Mohamad Supardi Md Noor

ahli perniagaan yang berjaya dan memperoleh darjah kebesaran persekutuan yang membawa gelaran Dato' Seri oleh Yang di-Pertuan Agong pada tahun 2017

Dato' Sri Mohamad Supardi Md Noor ialah ahli politik Malaysia dari parti PH-PKR.

Dato' Sri

Mohamad Supardi bin Md Noor
Pengerusi Majlis Getah Malaysia (MRC)
Memegang jawatan
14 Jun 2023
Perdana MenteriAnwar Ibrahim
MenteriJohari Abdul Ghani (Disember 2023-kini)
Fadillah Yusof (Jun 2023-Disember 2023)
Ketua PKR cabang Tanah Merah
Dalam jawatan
2022–2025
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Kelantan
Dalam jawatan
2018–2021
Digantikan olehNik Nazmi Nik Ahmad
Pengerusi Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga Nasional (Tekun Nasional)
Dalam jawatan
2018–2020
Perdana MenteriMahathir Mohamad
MenteriMohd Redzuan Md Yusof
Digantikan olehShaharizukirnain Abdul Kadir
Butiran peribadi
Lahir1959 (umur 62)
Parti politik
PasanganDatin Sri Siti Noor Asyikin
Alma materUniversiti Malaya
PekerjaanAhli Politik
ProfesionAhli Perniagaan

Peribadi sunting

Beliau berkelulusan ijazah sarjana muda ekonomi dari Universiti Malaya.

Beliau adalah penaung kepada Pertubuhan Pakatan Anak Tanah Merah (PAKAT) dan isterinya Datin Sri Siti Noor Asyikin adalah Srikandi penaung PAKAT.

Politik sunting

Beliau dilantik menjadi Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Kelantan setelah memperoleh kepercayaan majoriti cabang pada tahun 2018. Beliau menggantikan Ab Aziz Ab Kadir. Beliau juga ialah Ketua Cabang KEADILAN Tanah Merah.

Pada tahun 2018, beliau dilantik menjadi Pengerusi TEKUN oleh kerajaan Pakatan Harapan. Pada tahun 2020, beliau meletakkan jawatan sebagai Pengerusi TEKUN oleh kerana kejatuhan kerajaan PH meskipun disuruh kekal menjawat jawatan tersebut.

Beliau kemudian dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Yayasan Hijrah Selangor pada tahun 2021.

Selepas pembentukan Kerajaan Perpaduan, beliau dilantik sebagai Pengerusi Majlis Getah Malaysia (MRC), sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Perladangan dan Komoditi Malaysia

Calon Terkaya PKR sunting

PKR meletakkan syarat untuk setiap calonnya agar menandatangani surat pengisytiharan harta dan aku janji tidak melompat parti sekiranya menang.

Supardi didapati sebagai calon terkaya dalam kalangan calon-calon PKR pada Pilihan raya umum Malaysia 2023 (PRU-15) dengan jumlah aset sebanyak RM100 juta[1]. Beliau merupakan ahli perniagaan yang berjaya dan memperoleh darjah kebesaran persekutuan yang membawa gelaran Dato' Seri oleh Yang di-Pertuan Agong pada tahun 2017.

Darjah Kebesaran sunting

Beliau adalah antara penerima darjah kebesaran persekutuan yang membawa gelaran 'Dato' Sri' semasa Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V pada tahun 2017

Rujukan sunting