Mohamed Azmin Ali

Ahli politik Malaysia

Dato' Seri Mohamed Azmin Ali (lahir 25 Ogos 1964) merupakan seorang ahli politik Malaysia. Beliau ialah bekas Ahli Parlimen Gombak, Selangor dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa, Selangor dari parti BERSATU. Beliau merupakan bekas ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR). Beliau pernah menjadi Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat sehingga pemecatan beliau dari parti pada 2020. Di peringkat negeri Selangor, beliau pernah menjadi ahli jawatankuasa Selcat. Beliau pernah memegang jawatan sebagai Ketua PKR Sabah, kemudian PKR Wilayah Persekutuan dan PKR Selangor.


Mohamed Azmin Ali

SPMS (Selangor); SSDK (Kedah); SMS (Selangor)
محمد عزمين بن علي
Azmin Ali 2022.jpg
Menteri Kanan
Kluster Ekonomi
Dalam jawatan
30 Ogos 2021 – 10 Oktober 2022
RajaAl-Sultan Abdullah
Perdana MenteriBarisan Nasional.png UMNO (Malaysia).svg Ismail Sabri Yaakob
Kawasan pilihan rayaGombak
Dalam jawatan
10 Mac 2020 – 16 Ogos 2021
RajaAl-Sultan Abdullah
Perdana MenteriLogo Perikatan Nasional.svg Bendera BERSATU.svg Muhyiddin Yassin
Kawasan pilihan rayaGombak
Menteri
Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Dalam jawatan
30 Ogos 2021 – 10 Oktober 2022
RajaAl-Sultan Abdullah
Sultan Muhammad V
Perdana MenteriBarisan Nasional.png UMNO (Malaysia).svg Ismail Sabri Yaakob
TimbalanLim Ban Hong
Dalam jawatan
10 Mac 2020 – 16 Ogos 2021
RajaAl-Sultan Abdullah
Sultan Muhammad V
Perdana MenteriLogo Perikatan Nasional.svg Bendera BERSATU.svg Muhyiddin Yassin
TimbalanBarisan Nasional.png Flag of the Malaysian Chinese Association.svg Lim Ban Hong
Didahului olehDarell Leiking
Anggota Parlimen Malaysia
untuk P98 Gombak, Selangor
Dalam jawatan
8 Mac 2008 – 10 Oktober 2022
Didahului olehBarisan Nasional.png UMNO (Malaysia).svg Datuk Dr. Rahman Ismail (BN)
Digantikan olehAmirudin Shari
Majoriti
  • 6,867 (PRU12)
  • 4,734 (PRU13)
  • 48,721(PRU14)
Ahli Dewan Negeri Selangor
untuk Bukit Antarabangsa
Memegang jawatan
8 Mac 2008
Didahului olehBarisan Nasional.png UMNO (Malaysia).svg Azman Wahid
Majoriti
  • 1,381 (PRU12)
  • 4,044 (PRU13)
  • 25,512(PRU14)
Ketua Penerangan
Parti Perikatan Nasional
Memegang jawatan
2020
Didahului olehPenyandang sulung
Pengerusi
Badan Perhubungan Negeri
Parti Perikatan Nasional
Selangor
Memegang jawatan
5 Januari 2021
Didahului olehPenyandang sulung
Menteri Hal Ehwal Ekonomi
Dalam jawatan
Mei 2018 – 24 Februari 2020
RajaAl-Sultan Abdullah
Sultan Muhammad V
Perdana MenteriPakatan-harapan-logo.svg Bendera BERSATU.svg Mahathir Mohamad
TimbalanPakatan-harapan-logo.svg Bendera BERSATU.svg Senator Datuk Dr. Mohd Radzi Md Jidin
Digantikan olehLogo Perikatan Nasional.svg Bendera BERSATU.svg Mustapa Mohamed
Naib Presiden
Pakatan Harapan
Dalam jawatan
13 Julai 2017 – 24 Februari 2020
Berkhidmat dengan Mukhriz Mahathir, Salahuddin Ayub, M. Kulasegaran, Chong Chieng Jen, Christina Liew
Didahului olehJawatan diwujudkan
Timbalan Presiden
Parti Keadilan Rakyat
Dalam jawatan
28 November 2010 – 24 Februari 2020[1]
Didahului olehParti Keadilan Rakyat logo.svg Syed Husin Syed Ali
Digantikan olehParti Keadilan Rakyat logo.svg Rafizi Ramli
Menteri Besar Selangor ke-15
Dalam jawatan
23 September 2014 – 19 Jun 2018
RajaSultan Sharafuddin Idris Shah
Didahului olehParti Keadilan Rakyat logo.svg Abdul Khalid Ibrahim
Digantikan olehPakatan-harapan-logo.svg Bendera Parti Keadilan Rakyat PKR 4975x2490 px.svg Amirudin Shari
Ahli Dewan Negeri Selangor
untuk Hulu Kelang
Dalam jawatan
1999–2004
Didahului olehBarisan Nasional.png UMNO (Malaysia).svg Fuad Hassan
Digantikan olehBarisan Nasional.png UMNO (Malaysia).svg Ahmad Bujang
Butiran peribadi
Lahir (1964-08-25) 25 Ogos 1964 (umur 58)
Negeri Singapura, Malaysia, (kini Singapura)
KewarganegaraanMalaysia
KerakyatanOrang Melayu Malaysia
Parti politikBendera Parti Keadilan Rakyat PKR 4975x2490 px.svg PKR (sehingga 2020)[1]
Bebas-100px.jpg BEBAS (2020)
Bendera BERSATU.svg PPBM (2020-kini)[2]
Sekutu gabungan
politik lain
Pakatan Harapan Logo.svg PH (sehingga 2020)
Logo Perikatan Nasional.svg PN (2020-kini)
PasanganDatin Seri Shamshida Taharin
Anak-anak
  • Farah Shazliyana (1989)
  • Mohamed Ameer Shazrin (1991)
  • Farah Amira (1993)
  • Farah Afifah (1995)
  • Mohamed Basheer Noor Alhaq (1997)
  • Mohamed Yusuf Al Sadiq (2002)
KediamanBukit Antarabangsa, Mukim Hulu Kelang,Bandar Ampang Jaya, Daerah Gombak, Selangor
Alma materUniversiti Minnesota
PekerjaanAhli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri dan Menteri Kabinet
GajiRM68,913.28 sebulan[3]
Nilai bersihRM1 ke 2.5 juta[3]
KabinetKabinet Malaysia 2018
AnugerahSenarai
Tandatangan
Laman web rasmiazminali.com

Pada 23 September 2014, beliau telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim di hadapan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Alam Shah, Klang. Tetapi sepanjang beliau berkhidmat kepada masyarakat dan negara, beliau gagal untuk memuaskan keperluan pihak yang bertentangan dengannya.

Kehidupan awalSunting

Azmin dilahirkan di Singapura (yang ketika itu masih berada dalam Malaysia) pada 25 Ogos 1964 dan merupakan abang kepada pengacara televisyen yang penuh kontroversi iaitu Azwan Ali dan Ummi Hafilda Ali.

Bapanya Haji Ali Omar dan ibunya Hajah Che Tom Yahaya menetap di Kampung Klang Gate, Taman Melawati, Ulu Klang, Selangor. Adik beradiknya termasuklah Azwan Ali (pelakon, pengacara) dan Arpah Ali (pakar motivasi). Azmin menerima pendidikan awalnya di Sekolah Gurney Road (2) Kuala Lumpur dari tahun 1971 hingga 1976. Selepas itu beliau menerima pendidikan menengah di Sekolah Menengah Setapak, Kuala Lumpur (1977-1979) dan Institut Teknikal, Jalan Cheras, Kuala Lumpur (1980-1981). Pada tahun 1982, beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Minnesota di Amerika Syarikat dan berjaya menggulung ijazah dalam bidang matematik dan ekonomi pada 1987. Selanjutnya beliau menyambung sarjana dalam pendidikan (matematik dan ekonomi) di universiti yang sama.

Sekembalinya ke Malaysia pada tahun 1987, Azmin dilantik menjadi Pegawai Khas kepada Anwar Ibrahim yang pada masa itu ialah Menteri Pendidikan. Azmin kemudian dinaikkan pangkat kepada Setiausaha Peribadi kepada Menteri Pendidikan dan sehinggalah pada masa Anwar dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Azmin mendirikan rumah tangga bersama Shamsidar Taharin pada 7 Ogos 1988 yang juga belajar di universiti yang sama di Amerika Syarikat. Pasangan ini mempunyai enam orang anak.

Azwan Ali pernah membuat ugutan bunuh terhadap adiknya Umi Hafilda menerusi Twitter. Pada 13 Januari 2012, Ummi membuat laporan polis di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail. Ketua Polis Petaling Jaya, Arjunaidi Mohamad mengklasifikasikan kes itu di bawah Seksyen 506 Kanun Cara Jenayah. Akhirnya Azwan dan Umi Hafilda berdamai.[4]

Kerjaya politikSunting

Barisan NasionalSunting

Menurut Azmin, beliau mula terlibat dalam politik pada sekitar 1987 apabila Perdana Menteri Malaysia ketika itu Dr Mahathir meminta beliau bekerja dengan Anwar Ibrahim.[5]

Mahathir mengenali Azmin semasa beliau masih menuntut di Amerika Syarikat dan menjadi pemimpin pelajar di sana. Hubungan baik kedua-duanya bagaimana pun tidak berkekalan apabila Anwar dipecat daripada kedudukannya sebagai Timbalan Perdana Menteri pada September 1998. Azmin menyifatkan insiden pemecatan tersebut adalah yang paling sukar dalam hidupnya apabila terpaksa memilih antara Mahathir ataupun Anwar.

Pakatan RakyatSunting

Azmin memilih untuk bersama Anwar dan beliau antara ahli yang awal menganggotai Parti Keadilan Nasional yang kemudiannya dikenali dengan Parti Keadilan Rakyat.

Pada Pilihanraya Umum ke-10 (29 November 1999), Azmin telah dipilih sebagai ADUN Hulu Kelang. Beliau dipilih semula dalam Pilihanraya Umum ke-12 (2008) dengan mengalahkan calon Barisan Nasional, Said Anuar Said Ahmad dengan majoriti sebanyak 6,867 undi. Beliau memperolehi 40,334 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 33,467 undi. Dalam Pilihanraya Umum ke-13 (2013), Azmin memenangi kerusi DUN Bukit Antarabangsa.

Beliau juga merupakan bekas ahli Parlimen Gombak.

Di dalam Parti, Azmin dilantik sebagai Naib Presiden Parti Keadilan Nasional pada 2001 dan dipilih semula pada Disember 2004 dan Mei 2007. Pada 2010, Kongres Parti Keadilan Nasional telah melantik Azmin sebagai Timbalan Presiden dan beliau terus menyandang jawatan tersebut sehinggalah pada hari ini.

Pada 23 September 2014, Azmin Ali dilantik sebagai Menteri Besar Selangor berikutan peletakan jawatan Khalid Ibrahim. Beliau memegang jawatan sebagai Menteri Besar selepas gabungan DAP, PAS, dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) merampas Selangor pada Pilihan Raya Umum 2008.

Selepas Azmin mengambil alih jawatan itu, beliau menjanjikan banyak perkara kepada penduduk Selangor termasuk untuk menyelesaikan isu paling kritikal di negeri itu iaitu air. Bagaimanapun pada Sidang Dewan Negeri Selangor banyak digunakan untuk berkebun dan kolam renang.[6]

Selepas isu air, Azmin sekali lagi dikejutkan apabila Khalid meminta beliau mendedahkan mengenai penubuhan Darul Ehsan Investment Group (DEIG)[7]. Azmin sendiri mengakui beliau tidak tidur selama dua bulan memikirkan mengenai masalah-masalah negara seperti derma dana politik, kejatuhan nilai ringgit dan kepimpinan di Putrajaya hinggakan beliau menjadi bahan lawak, dengan ramai yang menyifatkannya sebagai panda kerana lingkaran hitam di matanya.[8]

Azmin juga diminta memberikan penjelasan mengenai RM7.56 bilion duit rakyat Selangor. Beliau didakwa cuba menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuan rakyat Selangor dan tidak konsisten dalam kenyataannya berhubung isu air.

Beliau turut dicabar untuk mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) tergempar bagi menentukan sama ada beliau masih lagi mendapat sokongan majoriti sebagai Menteri Besar sekali gus menyelesaikan pergolakan yang berlaku dalam pentadbirannya ketika ini.[9]

Pakatan HarapanSunting

 
Azmin menerima kunjungan Kamala Lakhdhir

Berikutan selepas Pilihan Raya Umum 2018, Azmin dinamakan sebagai salah seorang menteri dalam kabinet Perdana Menteri Mahathir Mohamad yang baru dipilih pada 18 Mei 2018.[10] Beliau akan mengetuai Kementerian Hal Ehwal Ekonomi yang baru ditubuhkan. Beliau bersumpah sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi pada 21 Mei 2018 di Kuala Lumpur Istana Negara.[11] Pada 24 Februari 2020, beliau dipecat dari Parti Keadilan Rakyat bersama dengan Zuraida Kamaruddin.

Pemecatan beliau dibuat kerana membawa keluar sebahagian daripada Ahli Parlimen Pakatan Harapan dari Parti Keadilan Rakyat dan menyokong parti lawan.

Beliau kemudiannya bersama-sama 11 orang bekas Ahli Parlimen Pakatan Harapan telah keluar dari Parti Keadilan Rakyat[12] dan menjadi Ahli Parlimen Bebas sebelum menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia, manakala Baru Bian kekal dalam kem pembangkang dengan menyertai Parti Sarawak Bersatu.[13]

Perikatan NasionalSunting

Setelah kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan pada tahun 2020 lalu, Azmin telah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia bersama beberapa pemimpin lain antaranya termasuklah Zuraida Kamaruddin, Mohd Rashid Hasnon, Saifuddin Abdullah dan Mansor Othman. Ada dari kalangan mereka telah dilantik sebagai Menteri dan Timbalan Menteri dalam Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Muhyiddin Yassin. Azmin telah dilantik sebagai Menteri Kanan Kluster Ekonomi yang memegang portfolio sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia.[14]

Beliau dilantik sebagai Menteri Kanan yang paling kanan di antara empat orang Menteri Kanan dan menjadi pengganti utama kepada Perdana Menteri untuk mempengerusikan mesyuarat Jemaah Menteri ketika Perdana Menteri berada di luar negara.[15]

Kedudukan tersebut berubah setelah Ismail Sabri Yaakob dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia.[16]

Keluarga MalaysiaSunting

 
Azmin ketika bertemu Gina Raimondo di Pejabat Timbalan Perdana Menteri di Perdana Putra

Selepas Kerajaan Perikatan Nasional dijatuhkan oleh 105 orang Ahli Parlimen Pembangkang Malaysia dan 15 Ahli Parlimen Barisan Nasional dari UMNO yang telah menyatakan mereka telah kehilangan kepercayaan terhadap Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob telah melantik Azmin ke jawatan yang sama.[17]

Majlis angkat sumpah jawatan telah dilaksanakan pada 30 Ogos 2021 di Istana Negara di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah.[18]

Selaku Menteri Kanan terkanan, Azmin terus menggunakan Pejabat Timbalan Perdana Menteri di Perdana Putra apabila menerima kunjungan tetamu penting.

Semasa menerima pelantikan tersebut, beliau telah menyatakan komitmen Jemaah Menteri untuk terus berkhidmat dan meneruskan usaha pemulihan negara yang dipelopori oleh Kerajaan Perikatan Nasional dalam semangat Kerajaan Keluarga Malaysia.[19]

Pilihan rayaSunting

Pilihan Raya Umum 14 (2018)Sunting

Pada 11 Mei 2018, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilantik semula sebagai Menteri Besar Selangor selepas Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dengan memperoleh 51 majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dan telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor di Istana Alam Shah, Selangor.

Istiadat mengangkat sumpah jawatan dan ikrar Aku Janji itu diadakan di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

KontroversiSunting

Minah RonggengSunting

Pada 27 Mei 2009, Malaysiakini melaporkan bahawa timbalan presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berulangkali menggelar Aminah Abdullah seorang calon bebas, sebagai ‘Minah Ronggeng' kerana mendakwa bahawa tuduhan Aminah mengenai tawaran sogokan oleh PKR supaya menarik diri daripada bertanding dalam pilihanraya kecil Penanti itu tidak berasas sama sekali.[20][21]

Saham RM8.5 jutaSunting

Pada 14 November 2009, beliau menafikan beliau, isteri serta iparnya membeli saham bernilai RM8.5 juta seperti yang didakwa oleh bekas Ketua Pemuda MIC yang juga Pengerusi Yayasan Pembangunan Belia India Malaysia, S.A. Vickneswaran. Vicneswaran mendakwa memiliki dokumen-dokumen berkaitan urusan pembelian saham melibatkan Azmin dan isterinya, Shamshida Tahrin termasuk iparnya, Jamal Tahrin yang mencecah RM8.5 juta pada awal 1990-an. Sepanjang tempoh tiga tahun mulai 1992, Azmin didakwa telah membelanjakan kira-kira RM800,000 untuk membeli saham manakala jumlah saham yang dibeli Shamshida mencecah RM8.5 juta.[22] Sehingga awal 2010, tiada bukti dikemukakan kepada mahkamah/umum bagi menyokong dakwaan tersebut. beliau dilaporkan telah mengarahkan peguamnya untuk bertindak melalui prosiding undang-undang terhadap pihak yang membuat kenyataan tersebut tetapi sehingga kini tiada tindakan diambil oleh beliau.

Dakwaan seksSunting

Pada April 2012, Azmin Ali mendakwa bahawa pelbagai tohmahan telah dilemparkan kepada dirinya. Antaranya, video yang memaparkan seorang lelaki bersama seorang wanita di dalam tandas melakukan seks oral dan modus operandi ini sama yang digunakan terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim. Dakwaan turut dilemparkan ke atas isterinya yang kononnya diberikan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemuas nafsu dan anaknya yang didakwa sebagai anak Anwar Ibrahim, disusuli dengan dakwaan pemilikan saham. Kemudiannya beliau dituduh menghina Raja-Raja Melayu dan semasa Bersih 3.0 beliau dituduh mencetuskan provokasi.

Azmin Ali, isteri serta anak perempuannya telahpun melakukan ujian DNA sebanyak dua kali dalam bulan Julai 1998. Hasil ujian DNA menyebut Azmin dan isteri merupakan 'biological parent' kepada anak mereka. The results from all three genetic loci show that the donor of blood specimen marked 'X' (putative father) is the biological father of the donor of the blood specimen marked 'Y' (child).[23]

Pada 2 Jun 2012, rumah Azmin Ali di Taman Bukit Antarabangsa menjadi sasaran 50 pemuda dipercayai dari Ampang. Mereka membawa plakad dan melaungkan slogan "PKR penipu" dan "Azmin rasuah".[24]

Perihal Azmin Ali dan Wan AzizahSunting

Azmin Ali dan Wan Azizah dikatakan mempunyai isu berkaitan politik mereka dan kehidupan peribadi. Pertengkaran antara Azmin dan ahli keluarga Anwar diketahui oleh orang ramai sejak Azmin cuba untuk menunjukkan kuasa beliau sebagai Naib Presiden parti.[25] Baru-baru ini Parti Keadilan Rakyat bercanggah pendapat di mana satu kumpulan perakaran untuk Azmin Ali, dan yang lain menyokong Wan Azizah Wan Ismail dan Anwar Ibrahim.[26].

Azmin Ali dan Che Tom YahayaSunting

Azmin Ali dikatakan telah meninggalkan ibunya dan memutuskan hubungan dengan keluarganya. Ibunya, Che Tom berasa sangat sedih dan merayu dan memohon supaya Azmin Ali pulang bertemu dengannya. Che Tom secara terbuka menyatakan bahawa beliau selalu berdoa agar anaknya itu bebas dari cengkaman Anwar Ibrahim manakala Ummi Hafilda Ali menyatakan bahawa jika Azmin memutuskan hubungan dengan Anwar Ibrahim, dia dengan senang hati mahu menghentikan kempen beliau terhadap abangnya.[27]

SemburitSunting

Pada Aidil Fitri tahun 2019, Azmin Ali dikaitkan dengan video semburit HD yang didakwa melibatkan beliau dan Ketua AMK Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz. Kejadian tersebut dikenalpasti berlaku pada bulan Ramadhan ketika kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Sandakan yang dimenangi DAP.

Kejadian itu mempopularkan semula istilah Bahasa Melayu Klasik, semburit. Perkataan semburit yang menarik perhatian ramai susulan isu penyebaran video seks tersebut disarankan tidak perlu ditukar hanya kerana dianggap tidak senonoh atau kurang menyenangkan. Penasihat Persatuan Linguistik Malaysia, Prof. Datuk Dr. Awang Sariyan berpendapat, istilah semburit yang membawa maksud persetubuhan sesama lelaki mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat bertepatan dengan perbuatan yang dilakukan.[28]

Pada 13 Jun 2019, Haziq dalam satu kenyataan mengakui sebagai individu di dalam rakaman video seks sejenis dengan seorang lelaki yang tular di media sosial. Malah, Haziq mengakui bahawa seorang lagi lelaki yang bersamanya dalam rakaman berkenaan adalah seorang menteri kanan.

Selepas tular dua klip video seks sejenis Ketua AMK Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz dengan seorang menteri kanan Kabinet, muncul pula dalam laman YouTube manakala versi penuh menerusi laman pornografi, Pornhub.[29]

Memetik laporan portal The Star, video yang bertajuk ‘No Way’ itu dalam Youtube dipercayai dimuat naik pada lewat malam.

Adik Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Ummi Hafilda Ali mendakwa rakyat tidak berminat untuk mengetahui dalang disebalik penyebaran video berkenaan sebaliknya, rakyat mahu tahu siapa pelaku dalam video tersebut dan perlu diseret ke muka pengadilan. Ummi Hafilda juga mendakwa pernah membawa abangnya itu ke hospital setelah dubur Azmin berdarah akibat disemburit oleh Dato Seri Anwar Ibrahim.[30]

Pengerusi Perhubungan PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak dikenal pasti sebagai ahli politik yang ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung skandal video seks, yang mengaitkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.[31]

Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Seri Abdul Hamid Bador mengesahkan video seks membabitkan bekas Ketua Pemuda PKR Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz dan lelaki dikatakan mirip Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali adalah tulen. Bagaimanapun, beliau memaklumkan CyberSecurity tidak dapat memastikan 100 peratus pelaku dalam video berkenaan.

Dalam pada itu, Abdul Hamid memberitahu akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi berhubung ketulenan video berkenaan selepas lawatan kerja di Markas Angkatan Tentera Malaysia, Wisma Pertahanan.[32]

AnugerahSunting

Beliau dianugerahkan:[33]

Keputusan pilihan rayaSunting

Dewan Negeri Selangor[35][36][37][38][39][40]
Tahun Perlembagaan Kerajaan Undi Peratusan Pembangkang Undi Peratusan Buang undi Majoriti Keluar
1999 N18 Hulu Kelang, P91 Gombak. Fuad Hassan (UMNO) 8,039 46.67% Mohamed Azmin Ali (KeADILan) 9,185 53.32% 17,395 1,146 76.65%
2008 N19 Bukit Antarabangsa, P99 Ampang. Mohamed Azmin Ali (PKR) 11,731 52.91% Haslinda Mohd Zerain (UMNO) 10,350 46.68% 22,397 1,381 72.99%
2013 Mohamed Azmin Ali (PKR) 16,502 56.81% Mohamad Nadzim Ibrahim (UMNO) 12,458 42.89% 29,352 4,044 85.16%
2018 Mohamed Azmin Ali (PKR) 75,113 63.10% Abdul Rahim Pandak Kamaruddin (UMNO) 26,392 22.17% 119,975 48,721 85.4%
Khairil Nizam Khirudin (PAS) 17,537 14.73%
Parlimen Malaysia[35][36][37][38]
Tahun Perlembagaan Kerajaan Undi Peratusan Pembangkang Undi Peratusan Buang undi Majoriti Keluar
2008 P98 Gombak, Selangor. Mohamed Azmin Ali (PKR) 40,334 53.92% Said Anuar Said Ahmad (UMNO) 33,467 44.74% 75,619 6,867 76.26%
2013 Mohamed Azmin Ali (PKR) 54,827 51.82% Rahman Ismail (UMNO) 50,093 47.34% 107,162 4,734 86.92%
Said Nazar Abu Baker (BEBAS) 474 0.45%
2018 Mohamed Azmin Ali (PKR) 75,113 63.10% Abdul Rahim Pandak Kamaruddin (UMNO) 26,392 22.17% 119,975 48,721 85.4%
Khairil Nizam Khirudin (PAS) 17,537 14.73%

Lihat JugaSunting

Geng Kartel Azmin

RujukanSunting

  1. ^ a b "Azmin, Zuraida dipecat". Berita Harian. 24 Februari 2020.
  2. ^ Jonathan Yassin, Azmin Now A Bersatu Member
  3. ^ a b "Portal Pengisytiharan Harta". Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Ogos 2020. Dicapai pada 15 Oktober 2020.
  4. ^ "Ummi Hafilda-Azwan Ali : Ini 'gencatan senjata' ke ?". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-09-05. Dicapai pada 2012-05-06.
  5. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-12-04. Dicapai pada 2014-09-24.
  6. ^ "Selangor sedia kaji semula skim air percuma". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-08-19. Dicapai pada 2015-08-20.
  7. ^ Khalid Ibrahim Bangkit Isu DEIG Selangor
  8. ^ Azmin tak tidur dua bulan memikir masalah negara
  9. ^ Azmin dicabar adakan sidang DUN tergempar
  10. ^ "PM umum senarai menteri Kabinet". Sinar Harian (dalam bahasa Bahasa Melayu). 18 May 2018. Dicapai pada 21 May 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)
  11. ^ "Wan Azizah ketuai angkat sumpah menteri kabinet". Berita Harian. 21 May 2018. Dicapai pada 22 May 2018.
  12. ^ 11 Ahli Parlimen PKR keluar parti
  13. ^ 'Saya katak yang baik' - Baru Bian
  14. ^ Azmin dilantik menteri kanan
  15. ^ Azmin pengerusikan Mesyuarat Kabinet jika PM tiada
  16. ^ Ismail Sabri dilantik Timbalan Perdana Menteri
  17. ^ Kabinet: Azmin Ali antara empat dilantik menteri kanan
  18. ^ Istiadat angkat sumpah menteri, timbalan menteri selesai
  19. ^ Ikrar Kabinet baharu demi Keluarga Malaysia
  20. ^ "PKR resorts to name calling", Malaysiakini.com, 27 Mei 2009.
  21. ^ "Azmin gelar calon bebas 'Minah Ronggeng'", Malaysiakini.com, 27 Mei 2009.
  22. ^ "Azmin nafi beli saham RM8.5 juta", Utusan Online, 15 November 2009.
  23. ^ Fitnah jahat bersiri menjelang PRU13 - Azmin
  24. ^ Rumah Azmin jadi sasaran protes lagi
  25. ^ http://thestar.com.my/columnists/story.asp?file=/2010/10/19/columnists/joceline/7253341&sec
  26. ^ http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130321/po_05/Lum-Yong-dakwa-Azmin-kini-'kepanasan'
  27. ^ http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2012/4/10/nation/11077728&sec=nation
  28. ^ https://m.utusan.com.my/berita/nasional/kekalkan-istilah-semburit-awang-sariyan-1.921448
  29. ^ https://m.utusan.com.my/berita/nasional/video-haziq-muncul-dalam-youtube-laman-pornografi-1.924609
  30. ^ http://m.utusan.com.my/berita/politik/video-semburit-rakyat-nak-tahu-pelaku-bukan-dalang-ummi-hafilda-1.936437
  31. ^ https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2019/07/17/pegawai-anwar-video-seks/#9iAQMCUUHmmM6SDb.99
  32. ^ https://www.hmetro.com.my/node/476779/amp
  33. ^ "Senarai Penerima SPMS". awards.selangor.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-03-16. Dicapai pada 16 March 2018.
  34. ^ "Raja Muda Kedah dahului penerima darjah kebesaran". Sinar Harian. 19 Jun 2022. Dicapai pada 19 Jun 2022.
  35. ^ a b "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". SPR. Dicapai pada 1 May 2010. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  36. ^ a b "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 4 February 2017. Keputusan hanya boleh didapati dari pilihan raya umum 2004.
  37. ^ a b "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen 13". SPR. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-05-08. Dicapai pada 6 May 2013. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  38. ^ a b "14th General Election Result - Selangor". pru14result.bernama.com. BERNAMA. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-12. Dicapai pada 11 May 2018. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "PRU14" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  39. ^ "SEMAKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE - 14". Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 17 May 2018. Percentage figures based on total turnout.
  40. ^ "The Star Online GE14". The Star. Dicapai pada 24 May 2018. Percentage figures based on total turnout.

Pautan luarSunting