bilik 121, Hotel Perdana, Kota Bharu, Kelantan. Kes ini dibicarakan di Mahkamah Syariah Kota Bharu. Serbuan khalwat tersebut oleh pegawai Jabatan Agama Hal Ehwal Islam Kelantan yang disertai krew TV3. Bagaimanapun, Mat Sabu bebas dari tuduhan itu kerana kekurangan bukti. Selain itu, isteri Mat Sabu juga bernama 'Normah'.[6] Kes 1994 ini muncul semula dalam Youtube pada 12 September 2011.[7]
Penghinaan para pahlawan negara
Pada 21 Ogos 2011 semasa satu ceramah di Gelugor, Pulau Pinang, Mohamad Sabu mengeluarkan satu kenyataan kontroversi dengan mengatakan kononnya Muhammad Indera, ketua tentera Parti Komunis Malaya (PKM) semasa Peristiwa Bukit Kepong 1950 yang selayaknya digelar "hero negara" dan bukannya anggota polis yang berjuang sehingga ke titisan darah terakhir untuk mempertahankan balai polis Bukit Kepong, dengan mendakwa kesemua anggota polis semasa serangan tersebut sebagai "pegawai British" manakala askar PKM pula dianggap "hero negara sebenar" memandangkan mereka "menentang British".[8] Ceramah tersebut, yang videonya tersebar luas di laman YouTube, telah mencetuskan kemarahan rakyat di seluruh Malaysia, memandangkan kenyataan tersebut dianggap sabagai satu penghinaan terhadap ahli keluarga 25 orang termasuk kanak-kanak, dan wanita yang terkorban dalam serangan tersebut,[9][10]di samping para pejuang kemerdekaan lain yang tiada kaitan dengan PKM seperti Tunku Abdul Rahman dan Dato' Onn Jaafar.[11]
Walau bagaimanapun, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menafikan segala tuduhan tersebut serta mempertahankan kenyataan dan dakwaan Mohamad Sabu atas alasan sama.[12]
Pada 10 September 2011, Mat Sabu mempertikaikan pula jasa Sarjan Hassan mempertahankan tanah air.[13]
Pada 20 September 2011, rumahnya disimbah dengan minyak tanah dan dibakar di Seksyen 19, Shah Alam ketika itu didiami oleh anaknya. Isterinya Normah Alwi menjaga ibu bapanya yang dimasukkan ke Hospital Kangar, Perlis. Laporan polis dibuat di Balai Polis Seksyen 15, Shah Alam.[14]
Pada 21 September 2011, Mat Sabu didakwa mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan di Mahkamah Sesyen Butterworth kerana memburukkan imej polis dan keluarga mereka dalam ceramah di Padang Menora pada 21 Ogos 2011. Peguam Mohamed Hanipa Maiden menyatakan Mat Sabu dibebaskan dengan jaminan RM15,000 sehingga hari perbicaraan. Jika sabit kesalahan, Mohamad boleh dipenjarakan sehingga dua tahun, atau didenda atau kedua-duanya sekali.[15]
Hubungan dengan Syiah
Keterangan Mat Sabu berkaitan isu Syiah telah mengaitkan beliau dengan sokongannya terhadap Iran dan proksinya seperti Hezbollah.[16] Beliau dinasihati agar lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan berkenaan Syiah kerana ia melibatkan akidah umat Islam di Malaysia.[17]
Anak Mat Sabu ditahan polis
Pada 5 Januari 2019, anaknya Ahmad Saiful Islam Mohamad telah ditahan bersama-sama 100 yang lain kerana positif dadah di Kuala Lumpur. Kes tersebut dibawah Seksyen 15 (1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952. [18]
Keluarga
Pada 17 Februari 2011, ibu Mat Sabu, Halijah Mat, (91 tahun) meninggal dunia di Kampung Guar Petai, Tasek Gelugor, Seberang Perai, Pulau Pinang. Ibunya pernah diserang angin ahmar sebanyak tiga kali. Jenazahnya disembahyangkan di Masjid Padang Menora. Adik beradik Mohamad Sabu seramai tujuh orang iaitu beliau sendiri, Fatimah, Abdullah, Zainab, Sofiah, Kasim dan Zaleha.[19]
Keputusan pilihan raya
Tahun | Kerusi | Undi | Peratus undi | Pembangkang | Undi | Peratus undi | Jumlah pengundi | Majoriti | Turnout | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1982 | Kepala Batas | Mohamad Sabu (PAS) | 4,115 | 16.82% | Abdullah Ahmad Badawi (UMNO) | 16,759 | 68.51% | 25,277 | 12,644 | 80.29% | ||
Khoo Siew Hoe (DAP) | 3,589 | 14.67% | ||||||||||
1986 | Permatang Pauh | Mohamad Sabu (PAS) | 7,500 | 29.44% | Anwar Ibrahim (UMNO) | 17,979 | 70.56% | 26,098 | 10,479 | 74.82% | ||
1990 | Nilam Puri | Mohamad Sabu (PAS) | 19,596 | 62.05% | Annuar Musa (UMNO) | 11,457 | 36.28% | 32,381 | 8,139 | 80.42% | ||
Kamarudin (Bebas) | 526 | 1.67% | ||||||||||
1995 | Kubang Kerian | Mohamad Sabu (PAS) | 21,377 | 65.52% | Mat Zin Awang (UMNO) | 11,252 | 34.48% | 33,550 | 10,125 | 75.74% | ||
1999 | Kuala Kedah | Mohamad Sabu (PAS) | 23,548 | 51.04% | Fauzi Abdul Hamid (UMNO) | 22,557 | 48.90% | 46,781 | 991 | 76.55% | ||
2004 | Mohamad Sabu (PAS) | 26,493 | 41.85% | Hashim Jahaya (UMNO) | 36,707 | 57.98% | 64,332 | 10,214 | 81.65% | |||
2008 | Kuala Terengganu | Mohamad Sabu (PAS) | 31,934 | 48.90% | Razali Ismail (UMNO) | 32,562 | 49.87% | 66,231 | 628 | 82.45% | ||
Maimun Yusuf (Bebas) | 685 | 1.05% | ||||||||||
2013 | Pendang | Mohamad Sabu (PAS) | 29,527 | 47.71% | Othman Abdul (UMNO) | 32,165 | 51.97% | 62,649 | 2,638 | 89.33% | ||
2018 | Kota Raja | Mohamad Sabu (AMANAH) | 90,697 | 70.79% | V. Gunalan (MIC) | 17,874 | 15.26% | 128,126 | 71,142 | 86.80% | ||
Mohamed Diah Baharun (PAS) | 19,555 | 13.95% |
Penghargaan
- Wilayah Persekutuan
- Seri Mahkota Wilayah (SMW) - Datuk Seri (2023)[23]
Penulisan
- Mohamad Sabu (2021). Juang Mat Sabu. Batu Caves: Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd. ISBN 9789672634102.
Rujukan
- ^ Mat Sabu dari ‘cerita skandal' jadi Menteri Pertahanan.
- ^ "Mat Sabu - timbalan presiden PAS yang baru" Malaysiakini.com. 4 Jun 2011
- ^ Mat Sabu dari pentas ceramah ke menteri kabinet
- ^ "Mat Sabu: I never said I had a degree, my school expelled me". Malaysiakini (dalam bahasa Inggeris). 9 Februari 2019. Dicapai pada 20 November 2020.
- ^ 在扣留营跟吉祥父子变朋友!末沙布:我知火箭不种族主义(Zài kòuliú yíng gēn jíxiáng fùzǐ biàn péngyǒu! Mò shā bù: Wǒ zhī huǒjiàn bù zhǒngzú zhǔyì / In the detaining camp become friends with LIM Kit-siang and his son! Mohamad Sabu: I know that the Rockets are not racist), http://www.malaymail.com, 25 October 2017.
- ^ Mat Sabu enggan komen perbualan berunsur seks
- ^ Mohd. Zahid cabar pimpinan Pas
- ^ Pisau.net. "Mat Sabu hina pejuang negara". Dicapai pada 2 September 2011.
- ^ "Waris tragedi Bukit Kepong tersinggung". Utusan Malaysia. 2011-08-28. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-10-03. Dicapai pada 2 September 2011.
- ^ Heroes’ graves in disgrace Families upset repairs have been slow in coming to Bukit Kepong cemetery MARHALIM ABAS Wednesday, September 7th, 2011 12:57:00 [pautan mati kekal]
- ^ "Mat Sabu's remarks an insult, says Tan Sri Muhyiddin (Inggeris)". The Star. 2011-08-28. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-10-19. Dicapai pada 2 September 2011.
- ^ "Isu sebenar ceramah Md Sabu (Melayu)". harakahdaily.net. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-09-11. Dicapai pada 2 September 2011.
- ^ Sarjan Hassan pula dipersoal, Oleh AZELI ALI
- ^ Rumah Mat Sabu dikhianat Kosmo
- ^ Mat Sabu mengaku tak bersalah
- ^ Mat Sabu: Isu Syiah timbul kerana hubungan Iran-AS
- ^ "Tak perlu pertahan Syiah". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-09-13. Dicapai pada 2012-09-19.
- ^ https://www.thestar.com.my/news/nation/2019/01/06/mat-sabu-confirms-son-arrested-in-antivice-raid/ Mohamad Sabu sahkan anaknya telah ditahan polis. Dicapai pada 6 Januari 2019
- ^ "Ibu Mohamad Sabu meninggal dunia". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-04-26. Dicapai pada 2012-02-05.
- ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 5 Jun 2016. Angka peratusan berdasarkan jumlah keluar.
- ^ "KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 13". Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umum. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 24 Mac 2017. Keputusan hanya boleh didapati di pilihan raya 2013.
- ^ "Pilihan Raya Umum Malaysia". undiinfo Data Pilihan Raya Umum Malaysia. Malaysiakini. Dicapai pada 4 Februari 2017. Keputusan hanya boleh didapati di pilihan raya 2004.
- ^ Senarai penerima darjah kebesaran
Pautan luar
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Mohamad Sabu |
- Laman web rasmi Diarkibkan 2009-05-21 di Wayback Machine
- Mohamad Sabu di Facebook
- Mohamad Sabu di Instagram
- Mohamad Sabu di Twitter