Mohamad bin Hasan

Ahli politik Malaysia
(Dilencongkan dari Mohamad bin Haji Hasan)

YB Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan (lahir pada 2 Mei 1956 di Rembau, Negeri Sembilan) adalah Menteri Besar Negeri Sembilan sejak Mac 2004 sehingga Mei 2018. Pelantikan semula beliau dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) menandakan penggal ke-3 jawatannya. Di peringkat akar umbi, beliau ialah Timbalan Presiden UMNO dan juga ialah Ketua UMNO Bahagian Rembau.[1]

Yang Berhormat Dato' Seri Utama Haji

Mohamad bin Haji Hassan

PSD; SPNS (NS); DSSA (Sel); DSNS (NS)
Ketua Pembangkang
Dewan Undangan Negeri Sembilan
Memegang jawatan
9 Mei 2018
Anggota Dewan Undangan Negeri Sembilan
untuk N27 Rantau
Memegang jawatan
21 Mac 2004
Didahului olehAbd Ghani Hassan
Timbalan Presiden UMNO
Memegang jawatan
30 Jun 2018
PresidenAhmad Zahid Hamidi
Didahului olehMuhyiddin Yassin

Menjalankan tugas

Menteri Besar Negeri Sembilan ke-5
Dalam jawatan
25 Mac 2004 – 9 Mei 2018
Raja
Didahului olehMohd Isa bin Hj. Abdul Samad
Digantikan olehAminuddin Harun
Butiran peribadi
Lahir (1956-05-02) 2 Mei 1956 (umur 64)
Flag of Negeri Sembilan.svg Rembau, Negeri Sembilan
Parti politikBarisan Nasional.png UMNO (Malaysia).svg UMNO
PasanganDatin Seri Utama Raja Salbiah binti Tengku Nujumudin
PekerjaanAhli korporat, Ahli politik

Latar belakangSunting

Beliau dilahirkan di Kampung Kundur Hilir, Rembau, Negeri Sembilan, pada 2 Mei 1956.

PendidikanSunting

Mohamad menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Datuk Akhir Zaman, Rantau, dan menyambungkan pendidikan menengahnya di Sekolah Menengah Kebangsaan Rantau. Selepas menyelesaikan pendidikan menengah, beliau terus ke Tingkatan 6 di Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Ampuan Durah, Seremban, dan kemudian melanjutkan pendidikan tinggi di Universiti Malaya pada tahun 1976.

Kerjaya awalSunting

Beliau memulakan kerjayanya sebagai Pelatih Bank Negara Malaysia, termasuk Penolong Pengurus di Malayan Banking Berhad, dan Pengurus di Arab Malaysian Merchant Bank Berhad. Mohamad kemudiannya berpindah kerjaya ke Bank Bumiputra Malaysia Berhad, dan pernah bertugas sebagai Pengurus Besar Bank Bumiputra London (1988-1992). Selepas berkecimpung dalam dunia perbankan, beliau berpindah ke sektor korporat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di Cold Storage Malaysia Berhad (1992-1994). Jawatan terakhirnya di sektor korporat ialah sebagai Pengarah Urusan Cycle and Carriage Bintang Berhad (1994-2004).

Selain daripada itu, Mohamad juga pernah memegang jawatan Ahli Lembaga Pengarah di Khazanah Nasional Berhad, dan juga sebagai Pengerusi Kumpulan FIMA Berhad, serta Ahli Lembaga Pengarah Sepang International Circuit (SIC).

PolitikSunting

Dilantik sebagai Menteri Besar Negeri SembilanSunting

Setelah memenangi pilihanraya kerusi Dewan Undangan Negeri Rantau, Dato' Seri Utama Haji Mohamad mengangkat sumpah menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan pada 25 Mac 2004. Beliau juga Ketua UMNO Bahagian Rembau, Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia dan Timbalan Presiden UMNO Malaysia.

Menjalankan tugas sebagai Presiden UMNOSunting

Pada 18 Disember 2018, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan Dato' Seri Utama Mohamad Hasan dilantik untuk menjalankan tugas sebagai Presiden UMNO berikutan beliau ingin memberi tumpuan terhadap kes mahkamah yang masih dalam tempoh perbicaraan[2]

Keputusan pilihan rayaSunting

Dewan Undangan Negeri Sembilan: N27 Rantau[3][4][5][6][7][8][9]
Tahun Penyandang Undi Peratus Penentang Undi Peratus Jumlah pengundi Majoriti Peratus unjuran
2004 Mohamad Hasan (UMNO) 8,031 79.30% Badrulhisham Shaharin (KeADILan) 1,832 18.09% 10,127 6,199 72.77%
2008 Mohamad Hasan (UMNO) 7,739 66.17% Aisah Lamsah (PKR) 3,956 33.83% 12,216 3,783 80.77%
2013 Mohamad Hasan (UMNO) 10,126 64.75% Aisah Lamsah (PKR) 5,513 35.25% 15,878 4,613 87.09%
2018 Mohamad Hasan (UMNO) 1 Kosong Kosong Menang tanpa bertanding Kosong Kosong Kosong Kosong Kosong
2019 Mohamad Hasan (UMNO) 10,379 63.18% Streram Sinnansamy (PKR) 5,887 35.84% 16,428 4,510 79.30%
Malar Rajaram (BEBAS) 83 0.50%
Mohd Nor Yassin (BEBAS) 79 0.48%

Nota: 1 Pada 16 September 2018, Mahkamah Pilihan Raya telah menjatuhkan keputusan bahawa kemenangan Mohamad Hasan (menang tanpa bertanding) pada PRU 14 tidak diiktiraf dan mengarahkan agar Pilihan raya kecil perlu diadakan semula.

AnugerahSunting

Anugerah di MalaysiaSunting

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ Biografi MB | N9 Kini - Portal Berita Negeri Sembilan Dicapai 8 Julai 2014.
  2. ^ https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2018/12/21/mohamad-promises-credible-effective-opposition-from-umno/ Dicapai pada 22 Disember 2018
  3. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 4 February 2017. Angka peratusan berdasarkan based jumlah keluar undi.
  4. ^ "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 4 February 2017. Keputusan hanya boleh didapati di pilihan raya 2004.
  5. ^ "KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 13". Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umum. Suruhanjaya Piliha Raya Malaysia. Dicapai pada 24 March 2017.
  6. ^ "my undi : Kawasan & Calon-Calon PRU13 : Keputusan PRU13 (Archived copy)". www.myundi.com.my. Diarkib daripada yang asal pada 30 Mac 2014. Dicapai pada 9 April 2014. Parameter |deadurl= yang tidak diketahui diendahkan (bantuan)
  7. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum ke-13". Utusan Malaysia. Dicapai pada 26 October 2014.
  8. ^ "SEMAKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE - 14". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 17 May 2018. Angka peratusan berdasarkan jumlah undi.
  9. ^ "The Star Online GE14". The Star. Dicapai pada 24 May 2018. Angka peratusan berdasarkan jumlah undi.

Pautan luarSunting


Penyandang Terdahulu Menteri Besar Negeri Sembilan
25 Mac 2004 – 9 Mei 2018
Penyandang Kemudian
Tan Sri Isa Abdul Samad Aminuddin Harun