Mohamed bin Suleiman yang lebih dikenali sebagai Mat Mega[1] merupakan salah seorang anggota Kumpulan Mega yang mula aktif pada tahun 1988. Akan tetapi, beliau hanya memulakan kerjayanya sebagai pemain gitar bass kumpulan tersebut pada tahun 1989 menggantikan Lomaq yang mengundur diri semasa rakaman album MEGA dirakamkan, melengkapkan barisan anggota Kumpulan Mega bersama Zarith (kemudiannya digantikan Rahmad), Adi, Sam dan Joey (kemudiannya digantikan Munir). Sebelum menganggotai Kumpulan Mega, beliau bersama seorang lagi anggota Mega iaitu Munir pernah menganggotai Kumpulan FRU yang dahulunya diterajui oleh penyanyi Hattan. Selain itu, beliau mempunyai seorang anak saudara yang mengikut jejak langkahnya dalam industri muzik tanah air iaitu Akim Ahmad yang lahir menerusi program realiti TV iaitu Akademi Fantasia Musim Ketujuh.

Mat Mega
Kelahiran
Mohamed bin Suleiman
Warganegara Malaysia
PekerjaanPenyanyi
Terkenal keranaKumpulan Mega

Rujukan sunting