Mohamad Said adalah Adun Kuala Besut (1969-1974) selepas beliau menang bertanding dalam Pilihan raya umum Malaysia `1969. Beliau pernah dilantik sebagai Ahli Majlis Tempatan Besut (1952-1963) dan Ahli Majlis Bandaran Besut (1963-1969).

Beliau yang dilahirkan pada 23 Disember 1927 di Kampung Lapan Kotak, Besut . Beliau adalah pengasas dan Ketua Cawangan PAS Seberang Jerteh (1963), AJK PAS Kawasan Besut (1963-1967), Ketua Penerangan PAS Kawasan Besut (1967-1991).

Pada 2011, beliau bersama 20 yang lain dinobat tokoh Jubli Emas PAS Terengganu.

[1]

Rujukan sunting