Mohamed Fadzli Hassan
Yang Berhormat Dato' Dr. Mohamed Fadzli Dato' Haji Hassan adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Beliau merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Temangan, Kelantan bertanding di atas tiket PAS. Di peringkat parti, beliau merupakan Timbalan Pesuruhjaya III PAS Negeri Kelantan dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat serta Timbalan Pengerusi Lajnah Undang-Undang dan Hal Asasi Manusia PAS Pusat.
Yang Berhormat Dato' Dr. Mohamed Fadzli Hassan DJMK, JMK (Kelantan); PhD | |
---|---|
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan | |
Memegang jawatan 2018 | |
Anggota Dewan Undangan Negeri Kelantan untuk Temangan | |
Memegang jawatan 2008 | |
Didahului oleh | Hassan Muhamad |
Butiran peribadi | |
Lahir | 12 Julai 1968 |
Parti politik | ![]() |
Pasangan | Datin Bahrulnurarifah Baharuddin |
Kediaman | ![]() |
Pekerjaan | Ahli politik |