Mohamed Ibrahim Mohamed Kassim

Ustaz Mohamed Ibrahim Mohamed Kassim merupakan pemimpin agama masyarakat Islam di Singapura. Beliau pernah menjadi Naib Kadi dan Penolong Pendaftar di Pejabat Daftar Perkahwinan Islam dan juga seorang Hakam (penimbang tara) Mahkamah Syariah. Mohamed Ibrahim juga merupakan anggota kanan Masyayikh (Majlis Penasihat) Pergas atau Persatuan Guru Agama Islam Singapura.

Mohamed Ibrahim Mohamed Kassim
Kelahiran
Mohamed Ibrahim Mohamed Kassim

1927
Meninggal dunia8 Mei 2014 (87 tahun)[1]
WarganegaraSingapura
PekerjaanNaib Kadi, Penolong Pendaftar di Pejabat Daftar Perkahwinan Islam, dan juga seorang Hakam (penimbang tara) Mahkamah Syariah
Terkenal keranaanggota kanan Masyayikh (Majlis Penasihat) Pergas
Kampung asalSingapura

Meninggal duniaSunting

Pada 8 Mei 2014, tokoh ini meninggal dunia pada usia 87 tahun. Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) menyatakan masyarakat Islam Singapura kehilangan tokoh pendidikan Islam dan sosio-agama. Timbalan Perdana Menteri Singapura, Teo Chee Hean turut merakam kesedihan berhubung pemergiannya.[1]

RujukanSunting

  1. ^ a b "Ustaz Ibrahim, tokoh agama di Singapura meninggal". Sinar Harian. 8 Mei 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Mei 2014.