Mohamed Hashim bin Mohd Ali

Jeneral (Bersara) Tan Sri Dato' Seri (Dr.) Mohamed Hashim bin Mohd Ali (lahir 10 April 1937) adalah bekas Ketua Turus Angkatan Tentera Malaysia.

BiografiSunting

Mohammed Hashim bin Mohd Ali dilahirkan di Jalan Peel, bandar Kuala Lumpur (ketika itu ibu negeri Selangor) kepada ibu bapa Melayu berketurunan Minangkabau Rawa yang berasal dari Klang, Selangor dan mempunyai darah keturunan dari Rao Mapat Tunggul, Sumatera Barat, Indonesia. Beliau mendapat penddikan awal di Sekolah Kebangsaan Jalan Pasar 1, Kampung Pandan, Kuala Lumpur.

Selepas sahaja beliau tamat persekolahan rendah, beliau memasuki Institut Victoria, Kuala Lumpur dari tahun 1949 hingga 1955. Semasa di VI, beliau menjadi ketua pasukan hoki dan juga menjadi wakil sekolah dalam acara renang. Beliau juga menjadi jurulatih sekolah untuk menguruskan peperiksaan anjuran Royal Life Saving Society.

Kerjaya TenteraSunting

Hashim Mohd Ali menceburi bidang tentera sebagai kerjaya. Dia menjadi kadet di Royal Military Academy, Sandhurst sekitar tahun 1955 hingga 1957. Dalam bulan Disember 1957, beliau ditauliahkan sebagai pegawai muda dalam Rejimen Askar Melayu DiRaja dan dihantar bertugas dengan Batalion ke-3 Rejimen Askar Melayu DiRaja.

Beliau juga pernah menjadi pegawai pemerintah Batalion ke-5 Rejimen Askar Melayu DiRaja semasa bertugas di Sarawak. Beberapa perlatikan sebagai pegawai staf mengikut. Setelah dilantik sebagai Brigedier Jeneral, beliau dilantik sebagai Pegawai Pemerintah Rejang Area Security Command atau RASCOM di Sarawak. Di sana beliau berjaya membantu mengembalikan kedamaian dan keamanan serta kestabilan kawasan tersebut.

Dalam tahun 1980, selepas menghadiri kursus di National Defence College, India, beliau dilantik sebagai Ketua Staf di Kementerian Pertahanan Malaysia berpangkat Mejar Jeneral.

Dalam tahun 1982, beliau mengambil alih tampuk pemerintahan Divisyen Kedua Infantri yang berpangkalan di Pulau Pinang. Dalam melaksanakan tugas sebagai Pegawai Pemerintah Divisyen tersebut, beliau menjalinkan hubungan rapat dengan Ketua Pemerintah Region 4, Royal Thai Army. Hasil hubungan rapat tersebut dan peningkatan kerjasama kedua pihak, tekanan ketenteraan yang diberikan telah melumpuhkan keupayaan pengganas Komunis dalam menjalankan pemberontakan bersenjata mereka sehingga akhirnya menandatangani perjanjian damai dalam tahun 1989.

Setelah melepaskan jawatan sebagai panglima pemerintah Rejimen 2 Divisyen, beliau dilantik menjadi Timbalan Ketua Turus Tentera Darat.

Dalam bulan November 1985, beliau dilantik menjadi Ketua Turus Tentera Darat. Dalam bulan Oktober 1987, beliau mengambil alih jawatan Ketua Turus Angkatan Tentera sehingga persaraannya dalam bulan April 1992 (persaraan wajib secara pilihan kerana umurnya yang sudah memasuki 55 tahun) selepas berkhidmat selama 37 tahun dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia.

Jeneral Tan Sri Dato' Seri Hashim adalah penandatangan Perjanjian Hatyai bagi pihak Kerajaan Malaysia dalam tugasnya sebagai Panglima Angkatan Tentera.

Selepas BersaraSunting

Selepas bersara, Hashim dilantik menjadi pengarah di beberapa buah syarikat tersenarai di Bursa Kuala Lumpur.

Hashim dilantik menjadi Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengerusi SUKOM Ninety Eight Berhad, syarikat yang ditubuhkan Kerajaan Malaysia untuk menganjurkan dan menguruskan Sukan Komanwel 1998 ke-16 di Kuala Lumpur yang diadakan pada 11 hingga 21 September 1998.

TriviaSunting

Adik-beradiknya adalah seperti berikut, beliau merupakan anak paling bongsu keseluruhannya di antara kesemua adik-beradiknya:-

  • Kakak sulung, Allayarhamah Tan Sri Dato' Paduka Datin Dr. Saleha Mohd Ali (1921-2011), seorang doktor perubatan seperti Tun Dr. Siti Hasmah
  • Abang kedua, Allahyarham Tan Sri Dato' Seri Ahmad Razali Mohd Ali (1929-2001) (bekas Menteri Besar Selangor)
  • Abang bongsunya, Allahyarham Dato' Jhaffar Mohd Ali (1932-2003), seorang usahawan Melayu.

Pautan LuarSunting

RujukanSunting


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.